Ubah Cara Berpakaian Dengan 18 Kombinasi Warna Ini Agar Gaya Anda Lebih Menyerlah & Kacak!

Share

Lelaki perlu bijak menggunakan kombinasi warna dalam berpakaian agar lebih kacak dan bergaya. Jika sebelum ini anda hanya mengenakan pakaian hitam dan putih sahaja, percayalah kombinasi warna ini akan membuatkan diri anda lebih menyerlah.

Kombinasi warna penting agar gaya anda kelihatan lebih sempurna. Bimbang jika anda tersalah memilih kombinasi warna yang sesuai, anda akan menjadi mangsa fesyen.

Oleh itu, penting untuk anda mengetahui kombinasi warna untuk fesyen lelaki agar apa yang anda sarungkan pada tubuh kena dengan gaya. Barulah penampilan anda ada stail & memenuhi gaya seorang lelaki.

Ini 18 kombinasi warna yang boleh anda gunakan untuk OOTD anda setiap hari.

BACA: Penting Untuk Lelaki Tahu Jenis Bentuk Badan Agar Mudah Anda Nak Pilih Pakaian!

1. Kombinasi warna utama kelabu dengan warna gelap seperti biru, ungu atau coklat.

2. Kombinasi klasik dengan warna utama biru dan coklat berserta warna biru muda dan kelabu warna sampingan.

3. Kombinasi warna utama cerah biru muda dan coklat cair bersama warna sampingan biru gelap atau merah hati.

BACA: 7 Cara Basuh Baju Putih Elak Warna Luntur, Rosak & Cepat Kuning!

4. Kombinasi menyerlah dengan warna utama kuning oren dan biru muda berserta warna sampingan biru muda atau kelabu.

5. Antara warna klasik yang popular. Merah gelap dan coklat gelap sebagai warna utama bersama kelabu atau coklat sederhana sebagai warna sampingan.

6. Kombinasi warna kelabu dan biru gelap sebagai warna utama berserta warna sampingan kelabu atau warna biru muda.

BACA: 5 Cara Lelaki Boleh Nampak ‘Smart’ & Kemas Kalau Pakai Baju Kemeja!

7. Kombinasi kasual warna utama hijau dan coklat berserta putih dan coklat cair warma sampingan.

8. Kombinasi warna utama coklat cair dan biru dengan warna sampingan biru turquoise dan biru gelap.

9. Kombinasi warna utama kelabu dan merah hati bersama warna sampingan putih dan merah jambu.

BACA: Makna Tersirat Di Sebalik Rekaan Baju Melayu & Samping Yang Lelaki Patut Banggakan!

10. Kombinasi vintage dengan warna kelabu dan biru gelap sebagai warna utama. Corak menarik dari warna ungu dan hitam sebagai warna sampingan.

11. Kombinasi casual khakis coklat dengan jaket kelabu sebagai warna utama berserta biru merah sebagai warna sampingan.

12. Warna striking kot biru dan jaket labuh coklat cair sebagai warna utama berserta coklat sebagai warna sampingan.

13. Kombinasi sepadan tema merah, maroon, coklat dan coklat cair.

BACA: 5 Jenis T-shirt Ini Lelaki Selalu Guna & Kena Ada, Barulah Gaya Selesa, Sempoi & Stailo!

14. Kombinasi kemas coklat cair dan kelabu sebagai warna utama. Biru gelap pula sabagai warna sampingan.

15. Jaket baju sejuk kelabu dan jaket lengan pendek biru sesuai sebagai warna utama. Kombinasi menarik dengan warna oren dan coklat sebagai warna sampingan.

16. Kombinasi striking warna pic dan biru gelap untuk warna utama berserta warna kuning dan kelabu sebagai warna sampingan.

17. Kombinasi selesa warba gelap hitam dan biru gelap sebagai warna utama berserta warna coklat cair dan biru cair sebagai warna sampingan.

18. Kombinasi James Bond yang kasual. Tona biru gelap dan biru sebagai warna utama dan coklat warna sampingan.

BACA: Lelaki Hitam Manis Pun Boleh Nampak Kacak & Bergaya Kalau Ikut 6 Trik Fesyen Ini!

Published by
Roselinda