Sekiranya anda ingin menggunakan ubat gigi ke atas muka anda, pastikan anda mengikut cara yang betul. Sila baca artikel ini untuk tujuan tersebut
Pertama sekali, pastikan kulit anda tidak alah pada ubat gigi. Ikuti langkah-langkahnya di bawah.
Jika anda ingin menggunakan ubat gigi untuk mencuci muka anda, maka sebaiknya anda memeriksa bahan kandungannya terlebih dahulu. Beberapa bahan kandungan yang terdapat di dalam ubat gigi boleh menjejaskan kulit anda. Sekiranya ubat gigi anda mengandungi sodium lauryl sulfate, triclosan, dan/atau sodium fluoride, maka dinasihatkan agar menjauhinya – kerana boleh memberikan kesan kepada kulit.
Kebanyakan ubat gigi mengandungi bahan-bahan tersebut, tetapi ubat gigi yang berwarna putih (ubat gigi biasa) kurang kandungan tersebut berbanding dengan ubat gigi gel.
Jika anda merancang untuk menggunakan ubat gigi, adalah terbaik sekiranya anda mencubanya dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Sapukannya sedikit pada bahagian muka. Dan kalau kulit menjadi merah, kering atau berubah warna maka elakkan daripada menggunakannya. Anda boleh menggunakan putik kapas untuk menyapu, dan kalau mahu guna jari, pastikan anda mencucinya terlebih dahulu.
Kesan ubat gigi ke atas kulit wajah adalah tidak tetap. Sesetengah orang membiarkannya semalaman, ada yang terus basuh dan sebagainya. Sekiranya kulit anda tidak sensitif, maka anda boleh membiarkannya, tetapi sekiranya sensitif, maka sebaiknya cepat-cepat basuh.
Tidak cukup dengan sekadar sapu? Kali ini kita akan lihat bagaimana anda boleh menjadikan ubat gigi sebagai face wash.
Jika sekadar meletakkan ubat gigi pada muka tidak mencukupi, maka anda boleh cuba untuk jadikannya sebagai face wash. Cara ini bukanlah satu satu saranan, anda perlu berani menanggung kesannya. Cara-caranya mudah sahaja. Pertama, ambil secebis ubat gigi, masukkannya ke dalam gelas/cawan.
Kemudian kacau sehingga air tersebut kelihatan putih dan ubat gigi larut.
Apabila anda sudah mencampurkan bahan-bahan itu tadi, anda boleh sapukannya dengan lembut pada muka.
Sekiranya kulit anda berasa pedih, bilas dengan kadar serta merta.
Bilas dengan air bersih, kemudian lap dengan kain bersih/kering. Kemudian, anda boleh menyapu moisturiser pada muka selepas proses itu tadi.
Seriously, banyak produk lain di luar sana yang direka khas untuk kulit. Berikut adalah beberapa daripadanya:
Ubat gigi mempunyai bahan kandungan yang boleh cepat kering, tetapi jangan lupa bahawa di luar sana masih banyak produk yang boleh mengeringkan jerawat, tetapi pada masa yang sama tidak meninggalkan kesan sampingan.
Sebagai contoh Oxy 5 atau Oxy 10 yang mengandungi benzoyl peroxide boleh menjadi pilihan utama.
Sekiranya masalah kulit anda masih tidak baik dan segala ubat tidak berkesan, maka sudah tiba masanya untuk anda berjumpa dengan doktor pakar kulit atau ahli dermatologi.
Mereka boleh memeriksa kulit anda dan memberikan cadangan yang sesuai dengan jenis kulit. Antara jenis ubatan yang biasa diberikan adalah retinoids, antibiotics dan dapsone.
Jika anda mahukan pilihan alternatif kepada Oxy, maka anda boleh mencuba tea tree oil. Biasanya ia dimasukkan sebagai salah satu bahan kandungan di dalam produk kecantikan yang lain.
Tetapi ada juga yang dijual secara khusus di pasar raya berdekatan. Terdapat kajian yang menyarankan bahawa tea tree oil boleh bertindak sebaik benzoyl peroxide apabila digunakan untuk merawat jerawat.
Celup putik kapas di dalam minyak tea tree dan sapu pada bahagian yang terjejas.
Elak sapu ubat gigi di bahagian berhampiran mata. Gunakan air suam. Gunakan kain tuala yang lembut.
Penggunaan ubat gigi sebagai salah satu rawatan alternatif kepada jerawat anda tidak disarankan untuk orang yang mempunyai masalah kulit sensitif.
Kaedah mencuci muka dengan ubat gigi bukanlah satu cara yang disarankan kerana ada sedikit kesan sampingan. Namun, tidak bermakna ia tidak berkesan. Anda boleh mencubanya, tetapi kena tanggung sendiri.
Harap artikel tentang mencuci muka dengan ubat gigi membantu anda, sekiranya YA silalah kongsikannya dengan orang lain.
sumber: panduansaya.com