Under Armour Project The Rock, Pelengkap Anda di Gimnasium

Share

Usia bukan penghalang untuk seseorang terus kekal FIT. Mungkin ada diantara anda mengantakan bahawa faktor umur memainkan peranan untuk stamina anada, dimana ia akan menurun jika anda sudah lanjut usia, itu tidak benar sama sekali. Terbaharu, Under Armour Project Rock 1 and All day Hustle With The Rock hadir menemui penggiat gimnasium yang tidak putus-putus mencantikkan diri dan kekal sihat.

Selebriti Hollywood yang sinonim dengan dunia Fitness, Dwayne Johnson juga tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan Under Armour memperkenalkan koleksi terbaru ini. Baginya, peralatan di dalam gym bukan saja memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian, malah pemakaian dari kelengkapan diri juga memainkan perananan utama untuk mencapai target. Maka, untuk pencapaian itu, Dwayne Johnson bersetuju untuk mengetengahkan koleksi All Day Hustle dan koleksi kasut Project Rock 1.

 

 

Tidak melepaskan peluang dalam memberi pandangannya terhadap koleksi kasut sukan terbaru Under Armour, bekas peninju ini ingin keselesaan secara menyeluruh ketika bermain di gym di dalam sebuah kasut. Koleksi kasut ini didatangkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih mengikut keselesaan penggemar kasut. Ia diilhamkan dari sikap Dwayne yang tidak pernah putus sama ada siang mahu pun malam demi mencapai keputusan yang lumayan.


Keselesaan kasut mempunyai spesifikasi teknologinya yang tersendiri.  Jahitan di bahagian atas memberi ruang untuk kaki anda bernafas dan berasa seolah-olah kaki anda seperti berjalan di atas tanah dan keselesaan seperti berkaki ayam. Dalam pada masa yang sama, memberi keselesaan dalam setiap pergerakan. Project Rock 1 direka dengan teknologi Micro G Cushioning untuk tenaga yang luar biasa ketika latihan kardio. Kasut ini juga mempunyai ruang hadapan jari kaki yang selesa dan mampu memberi kestabilan pada langkah anda ketika anda mengangkat berat.

Dapatkan segara koleksi ini dipasaran ya!

Published by
Maiya Deen