Tuntutan Tebus Rugi Menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Ini Caranya!

Share

Urusan jual beli secara di atas talian kini sudah menjadi satu norma baharu. Namun di sebalik kemudahan serta kesenangan menggunakan platform di atas talian terdapat beberapa kes yang tidak sedap untuk kita dengar.

Ini di mana terdapat pelanggan yang dicaj melampau atau mendapat barang dengan kualiti tidak seperti diiklankan atau sepadan dengan harga.

Lebih malang lagi jika produk yang dibeli tidak diberi jaminan seperti mana yang diiklankan. Sebagai pengguna kita sebenarnya ada hak untuk melakukan tuntutan tebus rugi. Dan ini boleh dilakukan menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

Terlebih dahulu kita perlu faham apakah objektif penubuhan TTPM.

  • Menyediakan forum alternatif kepada mahkamah sivil untuk pengguna membuat tuntutan tebus rugi berkenaan dengan barang atau perkhidmatan secara murah, mudah dan cepat.
  • Mendengar dan mengadili tuntutan dengan bebas, adil dan saksama.
  • Membangunkan undang-undang berhubung perlindungan pengguna.

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar –

  • tuntutan untuk tebus rugi bagi pembelian barang dan perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa Tribunal sepertimana diperuntukkan di bawah Akta 599;
  • tuntutan yang jumlah amaunnya tidak melebihi RM50,000.00; dan
  • tuntutan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

PEMBELIAN ONLINE

Mungkin ada di antara anda tidak tahu bahawa pembelian menerusi platform dalam talian termasuklah di alam mendia sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter juga termasuk dalam perlindungan ini.

Ini kerana peniaga online juga perlu mendaftar perniagaan mereka dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan perlu mematuhi undang-undang niaga di Malaysia. Sebagai pengguna, anda berhak untuk menerima penghakiman yang adil, termasuk mendapat pampasan untuk pembelian atau servis anda terima yang memiliki unsur mengelirukan, kualiti barang yang rendah dan juga servis yang tidak memuaskan.

Business photo created by ijeab – www.freepik.com

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Buan anda yang ingin melakukan dan memfailkan tuntutan boleh dengan cara-cara berikut:

1. Hadir sendiri di kaunter TTPM di seluruh negara.

  • Perlu mengisi Borang 1 yang boleh didapati di semua cawangan Tribunal atau muat turun di portal e-Tribunal. Anda perlu membayar RM5.00 untuk pemfailan borang tersebut.
  • Salinan Borang 1 akan diserahkan kepada pihak yang dituntut, dan kedua-dua pihak perlu hadir ke pendengaran tuntutan tersebut. Tarikh pendengaran akan ditetapkan oleh Tribunal.
  • Selepas tuntutan berjaya diselesaikan dengan persetujuan kedua-dua pihak, Tribunal akan mengeluarkan Award (terma ini digunakan untuk penyelesaian yang ditawarkan oleh Tribunal). Award tersebut boleh jadi dalam bentuk wang yang dibayar kepada pengadu, ataupun ganti untuk barang yang dibeli.

2. Pemfailan secara online menerusi potal https://ttpm.kpdnhep.gov.my

Senarai cawangan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Berdasarkan undang-undang kita sebagai pengguna hanya dibenarkan melakukan tuntutan bernilai sehingga RM25,000 sahaja. Dan wang tuntutan tersebut dibayar bukan oleh Tribunal, sebaliknya oleh pihak yang dituntut atas arahan Tribunal.

Paling penting sekali ialah anda menyimpan kesemua bukti dan dokumen berkaitan jual beli. Antara dokumen yang boleh digunakan ialah invois, resit, risalah iklan, barang yang rosak serta dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong tuntutan anda.

Ramai di antara kita mungkin tidak tahu atau tidak mengambil endah akan hak sebagai penggunna. Usah biarkan scammer berleluasa kerana selepas anda mungkin orang lain pula menjadi mangsa.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat buat anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim