Berlangsung di Sentul Depot seperti edisi tahun lalu, pertandingan kecergasan yang dinantikan ramai, UA Combine 2024 telah berlangsung dengan cukup berjaya.
Seramai kira-kira 350 atlet berkumpul untuk menyertai edisi pada tahun ini. Ia diangkat bukan sekadar pertandingan semata tetapui menjadi manifestasi kepada moto Under Armour, “Protect This House,”.
Ia semangat komuniti atlet yang mendorong batasan kemampuan dan menakrifkan semula maksud sebenar kecergasan.
Kembali untuk tahun ketiga, UA Combine beberikan fokus kepada cabaran fizikal yang mencabar dengan setiap atlet melalui lapan ujian ketahanan: kelincahan, stamina, lompatan menegak, kuasa, daya tahan, kekuatan, kelajuan, dan ketajaman minda.
Setiap ujian dan cabaran direka untuk menguji had fizikal dan mental, mengingatkan setiap peserta tentang kuasa ketabahan dan kerjasama berpasukan.
Pengarah Komersial Under Armour Malaysia, Samantha Lim, merangkumkan semangat hari tersebut dengan berkata, “UA Combine direka untuk menginspirasi orang ramai supaya melangkaui batas diri.
“Hari ini, kami bukan sahaja menyaksikan paparan ketabahan yang mengagumkan tetapi juga semangat berpasukan yang hebat dalam kalangan komuniti atlet yang rapat ini, yang melambangkan apa yang Under Armour perjuangkan.”
Sepanjang hari, para atlet menyertai pelbagai aktiviti yang benar-benar menguji kemampuan fizikal mereka.
Dari Beep Test dan 3RM Bench Press kepada Reactive Intelligence Wall dan 40-Yard Dash, setiap aktiviti menawarkan cabaran tersendiri.
Ujian 20M Sled Push, Pull-Up Beep Test, Illinois Test, dan Vertical Jump Test menekankan lagi kepentingan daya tahan, kekuatan, dan fokus mental—kemahiran yang sangat penting bagi setiap atlet berprestasi tinggi.
UA Combine bukan sahaja menjadi platform untuk atlet yang berpengalaman tetapi turut menarik perhatian figura terkenal dalam komuniti kecergasan, masing-masing menambahkan aura unik mereka dalam acara ini.
Antara peserta terkenal adalah penyanyi Ismail Izzani, yang mempamerkan kelajuannya dalam 40-Yard Dash, dan Duta Under Armour serta ultramarathoner, Jeff Lau, yang cemerlang dalam Sled Push.
Harinder Sekhon, seorang atlet elit, menunjukkan kebolehannya dalam Vertical Jump. Manakala pencipta kandungan kecergasan seperti Anis Suhailah, DJ Aryzeadora Rahim, Anas DZ, Marc Le, dan Anson Yew turut mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran.
Sekali gus turut memberi inspirasi kepada peminat dan pengikut mereka dengan ketekunan dan komitmen mereka.
Setiap cabaran dikendalikan dengan teliti oleh juri pakar dari Celebrity Fitness, memastikan pertandingan ini mengekalkan standard kecergasan dan integriti yang tinggi.
UA Combine 2024 meraikan usaha luar biasa dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita, memberi penghormatan kepada pemenang yang cemerlang dalam setiap ujian.
Dalam kategori Wanita, Hui Lian Chiew muncul sebagai pemenang utama dengan 793 mata, diikuti oleh Nor Liyana Kamaruddin (745 mata) dan Jin May Koay (706 mata).
Kategori Lelaki pula menyaksikan Ashton Koh muncul sebagai juara dengan 1881 mata, sementara John Chai (1867 mata) dan Chee Wai Leong (1865 mata) berada di tempat kedua dan ketiga.
BACA: 10 Kasut Larian Trail Terbaik Pilihan MASKULIN
Hadiah yang ditawarkan termasuk RM 15,000, RM 7,500, dan RM 3,000 untuk pemenang teratas dalam setiap kategori, menunjukkan komitmen Under Armour dalam menghargai mereka yang mempamerkan ketabahan dan kegigihan.
Tambahan pula, alat urut Hypervolt GO 2 daripada Hyperice diberikan kepada juara sebagai sokongan dalam perjalanan kecergasan mereka yang berterusan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan Under Armour dan meneroka koleksi terkini peralatan kecergasan mereka, layari laman web rasmi mereka atau ikuti mereka di Instagram di @underarmourmy.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.