UMW TOYOTA PRA TONTON HARRIER- HARGA BERMULA RM238K

Share

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) hari ini melakukan majlis pra tonton modelToyota Harrier di Malaysia Autoshow 2017, Maeps, Serdang.

Model import (CBU) dari Jepun itu didatangkan dengan pilihan enjin 2.0 liter teknologi VVT-iW dengan D-4ST.

Bakal dilancarkan secara rasmi sekitar Januari tahun depan, UMW Toyota membawa masuk dua pilihan varian iaitu Harrier 2.0T Luxury dan 2.0T Premium. Tidak ketinggalan model tersebut dilengkapi dengan Pakej Safety Sense (TSS) bagi perlindungan penumpang yng dipertingkatkan dan keselamatan pemanduan.

Harga Harrier bermula daripada RM238, 000 seunit bagi varian 2.0 Premium dan RM259,900 (2.0 Luxury). Bagaimanapun, pelanggan sudah boleh mula menempah model tersebut di bilik pameran Toyota bermula hari ini.

Sebagaimana model Toyota yang lain, Harrier turut menerima sokongan selepas jualan di seluruh negara termasuk alat ganti. Ia turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Untuk makluman, Harrier generasi ketiga mula diperkenalkan pada 2014 di Jepun menggunakan enjin 2.0 liter aspirasi natural. Kemudian pada tahun ini model SUV (kenderaan utility sport) itu menerima penambahbaikan lebih baik menggunakan enjin baharu daripada Lexus NX200t.

Pada acara autoshow berkenaan, UMW Toyota turut mempamerkan model Toyota Innova 2.0X, Vios SE baharu dan Toyota CH-R. Buat anda yang menantikan kehadiran model CH-R, SUV itu akan menyusul selepas pelancaran model Harrier. Menurut sumber, model tersebut akan dilancarkan sekitar Februari atau Mac tahun depan.

 

GALERI

 

Published by
webadmin