Kami tidak pernah jemu untuk berikan anda kesedaran tentang betapa pentingnya kesihatan, jaga pemakanan dan dapatkan berat badan ideal. Bukan semudah ABC ia sangat memerlukan pengorbanan dan disiplin untuk berjaya. Selamat berdiet semua!
1.Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semula jadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Layari juga
http://www.maskulin.com.my/2017/11/01/ramai-lelaki-percaya-istilah-garam-sihat-sebenarnya-ia-merangsang-penyakit-secara-senyap/
2.Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
3.Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Layari juga
http://www.maskulin.com.my/2017/11/02/bukan-saja-mampu-cairkan-lemak-di-perut-ini-10-khasiat-lain-limau-kasturi/
4.Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
5.Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
6.Gunakan piring makanan yang kecil dan rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung dan berdiameter besar. Dengan memilih pinggan yang sebegini, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
7.Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Layari juga
http://www.maskulin.com.my/2017/09/05/10-sebab-sarapan-telur-sangat-penting-di-waktu-pagi-no-5-tu-siapa-yang-nak-sado-perlu-tahu/
8.Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.