Setiap tahun jenama pakaian asal Jepun, UNIQLO memperkenalkan koleksi kolaborasinya dengan pelbagai jenama serta artis antarabangsa. Menggunakan platform mereka di peringkat global, kolaborasi pelbagai ini memberikan satu nilai istimewa buat penggemar jenamanya.
Hari ini, UNIQLO mengumumkan kolaborasi menerusi seleksi UT (t-shirt UNIQLO) bersama Musée du Louvre. Menurut UNIQLO, koleksi eksklusif ini bakal diperkenalkan pada 8 Februari 2021.
Ia merupakan kerjasama pertama di antara UNIQLO dan juga the Lourve dan dijangka lebih banyak lagi di masa akan datang. Koleksinya memaparkan seleksi t-shirt dengan intrepetasi UT dengan menggunakan karya agung sepertui Mona Lisa. Menariknya ia diperkenalkan berdasarkan teknologi LifeWear dengan keseimbangan gaya hidup dan seni unggul.
Ads
Koleksi terbaharu ini dihasilkan oleh artis grafik tekemuka dari Britain, Peter Saville. Beliau menampilkan hasil karya dengan tema ‘Art and Logic’. Antara sentuhan istimewanya ialah menggunakan logik di dalam seni tersembunyi atau ‘golden ration’. Ia merupakan satu formula popular yang digunakan di dalam pelbagai hasil seni agung.
The Lourve sendiri telah memaparkan lebih 35 ribu hasul seni moden dari pelbagai artis. Antara hasil seni yang turut diabadikan di dalam koleksi UNIQLO adalah Winged Victory of Samothrace dan Venus de Milo yang diintrepetasikan menerusi karya grafik urban.
Ads
Untuk koleksi kategori lelaki sebanyak 6 rekaan t-shirt dan 4 rekaan hoodie. Jumlah rekaan sama juga ditawarkan untuk seleksi wanita. Kesemua koleksi ini bakal berada di pasaran pada 8 Februari 2021 menerusi outletnya seluruh negara dan laman sesawang e-dagang rasminya.
Jangan lupa follow IG Maskulin untuk update fesyen terbaru lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya Mark Zuckerberg perhati je anda-anda yang single tu. Oleh kerana ramai antara anda yang meletakkan status Single di lama FB anda tu. Pemilik Facabook ini ada hadiah yang menarik untuk anda dalam masa terdekat ni. Platform media sosial Facebook (FB) bakal melancarkan servis untuk penggunanya menjalinkan hubungan kekasih.
Ia direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna FB yang belum berpunya selain bertujuan meningkatkan jumlah masa penggunaan platform media sosial paling popular di dunia itu dalam kalangan orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mendedahkan berita tersebut dalam persidangan F8 yang diadakan di Pusat Konvensyen San Jose McEnery di California, pada Selasa.“Seramai 200 juta pengguna FB melabelkan diri mereka sebagai ‘single’. Dengan itu, saya merasakan sesuatu perlu dilakukan dalam situasi ini,” katanya seperti yang dipetik daripada laporan Reuters.
Tambah Zuckerberg, servis ini dicipta bagi melahirkan hubungan kekasih untuk jangka masa panjang, dan bukannya untuk berseronok.Pihak FB juga telah merangka servis ini dengan tetapan privasi yang selamat. Rakan FB anda tidak akan dapat melihat profil anda.
Servis yang telah direncana sejak satu dekad yang lalu dikatakan dapat menambah baik jumlah pengguna daripada golongan muda sejajar dengan teras perniagaan mereka.
Ia tidak mempunyai ciri ‘swipe’ ke kanan atau kiri seperti aplikasi dating lain, sebaliknya menawarkan ciri ‘pass’ dan ‘interested’.Servis ini dikatakan bakal menyaingi aplikasi ‘dating’ yang lain seperti Tinder dan OKCupid.Tak sabarnya nak tunggu ia betul-betul dilacarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda ke tempat baru dan rasa terasing dari orang di sekeliling anda? Kebanyakkan orang mengalami kesukaran untuk berhubung dengan orang lain kerana mereka awkward dengan suasana baru. Sudahlah kita tak kenal dengan orang di sekeliling, tambahan pula kita sejenis pemalu. Pasti lebih sukar. Ini beberapa tips untuk anda yang masih tidak boleh bergaul dengan orang di sekeliling anda.
Kongsi makanan
Langkah ini sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dilakulan. Belilah apa jua jenis jajan untuk anda kongsikan dengan orang di sekeliling anda. Sebagai contoh Pringles, jika anda rajin, anda boleh ke setiap meja dan sua kepada mereka. Jika anda segan, kongsikan saja dengan orang disebelah anda. Dari situ anda boleh mulakan perbualan ringan. Sedikit sebanyak, anda telah berkomunikasi dengan salah seorang pekerja dalam pejabat anda tu.
Topik menarik
Dah bagi keropok tu, nak cakap apa eh? Topik menarik sebenarnya membantu untuk anda berbual panjang dengan seseorang yang anda baru kenal. Soalan seperti “asal mana?” boleh membuatkan topik anda kedengaran bosan! Kenapa? Kerana jika anda berinteraksi dengan orang yang petah berkata-kata tu tak apa lah, namun jika anda berinteraksi dengan seorang yang Introvert? Pasti jawapannya “Pahang” lepas tu? Nak tanya apa lagi? Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, cuba anda ubah soalan anda kepada “muka macam orang Kelantan, orang kelantan ke?” soalan begini akan membuatkan orang tersebut berfikir ‘dari mana datangnya wajah Kelantan? Dan mereka mula bertanyakan kembali kepada anda soalan. Dari situ, anda berdua dalam zon selamat untuk berbual.
Soalan ke Game
Nak main game dengan orang yang baru anda kenal? Jangan terkejut dengan tip kali ini. Jadikan perbualan anda menarik dengan berteka-teki dengan orang tersebut. sebagai contoh:
Amir: Hujung minggu selalunya kau buat apa? Jap, biar aku teka. Kau suka main bola kan?
Soalan-soalan begini akan membuatkan pihak lagi satu berasa seronok untuk teruskan perbualan. Dalam pada masa yang sama, mereka akan memberikan hint kepada anda. Mereka juga boleh berteka-teki dengan anda. Dengan cara ini memudahkan anda mengenali seseorang tanpa perlu korek rahsia mereka satu per satu. Natural kan?
Minta pendapat
Sebagai permulaan, jangan pilih topik yang berat. Topik yang ringan seperti soalan mengenai merah atau biru untuk kasut baru yang anda lihat di laman Instagram boleh membantu untuk anda berbual dengan panjang bersama seseorang. Anda boleh kenali personaliti dan keluarga mereka dari pendapat yang anda minta. Secara automatik mereka akan membuka sejarah diri mereka atau keluarga mereka. Sebagai contoh,
“oh, kakak ipar aku ada kasut color macam ni.” atau
“aku ada kawan jual kasut ni murah. Kau nak beli tak?”
Hey, nak networking sebenarnya tak susah pun. Anda cuma perlu tahu caranya saja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tengok perlawanan pagi tadi? Mesti semua berdebar-debar kan menantikan siapa yang akan mara ke separuh akhir Piala Dunia. Tahniah kepada Croatia kerana berjaya mengalahkan England 2-1 dan sekaligus melakar sejarah buat kali pertama dalam Piala Dunia FIFA.
Piala Dunia FIFA adalah pertandingan bola sepak persatuan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1930. Ia dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki anggota Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Kejohanan ini telah berlangsung setiap empat tahun, kecuali pada tahun 1942 dan 1946, apabila pertandingan dibatalkan akibat Perang Dunia II. Piala Dunia yang paling baru, yang dihoskan oleh Brazil pada 2014, dimenangi oleh Jerman, yang mengalahkan Argentina 1-0 selepas masa tambahan.
Brazil
Brazil adalah pasukan kebangsaan yang paling berjaya dalam Piala Dunia FIFA, pertandingan antarabangsa bola sepak utama, yang telah memegang tahta sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002.
Brazil juga mempunyai prestasi terbaik secara keseluruhan dengan catatan 73 kemenangan dalam 109 perlawanan yang dimainkan, 124 jaringan gol, 237 mata, dan 18 kekalahan.
Jerman
Jerman juga tidak kurang hebatnya, pasukan ini telah memenangi bukan saja di peringkat FIFA, malah juara dunia keseluruhan dengan memenangi empat Piala Dunia (1954, 1974, 1990, 2014), tiga Kejohanan Eropah (1972, 1980, 1996), dan satu Piala Konfederasi (2017). Mereka juga telah menjadi juara tiga kali dalam Kejohanan Eropah, empat kali di Piala Dunia, dan empat lagi tempat ketiga di Piala Dunia. Jerman Timur memenangi Olimpik Emas pada tahun 1976.
Itali
Itali pernah mengungguli Piala Dunia, setelah memenangi empat gelaran (1934, 1938, 1982, 2006) dan muncul dalam dua final lain (1970, 1994), mencapai tempat ketiga (1990) tempat keempat (1978). Pada tahun 1938, mereka menjadi pasukan pertama untuk mempertahankan kejayaan kejohanan Piala Dunia sebelum tercetusnya Perang Dunia ke II. Itali juga memenangi Kejohanan Eropah (1968), serta muncul dalam dua kejohanan lain (2000, 2012), satu kejohanan bola sepak Olimpik (1936) dan dua Piala Antarabangsa Eropah Tengah. Kemuncak tertinggi Itali di Piala Konfederasi FIFA pada 2013, apabila skuad mencapai tempat ketiga.
Agentina
Bercakap mengenai pasukan ini, pasti anda akan teruja kerana Lionel Messi merupakan pemain berbakat menerajui pasukan ini. La Selección (pasukan kebangsaan), juga dikenali sebagai Albicelestes, telah muncul dalam lima perlawanan akhir Piala Dunia, termasuk perlawanan pertama pada 1930, yang mereka kalah 4-2 ke Uruguay. Argentina memenangi penampilan terakhir mereka pada 1978, mengalahkan Belanda pada masa tambahan, 3-1. Argentina, yang diketuai oleh Diego Maradona memenangi semula pada 1986, kemenangan 3-2 ke atas Jerman Barat. Mereka sekali lagi mara ke final Piala Dunia pada 1990, dan kalah 1-0 kepada Jerman Barat. Argentina, yang diketuai oleh Lionel Messi membuat penampilan kelima mereka di final Piala Dunia pada 2014, sekali lagi kalah kepada Jerman, 1-0 dalam masa tambahan. Biarpun tahun ini kita tidak dapat menyaksikan Agentina berentap di padang final, namun peminat pasukan ini akan sentiasa menyokong.
Uruguay
Pasukan itu telah memenangi Piala Dunia FIFA dua kali, termasuk Piala Dunia pertama pada 1930 sebagai tuan rumah, mengalahkan Argentina 4-2 di final. Mereka memenangi kejuaraan kedua mereka pada tahun 1950, menjaringkan tuan rumah Brazil 2-1 dalam perlawanan akhir, yang menerima kehadiran lebih tinggi daripada perlawanan bola sepak yang pernah ada.
Mereka telah memenangi Pingat Emas dalam bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas dua kali, pada tahun 1924 dan 1928 diiktiraf oleh FIFA sebagai Kejohanan Dunia, sebelum kewujudan Piala Dunia. Uruguay juga memenangi 1980 Mundialito, satu kejohanan di kalangan bekas juara Piala Dunia. Secara keseluruhan, Uruguay telah memenangi 20 gelaran rasmi, rekod dunia untuk gelaran paling antarabangsa yang dimiliki oleh mana-mana negara.
Tak sabar rasanya kan nak tengok Croatia akan bertemu Perancis di perlawanan akhir pada 15 Julai di Stadium Luzhniki Moscow. kita tengok apa siapa pula bakal menjuarai Piala Dunia 2018!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.