
Siapa suka makan ulam? Khasiat ulam ternyata sangat banyak, namun masih ramai lagi orang tidak mengetahuinya.
Ini antara sebab kenapa ulam baik untuk kesihatan khususnya untuk anda yang sedang dalam proses diet.
Tapi jangan pula anda cicah secara melampau dengan tempoyak, budu, cencaluk dan sewaktu dengannya. Habislah diet anda!
BACA: Agak-Agak Boleh Ke Hidup Sampai 100 Tahun? Boleh, Ada Cara-Cara Yang Anda Kena Ikut
MASKULIN buat senarai kebaikan ulam untuk rujukan anda.
1. Tinggi Pottasium
Pottasium merupakan mineral di mana fungsinya baik untuk mengawal urat saraf dan otot. Ia sangat bagus untuk mengelakkan sakit jantung kerana pottasium bertindak untuk denyutan jantung normal.
2. Tinggi Antioksidan
Bertindak menghalang anda dari mangsa kenser. Antioksidan adalah molekul yang menghalang pengoksidaan molekul lain. Ia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas, yang membawa kepada tindak balas rantai yang boleh merosakkan sel.
BACA: Selain Boleh Menurunkan Risiko Kencing Manis, Ini 7 Khasiat Ikan Toman, Ramai Tak Tahu!
3. Tinggi Serat
Nampak kampung kan makan ulam ni? Namun ulam disifatkan sebagai sayur yang tinggi seratnya. Untuk mereka yang sedang berdiet, ulam boleh membuatkan anda kenyang dengan lebih lama dan bagus untuk penghadaman. Lepas ni lunch, nampak ulam, sila ambil dengan banyak tau.
4. Tinggi nutrien
Nak diet ni tak payah nak western sangat. Asal diet je kena telan makanan western. Anda boleh menganggap ulam sebagai Salad Melayu. Ulam mempunyai nutrien yang sangat banyak kerana ia fresh, dan tidak dimasak. Anda pun tahu kan, zat pada jenis sayur itu akan berkurangkan apabila dimasak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Larian & Kayuhan Orchid PETRONITA 2024 Berjaya Kumpul RM500,000 Untuk Tujuan Amal

Acara Larian & Kayuhan Orchid PETRONITA 2024 sekali lagi membuktikan kehebatannya, dengan kutipan derma sebanyak RM500,000 untuk membantu meningkatkan kesedaran dan penjagaan pesakit kanser.
Acara tahunan ini diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) berjaya menarik lebih daripada 8,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Dana yang dikumpul akan disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).
Program larian dan kayuhan ini dianjurkan oleh Persatuan Isteri dan Wanita Kakitangan PETRONAS (PETRONITA) dan telah menjadi sebahagian daripada inisiatif kutipan derma utama negara sejak diperkenalkan pada tahun 2015.
Sehingga kini, PETRONITA berjaya mengumpul lebih RM2 juta untuk institusi kesihatan, penyelidikan perubatan, dan sistem sokongan kanser, menjadikannya acara kebajikan yang signifikan di Malaysia.
MATLAMAT ACARA
Tema pada tahun ini hadir dengan “Melanjutkan Legasi Bersama untuk Masa Depan”, mencerminkan matlamat acara ini yang bukan hanya untuk kesihatan, tetapi juga untuk komuniti.
Presiden PETRONITA, Puan Sri Jemilia Md Jelas, menzahirkan rasa syukur atas sokongan yang diberikan oleh masyarakat.
“Kami amat bersyukur dan terharu dengan sambutan yang begitu menggalakkan bagi Larian & Kayuhan Orchid 2024.
“Acara ini bukan sahaja peluang untuk kita semua mengamalkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk komuniti tempatan menyumbang kepada tujuan amal,” tambahnya.
Acara ini menawarkan pelbagai kategori seperti 5KM Fun Run, 12KM Larian, dan 12KM Kayuhan, selain memperkenalkan kategori setengah maraton sempena ulang tahun ke-50 PETRONAS, menjadikannya lebih istimewa.
PLATFORM KESEDARAN KANSER
Wang yang dikumpul melalui acara ini akan digunakan untuk meringankan beban kewangan dan emosi pesakit kanser.
Timbalan Pengurus Besar MAKNA, Vemanna Appannah, menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi oleh pesakit kanser:
“Bukan sahaja kos rawatan yang tinggi memberi tekanan kepada pesakit dan keluarga mereka, malah tekanan emosi juga menyumbang kepada kesusahan yang mereka hadapi setiap hari.
“Kami amat berterima kasih atas peluang ini untuk bersama-sama mengurangkan beban kewangan dan memberikan sokongan kepada pesakit kanser.”
Manakala Presiden NCSM, Dato’ Dr Saunthari Somasundaram, turut melahirkan penghargaan kepada PETRONITA atas sumbangan yang berterusan.
“Sumbangan ini akan memberi manfaat besar kepada ramai yang sedang berjuang melawan kanser. Dengan menyediakan penjagaan holistik, kami memastikan para penghuni Homes of Hope boleh memberi tumpuan kepada kesihatan mereka.”
PELBAGAI AKTIVITI SAMPINGAN
Selain acara sukan, Larian & Kayuhan Orchid 2024 turut menawarkan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.
Reruai aktiviti dan persembahan menarik seperti nyanyian oleh artis popular De Fam serta penampilan istimewa daripada pemain badminton kebangsaan, Kong Zhou Swin dan Kang Khai Xing, menambahkan lagi kemeriahan acara.
Lebih menarik lagi, acara seumpamanya turut diadakan di Johor dan Sarawak bersempena ulang tahun PETRONAS, dengan kutipan tambahan sebanyak RM200,000 untuk organisasi kesihatan di negeri-negeri tersebut.
BACA: 10 Kasut Larian Berprestasi Tinggi Terbaik 2024 Pilihan MASKULIN
PETRONITA sekali lagi membuktikan bahawa usaha kolektif, sama ada melalui larian amal atau acara kayuhan, mampu memberikan impak besar dalam membantu mereka yang memerlukan.
Larian & Kayuhan Orchid bukan sahaja menjadi simbol gaya hidup sihat, malah menjadi sinar harapan untuk komuniti pesakit kanser di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Perut Boroi Lelaki Bukan Tanda Kemewahan

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.
TABIAT SUKA MAKAN LEWAT MALAM ADALAH DI ANTARA PUNCA UTAMA MASALAH INI.
1.Menyebabkan pedih ulu hati.
Ia telah dianggarkan bahawa pedih ulu hati menjejaskan ramai rakyat malaysia dan setiap tahun ratusan ringgit dibelanjakan pada ubat-ubatan untuk merawatnya. Refluks asid adalah satu keadaan yang menyebabkan pedih ulu hati yang merosakkan esofagus.
Ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti asma, serak kronik, dan dalam kes-kes teruk, menyebabkan kanser esofagus. Dalam kes ekstrem juga boleh menyebabkan ulser jika tidak dirawat.
2.Kekurangan tidur
Salah satu fungsi utama tidur adalah untuk membantu anda pulih dari hari, jadi anda boleh bangun bertenaga. Tidur adalah penting untuk mental, fizikal, dan emosi kesejahteraan. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan, keletihan mental dan fizikal, kesukaran dalam komunikasi, ingatan yang lemah atau kehilangan ingatan.
Kebanyakan orang mengalami kekurangan tidur apabila makan pada lewat malam. Satu hidangan berat diambil pada lewat malam menyebabkan badan terpaksa bekerja keras untuk mencernakan makanan tersebut. Ini juga akan menyebabkan kepenatan kerana organ organ pencernaan kita tidak mendapat rehat yang secukupnya kerana berkerja sepanjang malam untuk mencernakan makanan makanan tersebut
3.Penghadaman tidak sempurna
Makan pada lewat malam menghalang penghapusan toksin yang terhasil semasa proses pencernaan, ini boleh menyebabkan masalah gas dan kekejangan perut. Apabila anda tidur, sistem penghadaman menjadi lambat dan nutrien dalam makanan tidak dapat diserap sepenuhnya.
Ini mencetuskan penukaran makanan menjadi lemak dan membawa kepada kenaikkan berat badan. Mereka yang mengadu kembung perut tidak sedar bahawa ia adalah daripada makanan yang tertinggal dari pencernaan yang tidak sempurna.
4.Strok (Angin Ahmar)
Tidur selepas makan juga boleh meningkatkan peluang anda mempunyai strok, menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Ioannina Sekolah Perubatan di Greece. Kajian, yang memberi tumpuan kepada 500 orang yang sihat – 250 yang sebelum ini telah mengalami strok dan 250 yang telah didiagnosis dengan sindrom koronari akut – mendapati bahawa orang-orang yang menunggu terpanjang antara makan dan tidur pada risiko rendah untuk strok.
Menurut kajian Refluks asid boleh menyebabkan apnea tidur, yang dikaitkan dengan strok. Satu lagi teori adalah bahawa proses pencernaan yang memberi kesan pada tekanan darah, tahap gula darah dan kolesterol mungkin boleh menyebabkan strok.
Tabiat makan makan ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan, Walaubagaimanapun masalah masalah ini boleh dielakkan jika kita prihatin dan elak dari makan pada waktu lewat malam.
Tip elak dari makan pada lewat malam.
1. Makan sebelum 6:00 petang. Ini akan memberikan anda rasa kenyang, mengurangkan kelaparan pada lewat malam dan menyediakan badan anda untuk tidur malam yang baik.
2.Apabila anda berkeinginan untuk makan lewat malam, makan atau minum lah sesuatu yang rendah kalori yang akan memberikan anda khasiat dari segi emosi dan fizikal. Satu paket oat panas, dengan pengisian 150 kalori adalah memadai.
3. Jika anda mempunyai tabiat makan lewat malam, anda boleh secara perlahan menukarnya dengan mengurangkan jumlah makanan yang anda makan setiap malam dan kemudian memilih makanan yang lebih berasaskan sayuran dan semulajadi. Makanan seperti ini adalah lebih sihat, lebih berkhasiat serta lebih rendah dalam kalori.
4. Jangan makan makanan yang telah diproses, tepung putih atau gula selepas 6:00 petang. Makanan ini boleh menyebabkan gangguan regulasi tahap gula dalam badan anda dan membawa kepada kelaparan lewat malam yang lebih teruk.
5.Satu strategi menarik untuk mengelakkan tabiat ini adalah dengan memberus gigi lebih awal pada sebelah petang. Ramai mendapati bahawa selepas mereka berus gigi mereka, mereka tidak berkeinginan untuk makan lebih banyak makanan kerana tidak mahu mengulangi rutin kebersihan gigi mereka lagi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Guna Handphone Sambil Baring Mengiring Boleh Sebabkan Kecederaan Tulang Belakang!

Jangan ambil mudah dengan setiap apa yang anda lakukan setiap hari. Mungkin anda tidak sedar, perkara kecil yang anda lakukan mungkin akan membahayakan nyawa anda. Seperti yang terjadi pada seorang gadis yang berusia 16 tahun di Taiwan di mana dia mengadu sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh pada bahagain belakang, dia dan ibunya terpukul untuk ke hospital untuk mengetahui punca sakit tersebut.
Selepas pemeriksaan lanjut oleh pakar Ortopedik, keputusan X-ray tulang belakangnya ternyata sangat memeranjatkan kedua-dua beranak ini. Mana tidaknya, tulang belakang gadis ini mempunyai 50 darjah lengkungan! Doktor menjelaskan masalah tersebut mungkin berpunca daripada tabiat pesakit suka bermain handphone sambil baring mengiring.
BACA: Sado Dalam 6 Bulan, Lakukan Senaman Bodyweight Ini Di Rumah!
Pasti ramai antara anda yang buat macam ni kan? Menurut sumber posisi tersebut memberi tekakan berlebilan pada sisi kanan, terutamanya pada lumbar vetebrae dan thoracic vetebrae seseorang. Lagi menjadi teruk apabila gadis tersebut jarang bersenam membuatkan otot teras dalam badan tidak mampu untuk menampung postur badan gadis tersebut untuk masa yang lama.
Selain itu, gemar bermain telefon bimbit sambil tunduk juga boleh menyebabkan tulang belakang bengkok.
Jadi sama-samalah kita beringat selepas ini ya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI