Semua orang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri. Tidak kisah rumah tersebut untuk didiami atau dibuat investment. Ini kerana jika anda sudah memiliki rumah sendiri ia menunjukkan bahawa anda sudah mempunyai aset yang berguna pada masa hadapan.
Rumah adalah aset yang sangat menguntungkan kerana rumah harganya pada hari ini tidak sama pada 10 tahun akan datang. Berbeza dengan kereta, harga pada hari ini, 5 bulan akan datang, harganya sudah mula menyusut. Itu belum lagi kos penjagaan serta kos-kos lain, itu sebab kereta tidak dianggap sebagai aset, ia adalah liabiliti.
Rata-rata golongan belia pada hari ini masih ramai yang tidak memiliki kediaman sendiri kerana mungkin perbelanjaan serta pendapatan yang ada tidak layak untuk membuatkan mereka mempunyai rumah sendiri.
Seorang pengguna twitter iaitu Safwan telah berkongsi bagaimana dia yang masih berumur 23 tahun sudah boleh memiliki rumah sendiri.
BACA: Walaupun Bergaji RM2K, Lelaki Ini Dedah Bagaimana Dia Mampu Beli Rumah Corner Lot
BACA: Sebelum Mohon Pinjaman Rumah, Kenalpasti Dahulu Sebab Bank ‘Reject’ Permohonan Kita