“Aduh stressnya kereta aku calar, nak keluar hantar kedai takut mahal. Lagipun sikit je nih…. membazir pula rasanya!”
Pernah terfikir sesuatu seperti ini? Ya, kesan calar pada kereta memang menyakitkan mata dan hati, tetapi tahukah anda ia sebenarnya kita sendiri boleh menghilangkannya, tak perlu pergi kedai dan membazir?
Jom MASKULIN berikan 3 cara untuk anda hilangkan kesan calar ringan pada kenderaan anda.
Pengilat Kasut
Pastikan kereta anda dalam keadaan bersih dan kering, kemudian gilap di kawasan calar dengan menggilap kasut yang berwarna gelap daripada cat kereta anda.
Ads
Ambil kertas Pasir halus dan dengan perlahan gosokkan di bawah cat dan sekitarnya. Lakukan dengan cermat kerana, setelah itu ambil kain bersih dan gosok semula di kawasan calar tersebut dan pastikan calar berkenanan hilang.
Ubat Gigi
Ubat gigi juga boleh digunakan untu menggilap calar ringan pada kereta, kerana ia mempunyai kom ponen semulajadi yang membantu memadamkan calar pada permukaan kereta anda.
Ads
Sama seperti polish kasut, pastikan kereta anda dalam keadaan bersih dan sudah kering,kemudian sapukan ubat gigi di kawasan calar dan berus sehingga ia hilang.
Ads
Bersihkan ubat gigi dengan menggunakan kain lembut, sekiranya kesan calar tidak hilang lakukan semula beberapa kali.
Pengilat Kuku
Ramai yang tidak ‘alret’ dengan fungsi pengilat kuku. Salah satu fungsi pengilat kuku adalah ia dapat membantu menutup kesan calar pada permukanan seperti kereta (licin). Pilih pengilat kuku yang sama warna dengan kereta anda dan sapukan pengilat kuku tersebut ke kawasan calar. selepas itu, ambil top coat dan sapu untuk selamatkan bagaian calar serta sebagai langkah terakhir.
Tetapi perlu diingat, sekirannya kesan calar terlalu dalam seeloknya anda bawa pergi ke kedai polish atau detailing. Walaupun ia agak mahal dan perlukan anda mengeluarkan, tetapi sekurang-kurangnya anda berpuas hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan di negara kita permintaan dan penggunaan trak pikap cukup popular terutamanya di kalangan mereka yang perlu melakukan pergerakan ke kawasan off-road yang lebih mencabar.
Salah satu model trak pikap yang sentiasa menjadi pilihan ialah Ford Ranger Raptor. Selepas memperkenalkan model 3.0L bi-turbo V6 petrol, Ford kini menampilkan varian baharu dengan enjin 2.0L bi-turbo diesel pada harga RM248,888 (harga atas jalan tanpa insurans).
Selaku pengedar tunggal jenama Ford, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan varian baharu ini bagi memenuhi permintaan ramai pelanggan di Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, “Sebagai trak off-road berprestasi hasil buatan Asia Pasifik, permintaan untuk Ranger Raptor melebihi jangkaan. Respon terhadap Ranger Raptor generasi baharu amat baik sejak kami melancarkan varian V6.
Berdasarkan maklum balas yang kami terima, kami tahu ramai pelanggan Malaysia menginginkan pilihan enjin dan enjin Diesel Bi-Turbo 2.0L adalah penambahan hebat untuk rangkaian kami.”
Dipadankan dengan transmisi e-shifter automatik 10-kelajuan baharu, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu memberikan prestasi sehingga 210 PS pada 3,750 rpm dan tork 500 Nm pada 1,750-2,000 rpm.
PENGGUNAAN BAHAN API
Varian 2.0L Bi-Turbo Diesel juga mempunyai pelbagai ciri untuk menawarkan penggunaan bahan api yang kompetitif sebanyak 8.2L/100km.
Ciri-ciri ini termasuk fungsi stop/ start automatik, sistem pemantauan bateri, alternator berkecekapan tinggi, lampu siang LED (DRL), pemanasan transmisi aktif, minyak transmisi dengan kelikatan sangat rendah, cecair aksel belakang sintetik untuk mengurangkan kehilangan kuasa parasit dalam penghantaran dan kipas penyejuk dengan motor tanpa berus untuk mengurangkan kehilangan elektrik.
Direka untuk sepadan dengan varian V6, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu menampilkan casis yang sama.
Ia termasuk C-pillar, ruang muatan dan tayar simpanan, serta rangka unik untuk penyerap hentakan jounce, shock tower dan galas hentakan belakang, kesemuanya digabungkan untuk memastikan Ranger Raptor generasi baharu dapat menangani keadaan off-road yang mencabar.
Ia juga menampilkan suspensi direka semula yang sama dengan penyerap hentakan FOX Internal Bypass 2.5 inci baharu di bahagian hadapan, penghubung Watt yang disempurnakan di bahagian belakang, dan sistem pemacu empat roda canggih dengan kotak transmisi dua kelajuan yang dikawal secara elektronik, bersama dengan rear locking differentials.
Penyerap hentakan FOX Internal Bypass 2.5 inci talaan Ford Performance adalah yang paling canggih pernah ada pada Ranger Raptor dan diisi dengan minyak berinfus Teflon™ yang mengurangkan geseran sebanyak 50 peratus berbanding Raptor sebelumnya.
Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu juga dilengkapi dengan Kawalan Bottom-Out oleh FOX dan plat bash keluli kuat berketebalan 2.3mm, bersama dengan under shield dan transfer case shield. Juga terdapat tow hooks berkembar di hadapan dan belakang untuk pemulihan yang fleksibel, serta tali penyeimbang untuk pemulihan regangan di pasir dalam atau lumpur tebal.
Sama seperti varian V6, ia juga menawarkan Terrain Management System yang dikemas kini dengan tujuh mod pemanduan boleh pilih, tetapi tanpa sistem ekzos aktif. Tujuh mod pemanduan tersebut adalah Normal, Sport, Slippery, Rock Crawl, Sand, Mud/Ruts dan Baja.
REKA BENTUK TERKINI
Setiap mod pemanduan yang boleh dipilih membantu menyesuaikan banyak elemen – dari enjin dan transmisi hingga kepekaan dan kalibrasi ABS, kawalan daya cengkaman dan kestabilan, stereng, tindak balas throttle, dan juga paparan kluster instrumen dan sentuhan pusat – semua untuk sepadan dengan keadaan jalan.
Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan menikmati reka bentuk luar serba baharu. Ciri-ciri utama termasuk lengkungan roda yang meluas, huruf F-O-R-D yang menonjol di gril, bumper yang dipisahkan dari gril, dan lampu hadapan LED Matrix dengan lampu siang hari LED gaya C-clamp tersendiri.
Reka bentuk tayar aloi 17 inci yang mantap diliputi dengan tayar BFGoodrich® all-terrain KO2®, plat teras Ford Performance, side step aluminium baharu dan lampu LED di sekeliling melengkapkan penampilan lasak yang berfungsi di jalan raya mahupun off-road.
Tema reka bentuk berprestasi tinggi dan bertenaga turut dikekalkan sehingga ke ruang kabin, termasuk kerusi kulit sporty inspirasi jet pejuang, panel instrumen dengan penonjolan nuansa Code Orange, gear knob kulit dengan e-shifter, stereng kulit gred premium, dan paddle shifters salutan magnesium.
Ruang kabin digital Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu sama seperti Raptor V6, termasuk kluster instrumen digital 12.4 inci dan skrin tengah 12 inci dengan sistem infotainmen SYNC® 4A Ford dan penyambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Ciri-ciri dalaman standard lain termasuk sistem bunyi Bang & Olufsen® dengan lapan pembesar suara, empat port pengecas USB, pengecas Qi tanpa wayar, soket 12 volt, dan kamera 360 darjah.
Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel menawarkan rangkaian ciri keselamatan aktif dan sistem bantuan pemandu terkini yang ditingkatkan seperti varian V6.
Ini termasuk tujuh beg udara, Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go dan Lane Centering, lampu kecemasan, sistem maklumat titik buta (BLIS) dan High Beam Assist, Reverse Brake Assist, Evasive Steer Assist dan amaran Rear Cross-Traffic.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam tempoh kira-kira seminggu lagi lebuh raya di seluruh negara bakal meriah dengan jutaan kenderaan yang menuju ke segenap pelosok lokasi. Malah menurut laporan dianggarkan kira-kira 14 juta kenderaan dijangka akan memenuhi lebih raya dan jalan raya untuk balik kampung meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Selepas dua tahun tidak dapat meraikannya bersama orang tercinta akibat pandemik Covid-19, Hari Raya pada kali ini cukup dinanti-nantikan oleh ramai orang. Pastinya kemeriahan itu akan lebih dirasai berlipat kali ganda.
Namun dalam pada masa itu kita semua haruslah mainkan peranan untuk sentiasa menjaga SOP. Lakukan ujian kendiri dari semasa ke semasa. Jika tidak sihat elak daripada berkunjung ke rumah sanak-saudara dan lakukan ujian kendiri dengan segera.
Balik kampung merupakan saat yang cukup mengujakan terutamanya untuk meraikan lebaran. Namun perjalanan tidak akan menjadi sesuatu perkara yang menyeronokkan jika anda atau ahli keluarga yang menaiki kenderaan bersama-sama ‘mabuk kenderaan’ dan boleh menyebabkan muntah.
‘Mabuk kenderaan’ sebenarnya dikenali sebagai ‘motion sickness’. Ia kebiasannya berlaku kepada penumpang kenderaan seperti kereta, bas, keretapi dan juga kapal terbang. Namun kali ini MASKULIN ingin tumpukan kepada ‘mabuk kereta’.
Foto: familydoctor.org
SIMPTOM
Sebelum mengikuti apakah tip terbaik untuk mengatasi masalah ‘mabuk kereta’ terlebih dahulu jom kita kenali simptom yang boleh dialami. Berikut simptom mereka yang alami ‘mabuk kereta’.
Peluh sejuk (cold sweats)
Pening kepala
Lemah
Sakit kepala
Tidak selesa
Tak boleh tumpukan perhatian
Air liur berkumpul di dalam mulut
Muntah
Pucat
TIP ATASI MABUK KERETA
Berdepan ‘mabuk kereta’ bukan sahaja membuatkan diri berasa tidak selesa tetapi boleh merencatkan perjalanan itu sendiri. Jadi untuk elak perkara ini berlaku terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda.
Jika mula rasa mual dan ‘mabuk’ bukalah tingkap buat seketika dan dapatkan udara luar
Buat mereka yang mudah ‘mabuk kereta’ elak membaca atau menggunakan telefon pintar dalam masa yang lama ketika kereta bergerak
Jika bertolak pada waktu pagi, pilihlah makanan sesuai ketika bersahur. Elak makanan yang mudah membuatkan anda loya dan mual
Untuk elak rasa loya anda boleh sediakan makanan seperti asam, makanan berhalia, gula-gulapudina dan gula-gula getah
Sepanjang perjalanan berhentilah dengan kerap untuk berehat seketika
Jangan guna pewangi kereta yang baunya terlalu kuat
Tidur sepanjang perjalanan
Jangan brek mengejut dengan terlalu kerap
Buat mereka mudah ‘mabuk kereta’ duduklah di bahagian penumpang jadapan
Pandang secara lurus sentiasa
Jika terlalu teruk boleh sediakan ubat seperti antihistamin atau scopolamines seperti yang dipreskripsi oleh doktor
Semoga beberapa tip ini dapat membantu anda dah keluarga mengelak daripada berdepan masalah ‘mabuk kereta’ untuk perjalanan yang lebih selesa. Berhati-hati di jalan raya!
Bagi marhaen dalam bidang motosikal seperti penulis perbezaan di antara sports bike dan superbike mungkin samar-samar sahaja. Tapi sebenarnya wujud perbezaan di antara kedua-dua kategori yang mempunyai peminat cukup ramai di Malaysia dan juga seluruh dunia.
Sports bike merupakan motosikal yang dihasilkan dengan mengoptimakan kelajuan, pecutan, sistem brek dan kestabilan. Manakala super bike pula adalah jentera motosikal hampir sama namun dengan enjin lebih besar dengan kebiasaannya dari 800 hingga 1200 cc.
Sepanjang tahun 2020 pengeluar motosikal terus bersaing menghasilkan jentera terbaik di pasaran. Masing-masing ingin menyerlahkan keistimewaan kejuruteraan yang dihasilkan bagi menarik perhatian pengguna dan peminat motosikal.
Di Malaysia sendiri motosikal daripada ketegori ini merupakan antara yang sentiasa mendapat sambutan hebat. Dengan saiznya yang sedang dan tidak terlalu besar ia sesuai menjadi jentera tunggangan di Malaysia.
Setiap satu motosikal yang dipaparkan kali ini mempunyai keistimewaan masing-masing. Jadi turutan yang MASKULIN letakkan di bawah bukanlah berdasarkan ranking. Ia adalah ‘random’ semata.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 sports bike terbaik yang diperkenalkan pada tahun 2020 (setakat ini).
KAWASAKI NINJA 125
Enjin: 125cc 4-stroke Single
Berat: 164kg
BHP: 14.8
Adakah anda setuju dengan pilihan 10 sports bike terbaik yang ditampilkan oleh MASKULIN pada kali ini? Semoga ia boleh menjadi rujukan buat anda yang mungkin berkira-kira ingin memiliki motosikal.
Buat anda yang ingin mencari aksesori motosikal pada harga yang berpatutan dan tawaran sungguh hebat, boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.