
Siapa tidak kenal dengan nama Roger Federer. Walaupun anda bukan peminat sukan tenis namun nama ini pastinya tidak asing lagi. Dikenali sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman, Roger Federer merupakan antara atlet moden yang mencorak sukan global.
Selaku jenama sukan yang menaja Roger Federer, UNIQLO sentiasa menampilkan koleksi pakaian sukan tenis berkualiti tinggi. Terbaru, UNIQLO mengumumkan mereka bakal memasarkan pakaian replika yang sama seperti dipakai oleh Roger Federer sepanjang kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis 2021.
Menurut UNIQLO, pakaian edisi istimewa ini dibangunkan dan direka di UNIQLO Paris R&D Center. Ia diketuai oleh Christophe Lemaire dan turut dirunding bersama atlet profesional. Selain koleksi diperkenalkan untuk orang dewasa versi kanak-kanak juga turut ditawarkan oleh UNIQLO.
Topi ikonik dipakai Roger Federer dengan cetakan ‘RF’ juga diperkenalkan dalam dua warna berbeza. Menurut Roger Federer, dia bersama pasukan pereka UNIQLO telah bersama-sama membangunkan pakaian ini lebih stahun yang lalu.
“Kami begitu gembira untuk memperkenalkan kepada anda semua ketika saya berkasi semula di atas gelanggang. Diharapkan anda semua menyukai warna yang dipilih dan sesuai dengan gelanggang tanah liat yang cukup ikonik pada musm luruh di Paris. Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan kerana kerja keras yang telah mereka curahkan,” tambah Roger Federer lagi.
Koleksi Roger Federe Game Wear & RF Cap kini boleh didapati di outlet terpilih UNIQLO serta laman sesawang mereka uniqlo.com.my.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
GUESS Vibras Stail Luar Biasa Untuk Mereka Yang Gemarkan Dunia Penuh Keceriaan

Jenama pakaian terkemuka dunia, GUESS mengorak langkah yang seterusnya dengan memperkenalkan 42 koleksi pakaian baharu yang bertemakan penuh warna keceriaan.
GUESS dalam satu kenyataannya memberitahu, koleksi pakaian baharu yang menerima jolokan GUESS Vibras adalah inspirasi daripada bintang muzik antarabangsa, JBalvin.
Elemen 90-an semasa di Miami
JBalvin memberitahu, 42 koleksi baharu GUESS yang dilihamkannya ini adalah berteraskan zaman 90-an di Miami yang penuh semangat energetik.
Zaman itu juga mengangkat rentak yang penuh warna-warni menerusi pakaian dan GUESS Vibras yang diperkenalkan kali ini, sesuai digayakan oleh lelaki serta wanita.
Kolaborasi pertama JBalvin dengan GUESS
Kolaborasi pertama JBalvin dengan GUESS menampilkan koleksi untuk wanita seperti siri potongan t-shirt yang dipotong besar dan seluar trek berwarna merah.
Pemadanan warna yang berlapis seperti biru diraja, kuning keemasan, merah dan hijau menjadi rekaan eksklusif yang diangkat menerusi koleksi ini.
Bagi lelaki pula, jaket yang ditampilkan dengan aneka warna mewujudkan rasa santai yang cukup hebat.
Sama juga dengan t-shirt yang diperkenalkan, masing-masing memiliki daya tarikan yang tersendiri.
Selain itu, koleksi GUESS Vibras ini turut menawarkan stoking pelbagai warna serta beg pinggang yang mampu menambahkan gaya seseorang lelaki.
Koleksi GUESS Vibras yang digayakan selebriti tempatan



Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Levi’s Kini Perkenalkan Siri Eyewear Pertama Di Malaysia

Sebut sahaja tentang Levi’s pasti ramai di antara anda sudah terbayang akan legasi pakaian denim yang dibawa oleh jenama ini.
Malah tidak salah kalau MASKULIN katakan bahawa setiap lelaki pasti pernah memiliki sepasang seluar jean Levi’s.
Seiring dengan perkembangan fesyen semasa, Levi’s dilihat telah melakukan pelbagai inovasi dan pembaharuan dalam rekaannya. Tidak hanya bergantung kepada seleksi denim klasiknya, Levi’s sentiasa menampilkan idea-idea baru untuk menarik generasi lebih muda.
Terbaru, Levi’s menerusi Safilo Group Malaysia memperkenalkan siri eyewear yang pertama.
Pelancaran yang berlangsung pusat membeli-belah berprestij, Pavilion KL, koleksi eyewear Levi’s ini merupakan seleksi dari SS2020 Levi’s Eyewear Collection.
Pada majlis pelancaran tersebut Levi’s bersama-sama Safilo Group meraikan kerjasama mereka dengan penghargaan inspirasi dengan menampilkan bersama pertunjukan fesyen.
Terhasil dengan rekaan yang lebih straight forward, koleksi eyewear yang diperkenalkan ini juga menawarkan keselesaan dan fungsi maksima.
Dengan menggunakan warna-warna denim seperti biru, hitam dan kelabu ia memberikan sentuhan yang cukup berbeza buat koleksi eyewear.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cara Pulih Rambut Gugur Guna Produk Drugstore. Dulu 20-30 Helai, Kini 2-5 Helai Je!

Baik lelaki atau perempuan pasti risau kalau berdepan dengan rambut gugur. Bimbang jika rambut gugur tidak diatasi segera boleh menyebabkan rambut semakin menipis dan akhirnya botak.
Berpengalaman dengan masalah rambut gugur yang kronik, Nur Alina Muhammad Abduh berkongsi di laman Facebooknya cara-cara dia mengatasi rambut gugur dengan produk rambut. Petua yang diamalkannya hampir setahun ini diperolehnya di Twitter hasil perkongsian orang lain.
Alhamdulillah, masalahnya berjaya diatasi dan rambut gugur juga semakin berkurangan berbanding sebelum ini. Jika anda berdepan dengan masalah yang sama, pastikan anda amalkan cara ini langkah demi langkah untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.
Selamat mencuba!
BACA: Dapat 26k Shares, Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Lebatkan Rambut Guna 3 Bahan Je!
Amalkan rutin hampir setahun
Salam. Kakak rasa terpanggil untuk kongsi rutin penjagaan rambut yang kakak amalkan hampir setahun ini. Rutin ni kakak ikut lepas baca perkongsian seseorang di laman twitter. So, kakak cuba dan amazingly, its work guys.
Untuk info, keguguran rambut kakak sangat kronik. Tapi kronik yang tidaklah sampai botak. Sebab asal rambut kakak memang sangat tebal. Tapi semakin tua ni, semakin teruk keguguran rambut. Pernah shampoo girl bgtau kakak waktu cuci rambut dulu, dia cakap dia x pernah jumpa lagi orang yang keguguran rambut teruk macam kakak ?. Macam-macam shampoo kakak sudah try. Tell me. Semua brand-brand dalam Watson tu dah pernah. Geng-geng MLM punya shampoo pun sudah. Tapi hasil tetap mengecewakan.
So, lets begin the journey
1. Sebelum plan nak cuci rambut, pakai hair oil dulu.
Any brand doesn’t matter. Yang penting fungsinya sebagai minyak rambut. Jangan pegi bantai Pomede laki kau pulak. Pakai dalam amaum yang banyak. Banyak sampai kau rasa geli mau pegang rambut sendiri. Biarkan dalam 20 ke 30 minit macam tu. So, kalau plan mau cuci rambut, jangan kau p buat time mau pegi kerja. Confirm merahlah punch card kau nanti.
Kakak pakai 3 brand seperti yang dalam gambar. Tukar-tukar ikut mood. Tapi yang paling best Argan Oil tu. Serius best. Kesan on the spot. Tapi memandangkan kakak ni cuma golongan B40, kakak x mampu mau beli Argan Oil ni selalu. Mahal oi. Satu botol RM60. Dah lah botol pun secoet jak. So, kakak sedar diri, kakak pakai brand Himalaya tu. Harga kalau x silap dalam RM20 macam tu. Minyak Zaitun Syurah tu, kakak bantai anak buah punya. Dia x tau. Jangan risau.
Apa tujuan minyak rambut ni? Untuk melembapkan kulit kepala uolsss. Rambut gugur ni sebab kulit kepala kering. So, kulit kepala perlukan minyak untuk sentiasa lembap walaupun kepala kita ni naturally memang berminyak. Tapi x banyak. So, perlu ada tambahan.
2. Lepas minyak rambut, mestilah pakai shampoo.
Shampoo rambut sehingga kau rasa rambut sudah tidak berminyak lagi. Cuci bersih-bersih macam kau basuh punggung lepas berak. Kalau yakin rambut dah x berminyak, then stop.
Kakak guna dua brand shampoo di atas. Tukar-tukar maksudnya. Kalau rasa mau pakai Loreal, kakak pakai. Kalau rasa bosan dengan bau Loreal, kakak pakai Safi Shayla. Kau pun terpulanglah. Mau pakai syampoo apa pun terpulang. Kalau ada brand syampoo yang kau sudah biasa, teruskan. Tiada hal. Cuma kakak nasihatkan, klu memang kau mau merawat rambut gugur, pakailah shampoo yang hair fall.
3. Conditioner. Part ini paling banyak orang abaikan.
Kakak dulu-dulu pun sama. Lepas shampoo, setel. Tapi sebenarnya, part pakai conditioner adalah part paling penting untuk kau mengelak rambut gugur. Sebab conditioner ada nutrisi yang baik untuk rambut. Kalau kau x faham apa tu nutrisi, cukup kau faham conditioner tu makanan yang baik untuk rambut. Banyak kepentingan pakai conditioner ni. Bagus kau google sendiri.
Pakai apa-apa jenis conditioner x kesah. Kakak selalu pakai yang sama dengan brand and jenis shampoo. Tapi kadang-kadang kakak pakai conditioner yang berbeza dengan shampoo. Contoh gambar di atas, shampoo Safi tu kakak pakai yang hair fall, tapi conditioner kakak pakai yang untuk rambut terurus. Tiada masalah. Ikut suka mu lah. Tapi satu kakak mau cakap, pleaselah jangan selalu beli shampoo yang ada conditioner sekali. No guys. A big no. Beli and pakai yang berasingan.
4. Hair tonic. Yang ni pun ramai yang abaikan.
Tapi kalau mau result cemerlang, amalkan pakai hair tonic. Tonic ni pakai kalau rambut sudah kering. Jangan pakai waktu rambut masih basah. And please, jangan biasakan keringkan rambut guna hair dryer. Biarlah rambut tu kering dengan sendirinya. Hair dryer buat akar rambut cepat putus guys.
Ini tonic yang paling best kakak pernah guna. Harga dalam RM40 macam tu and botol dia besar. Puas hati. Guna tonic ni setiap hari kalau boleh. Tapi kalau rambut dah semakin kurang gugur, guna dalam 3 hari sekali. Kakak masa mula-mula pakai, pagi sebelum pergi kerja and sebelum tidur. Setiap hari. Tapi sekarang kakak dah kurangkan sebab rambut dah sedikit oke dari yang sebelum ni. So, kakak akan pakai dalam 3 atau 4 hari sekali. Banyak tonic rambut yang best-best jual dekat Instagram tu. Pegilah beli and try. Tonic rambut x kan pernah mengecewakan anda.
BACA: Air Garam Boleh Elak Rambut Gugur & Kelemumur, Ini Caranya Yang Ramai Tak Tahu!
5. Serum rambut. Macam muka juga yang perlukan serum. Rambut pun perlu guys.
Sebagai pelembap kepada rambut. Tapi serum ni jangan pakai sampai ke kulit kepala. Just pakai di rambut sahaja. Faham kan? Ambik serum dan ratakan di tapak tangan. Then picit-picitkan di hujung-hujung rambut. Siapa yang biasa cuci rambut dekat saloon, shampoo girl tu akan buat part ni paling last sebelum dia suruh kau ke kaunter untuk bayar. Hahahah.
Tujuannya untuk mengelak rambut tu kering. Kakak pakai jenama Watson ni and agak berminyak tapi sesuai untuk kakak sebab rambut kakak super duper kering kalau x pakai serum. Kau boleh cari serum lain kalau x suka pakai yang berminyak. Berlambak serum ada di pasaran.
6. Part paling x penting tapi berguna untuk yang bertudung. Hair mist.
Macam body mist jugak. Tujuan untuk mewangikan rambut. Tiada tujuan lain. Kalau sudah sehari kau bertudung, x lah jugak bau kepam rambut tu kalau pakai hair mist ni. Tapi kakak x pakai hari-hari. Kalau rajin jak baru pakai. Sebab kadang terlupa pakai. Hehe.
Hair mist brand Safi ni jak yang kakak pernah jumpa. And wangi gilerrrrrrrr. Brand lain kakak x pernah jumpa lagi. Kalau ada brand lain, baigtau kakak ya. Mau jugak try. Sejak amalkan rutin ni, alhamdulillah rambut kakak semakin kurang gugurnya. Bukanlah x gugur langsung. Sebab rambut gugur tu normal. Cuma yang jadi x normal bila amaunnya banyak. Kalau dulu, kakak sapu pakai jari jak rambut, confirm 20 ke 30 helai akan gugur. Sekarang ni dalam lingkungan 2 ke 5 helai. That’s why kakak yakin untuk berkongsi.
So gud luck guys. Sapa-sapa yang try and hasil memberansangkan, PM kakak ya. Bye.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI