undang-undang bola sepak
Foto: master1305 - www.freepik.com

Walaupun pandemik COVID-19 masih lagi berlarutan sehingga menyebabkan sukan bola sepak di sesetengah negara dihentikan namun minat orang ramai tidak pernah pudar. Di Liga Perdana Inggeris, penonton kini dibenarkan masuk ke stadium dalam kuantiti yang kecil. Keterujaan mereka dapat dilihat pada perlawanan berlangsung semalam dan dua hari yang lalu. Apa yang pasti undang-undang bola sepak masih sama walaupun berdepan pandemik.

Namun sejauh manakah anda tahu tentang undang-undang bola sepak?

Kali ini MASKULIN ingin share beberapa fakta menarik atau fun fact tentang beberapa undang-undang bola sepak yang mungkin selama ini anda sendiri tak tahu kewujudannya.

KAD MERAH SEBELUM SEPAK MULA

Pemain boleh dikenakan kad merah sebelum bermulanya sepak mula. Tindakan yang tiada sifat kesukanan atau agresif ke ats penonton atau pemain lawan boleh dikenakan kad merah walapun wisel belum ditiup.

GOL SENDIRI

Pemain tidak boleh menjaringkan gol sendiri secara terus dari sepakan percuma atau lontaran ke dalam. Sebaliknya pihak lawan akan diberikan sepakan sudut.

Ads

SAMBUTAN BERLEBIHAN

Kad kuning diberikan ke atas pemain yang meraikan jaringan dengan keterlaluan adalah muktamad. Walaupun selepas itu pihak pengadil mendapati jaringan tidak sah dan dibatalkan.

Undang-Undang Bola Sepak Yang Wujud Tapi Ramai Tak Tahu
Foto: jcomp – www.freepik.com

BALING SHING GUARD

Jika pemain lawan yang membuat benteng di dalam kotak penalti semasa sepakan percuma membaling ‘shin guard’ terhadap bola, pengadil akan memberikan sepakan penalti. Shin guard tersebut dianggap sebagai ‘extension’ kepada tangan pemain yang melontar.

BACA: Penat Bersenam Sia-Sia Saja Jika Lakukan Beberapa Perkara Ini

Ads

GOL BOLA KEMEK

Andai kata bola yang dijaringkan didapati bocor atau kemek, jaringan tersebut tidak akan dikira. Ini kerana bola yang masuk ke dalam gawang haruslah berada dalam keadaan sempurna.

MINIMUM PEMAIN ATAS PADANG

Perlawanan hanya boleh diteruskan jika setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang pemain. Jika ada lagi pemain dikenakan kad merah perlawanan akan dihentikan. Ini kerana maksimum kad merah untuk sebuah pasukan hanyalah empat.

Ads

LAWAN & BENTENG

Semasa sepakan percuma pemain menyerang perlu berada sekurang-kurangnya 1 ela daripada benteng pasukan bertahan. Peraturan ini diperkenalkan bermula musim 2019/20 bagi mengurangkan melengahkan perlawan dan keagresifan.

TIANG GOLA

Penjaga gol tidak dibenarkan menyentak tiang gol sehingga ia beralih kedudukan

Terdapat pelbagai undang-undang bola sepak yang MASKULIN sendiri pun tidak tahu bahawa ia selama ini wujud. Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan terutama buat anda peminat bola sepak.

Jangan lupa untuk follow MASKULIN di Instagram!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI