UNIQLO Lancar Koleksi Game Wear Terbaru Pemain Tenis Legenda, Roger Federer

Share

Siapa tidak kenal dengan nama Roger Federer. Walaupun anda bukan peminat sukan tenis namun nama ini pastinya tidak asing lagi. Dikenali sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman, Roger Federer merupakan antara atlet moden yang mencorak sukan global.

Selaku jenama sukan yang menaja Roger Federer, UNIQLO sentiasa menampilkan koleksi pakaian sukan tenis berkualiti tinggi. Terbaru, UNIQLO mengumumkan mereka bakal memasarkan pakaian replika yang sama seperti dipakai oleh Roger Federer sepanjang kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis 2021.

Menurut UNIQLO, pakaian edisi istimewa ini dibangunkan dan direka di UNIQLO Paris R&D Center. Ia diketuai oleh Christophe Lemaire dan turut dirunding bersama atlet profesional. Selain koleksi diperkenalkan untuk orang dewasa versi kanak-kanak juga turut ditawarkan oleh UNIQLO.

Topi ikonik dipakai Roger Federer dengan cetakan ‘RF’ juga diperkenalkan dalam dua warna berbeza. Menurut Roger Federer, dia bersama pasukan pereka UNIQLO telah bersama-sama membangunkan pakaian ini lebih stahun yang lalu.

“Kami begitu gembira untuk memperkenalkan kepada anda semua ketika saya berkasi semula di atas gelanggang. Diharapkan anda semua menyukai warna yang dipilih dan sesuai dengan gelanggang tanah liat yang cukup ikonik pada musm luruh di Paris. Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan kerana kerja keras yang telah mereka curahkan,” tambah Roger Federer lagi.

Koleksi Roger Federe Game Wear & RF Cap kini boleh didapati di outlet terpilih UNIQLO serta laman sesawang mereka uniqlo.com.my.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim