Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting agar setiap lelaki dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.
Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya.
Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.
Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.
BACA: 8 Kombinasi Makanan Yang Orang Diet Wajib Ambil Kalau Nak Berat Badan Turun Cara Sihat!
Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.
Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.
BACA: Tak Perlu Lagi Produk, Amalkan 5 Makanan ‘Superpower’ Ini Untuk Hilangkan Parut Jerawat!
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.
Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
BACA: 9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.