Automotif

Ubah Suai Kereta BMW Sampai RM38K Enggan Bayar & Larikan Kereta

Share

Di kalangan pemilik kereta melakukan ubah suai atau ‘make up’ kereta menjadi satu hobi yang boleh memberikan kepuasan.

Selain kereta akan Nampak jadilebih cantik, sporty dan lebih mewah ia juga memberikan satu keyakinan berbeza kepada pemiliknya apabila menelusuri jalanraya.

Tapi salah satu perkara perlu kita akui ialah ubah suai kereta bukanlah murah an ia memakan perbelanjaan yang cukup besar. Apatah lagi jika kereta tersebut merupakan jenis kereta mewah buatan Eropah.

Sebab itulah bila berbelanja kita harus ukur kemampuan diri. Jangan ikutkan nafsu yang bukan sahaja menjerat anda engan hutang tetapi menjejaskan kewangan alam jangka masa panjang.

Dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku di Johor Bahru, seorang mekanik dan dua orang kakitangan sebuah bengkel mengalami kecederaan apabila seorang lelaki membawa lari kereta BMW miliknya.

Kereta tersebut dihantar pemilik BMW tersebut ke bengkel untuk melakukan ubah suai yang memakan kos sehingga RM38,000 ringgit. Namun malangnya dia tidak melakukan pembayaran yang membawa lari kereta keluar dari bengkel secara paksa.

Foto tular via NST

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis Johor Bahru, Balver Singh satu laporan polis telah diterima dari mekanik yang juga merupakan pemilik negkel tersebut.

Dia mendakwa pemilik kereta BMW tersebut menghantar kereta ke bengkel miliknya untuk dipasang pelbagai jenis aksesori baharu pada Sabtu, 7 September 2024 yang berjumlah kira-kira RM38,000.

Di antara aksesori baharu yang dipasang ialah tayar, sport rim dan pelbagai aksesori lain. Jelasnya lagi sebelum meninggalkan kereta, pemilik tersebut telah bersetuju dengan sebut Harga yang diberikan. Kemudian pada petang 10 September pemilk BMW itu Kembali dan minta untuk melakukan ‘test drive’.

Risau pemilik BMW itu melarikan diri, pemilik bengkel mengarahkan stafnya yang berusia 23 tahun ikut serta dalam test drive itu. Ketika melakukan test drive di Taman Bukit Kempas, pemilik BMW itu memberhentikan kereta dan mengadu ada bunyi ‘knocking’ pada bahagian enjin.

Namun sebaik sahaja pintu dibuka, rakan pemilik BMW yang ikut serta melakukan semburan lada dan mereka melarikan diri.

Mekanik yang menyaksikan kejadian cuba menghentikan suspek dengan berpaut pada cermin sisi kereta di lampu isyarat, hampir dilanggar.

Seorang lagi pekerja, mengejar dengan motosikal tetapi pemandu BMW tersebut melanggarnya, menyebabkan patah tangan kanan dan kecederaan di lutut serta pergelangan tangan.

BACA: Tukar Warna Kereta, Ini Cara Kemaskini Maklumat Di JPJ. Sangat Mudah!

Mangsa berusia 23 tahun pula mengalami iritasi mata akibat semburan lada. Pemilik bengkel turut cedera pada siku ketika cuba menghalang suspek.

Jumlah kerugian dianggarkan RM43,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, selain tuduhan memandu berbahaya dan mencederakan dengan senjata.

Polis sedang giat mengesan suspek dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Sumber: NST

Published by
Farizul Izwany Ibrahim