Bagi penggemar acara larian, Twincity Marathon merupakan antara acara yang cukup dinantikan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah antara acara larian yang paling popular di Lembah Klang.
Penganjuran pada tahun ini menyaksikan Twincity Marathon dianjurkan buat kali keenam. Kali pertama ia dianjurkan pada tahun 2014 menyaksikan kira-kira 4,500 orang menyertai larian pelbagai kategori.
Pada tahun ini pula menyaksikan satu rekod baru dengan jumlah penyertaan mencecah lebih 12 ribu orang. Untuk perbandingan tahun penganjuran tahun lalu pula seramai 10 ribu orang membanjiri laluan larian di Cyberjaya.
Twincity Marathon 2020 telah dianjurkan dengan jayanya pada 18 dan 19 Januari 2020. Menariknya acara pada 18 Januari menyaksikan larian untuk kategori kanak-kanak dianjurkan.
Acara utama pula berlangsung pada 19 Januari dengan sebanyak empat kategori iaitu 42 kilometer (marathon), 21 kilometer (half-marathon), 12 kilometer dan 5 kilometer (fun run).
Penganjuran kali ini menyaksikan tema FUTURISTIC menjadi pilihan penganjur seiring dengan kemunculan tahun 2020 yang menjadi simbol trasformasi digital yang sinonim dengan negara kita.
Cyberjaya yang dipilih sebagai lokasi acara pula dilihat sebagai refleksi visinya sebagai Global Tech Hub pada tahun 2020. Acara ini juga disokong sepenuhnya oleh Tourism Selangor yang turut bertindak sebagai salah satu penaja utama.
Berikut merupakan pemenang setiap kategori larian yang dipertandingkan.
1. Haithm Mukred
2. Arash Nasiri Eghbali
3. Urubanus Mutunga Mutisya
1. Pow Chia Ling
2. See Lie Chie Madeline
3. Nordalela
1. Poo Vasathan a/l Subramaniam
2. Muhaizar Bin Mohamad
3. Simon Rotich
1. Noor Amelia Binti Musa
2. Chelle Cky
3. Chew Jia Qi
1. Shurish a/l Arumugam
2. Jeffrey Ross
3. Vadiveelu a/l Arumugam
1. Sanggeetha a/p Subramaniam
2. Nurul Juliana Shakira Abd Halim
3. Ong Sue Ming
Foto: Tourism Selangor