Automotif

Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang & Rosak, Rugi Tak Buat!

Share

Jalan berlubang di Malaysia merupakan perkara biasa. Malah, ia kadang-kala sukar dielakkan lebih-lebih di kawasan yang sukar untuk dilihat dan gelap.

Kemalangan jalan raya akibat jalan berlubang ini juga boleh meragut nyawa. Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, ikut cara tuntuan seperti di bawah.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia di laman X, pihak yang mahu membuat tuntutan perlu mengambil beberapa langkah.

Enam langkah-langkah tersebut adalah:

1. Ambil gambar kenderaan anda dan lubang pada jalan sebagai bukti.

2. Ambil gambar kerosakan pada kenderaan atau kecederaan pada tubuh.

3. Kumpulkan semua resit yang berkaitan seperti resit towing, klinik, hospital, bengkel (untuk tujuan tuntutan bayaran semula)

4. Buat laporan polis dengan nyatakan nama jalan, kilometer jalan, tarikh dan masa kejadian.

5. Semak dengan polis untuk ketahui siapakah yang pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut.

6. Pergi ke pejabat pihak berkuasa yang bertanggungjawab pada jalan tersebut dan buat tuntutan kerosakan.

Siapa yang perlu bertanggungjawab?

Bagi jalan berkaitan dengan negeri atau persekutuan, pihak yang bertanggungjawab adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Namun bagi masalah berkaitan jalan di lebuh raya pula, perlulah merujuk kepada syarikat konsesi tol yang berkaitan.

Sekiranya jalan laluan di perumahan rosak, aduan boleh disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana