Seorang pemuda dari Selangor, Fendy Shahril mengakui berat badannya pernah mencecah sehingga 100kg setelah 2 tahun berkahwin.
Namun setelah mendapat first baby, Fendy nekad untuk menurunkan berat badan dan berkat usaha dalam beberapa tahun, hasilnya sangat memuaskan.
Kongsi Fendy kepada Maskulin, sewaktu melakukan rutin disiplin hariannya, dia hilang 26kg sekali gus menjadikan berat tubuhnya yang terkini adalah sekitar 74kg sahaja.
Jujurnya, antara sebab mengapa badannya mengalami peningkatan berat yang mendadak adalah kerana tidak bersukan dan tidak jaga makan.
Transformasi malas kepada rajin
Menyedari kesihatan perlu dijaga dan perlu didapatkan semula, Fendy mengubah jadual hidupnya dan melakukan beberapa perkara asas yang boleh menguruskan tubuhnya :
1. Mula kira kalori harian
Fendy menggunakan aplikasi Myfitness Pal untuk mengira bilangan kalori. Untuk badan lelaki biasanya, jumlah kalori yang ada adalah sekitar 2000 kcal hingga 2500 kcal. Jadi kalau nak kurangkan berat, sebanyak 500 kcal dari kalori intake yang biasa perlu dibuang.
2. 80% makan makanan sihat VS 20% excersie
Mula amalkan konsep makan makanan sihat sebanyak 80 peratus setiap hari dan jangan sesekali biarkan perut berlapar. Namun anda perlu balasnya dengan senaman sekurang-kurangnya 20 peratus setiap hari.
3. Elak kandungan makanan & minuman yang tidak sihat
Untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang sihat, anda perlu kurangkan gula sama ada dalam pemakanan mahu pun minuman. Jika anda seseorang yang begitu suka dengan makanan sekali pun, kurangkan makanan berminyak.
4. Mula sediakan makanan sendiri
Anda juga digalakkan menyediakan bahan makanan anda sendiri. Jika dibeli dari luar, anda sendiri pun ada kalanya tidak tahu apa bahan-bahan yang mereka campurkan.
5. Gantikan gula dalam badan dengan manis buah
Apabila anda mengurangkan gula, tidak bermaksud anda tidak boleh mendapatkan ‘gula asli’. Maka, tukarkan gula yang biasa diambil itu dengan manis buah. Makanlah buah-buahan kerana ia mengandungi serat yang baik selain sangat berkhasiat.
6. Workout 5 -6 hari seminggu, sejam sehari
Mengurangkan makan sahaja tidak mencukupi. Ada baiknya jika ia disusuli dengan budaya rajin workout mengikut masa anda. Nak ke tak nak jer.. Kalau malas, itu adalah alasan!
7. Bahagikan senaman cardio dan kekuatan badan
Sentiasa cakna tentang perkara ini untuk memastikan tubuh anda selain mampu mengurangkan berat, ia mahu menjadi lebih sihat dan kuat.
8. Join group exercise and online coaching
Jika tidak tahu hendak bermula dari mana, tidak salah untuk mencari tenaga pengajar untuk mendisiplinkan anda. Jika mahu, boleh belajar secara online. Dekat YouTube bersepah tip workout disediakan.
9. Minum air masak 3 hingga 3.5 liter sehari
Minum air masak adalah perkara wajib untuk membersihkan kotoran dalam tubuh termasuk dalam pembuluh darah dan sebagainya. Selain itu, amalan ini diyakini memang boleh menguruskan badan seseorang itu.
10. Rehat tidur secukupnya 6 hingga 7 jam sehari
Tidur adalah satu keperluan yang utama bagi tubuh anda. Tidur yang cukup bukan bermaksud tidur yang melebih-lebih sehingga anda sendiri pun menjadi malas. Akhirnya, berat anda semakin bertambah semula.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI