Jalan berlubang di Malaysia merupakan perkara biasa. Malah, ia kadang-kala sukar dielakkan lebih-lebih di kawasan yang sukar untuk dilihat dan gelap.
Kemalangan jalan raya akibat jalan berlubang ini juga boleh meragut nyawa. Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, ikut cara tuntuan seperti di bawah.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia di laman X, pihak yang mahu membuat tuntutan perlu mengambil beberapa langkah.
Enam langkah-langkah tersebut adalah:
1. Ambil gambar kenderaan anda dan lubang pada jalan sebagai bukti.
2. Ambil gambar kerosakan pada kenderaan atau kecederaan pada tubuh.
Ads
3. Kumpulkan semua resit yang berkaitan seperti resit towing, klinik, hospital, bengkel (untuk tujuan tuntutan bayaran semula)
4. Buat laporan polis dengan nyatakan nama jalan, kilometer jalan, tarikh dan masa kejadian.
5. Semak dengan polis untuk ketahui siapakah yang pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut.
6. Pergi ke pejabat pihak berkuasa yang bertanggungjawab pada jalan tersebut dan buat tuntutan kerosakan.
Ads
Siapa yang perlu bertanggungjawab?
Bagi jalan berkaitan dengan negeri atau persekutuan, pihak yang bertanggungjawab adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ads
Namun bagi masalah berkaitan jalan di lebuh raya pula, perlulah merujuk kepada syarikat konsesi tol yang berkaitan.
Sekiranya jalan laluan di perumahan rosak, aduan boleh disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suatu ketika dahulu (dan mungkin berlaku sekarang) ada orang menganggap kereta auto hanyalah untuk golongan wanita. Tapi sejujurnya sesiapa yang tinggal di kawasan bandar dan sering berdepan dengan kesesakan jalan raya pasti tahu betapa berharganya memandu menggunakan kereta auto.
Dan tidak hairanlah kereta auto kini menjadi pilihan popular di kalangan lelaki moden yang tinggal di kawasan bandar. Namun ada ketikanya anda mungkin lalai untuk mengamalkan cara pemanduan yang boleh mengelakkan kereta auto kesayangan anda rosak.
Sebagai pemilik kereta pastinya anda mahukan perlindungan yang maksima dan paling penting tidak rosak dan mempunyai kos servis yang tinggi. Bayangkan jika berlaku kerosakan di bahagian kotak gear, gear, transmisi dan enjin.
Jadi apakah tabiat yang boleh menjejaskan dan membuatkan kotak enjin kereta anda mudah rosak?
1
Kebiasaannya kereta auto ada mempunyai enam peringkat pertukaran gear.
a) ON suis dahulu dan pastikan lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap bermula dari atas hingga ke bawah.
b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.
d) Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit jika kereta telah dimatikan selama 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
2
Minyak AUTO dan AUTO filter hendaklah ditukar setiap 30,000 km atau 6 bulan (yang mana dulu). Yang paling penting jangan skip jadual servis. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AUTO, jika dibiarkan terlalu lama ia boleh memudaratkan kotak gear.
Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
3
Sebelum memulakan perjalanan atau selepas berhenti, mulakan dengan step “2” atau step kedua selepas “N”.
Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan ‘sukarela’ dan penuh semangat. Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan ‘terpaksa’ lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
Ya, tiada siapa yang suka gunakan jalan yang mempunyai kopak air bertakung dan meredah kawasan banjir. Itulah antara perkara yang anda perlu elak. Jika terpaksa melalui juga pastikan kereta dalam keadaan lancar atau dalam kata lain ‘senafas’ sahaja.
Dan igat, JANGAN sesekali berhentikan kereta di kawasan air yang tinggi kerana ia boleh terkena bahagian bawah enjin. Jika ini berlaku ia boleh menyebabkan pintu kotak gear dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan clutch plate terbakar.
5
Jika boleh elakkan daripada selalu menggunakan jalan yang berbukit atau mendaki terlalu tinggi. Sebagai contoh kawasan peranginan Genting Highland yang mempunyai kecuraman jalan yang tinggi.
6
Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”.
Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
7
Jangan undur kereta dengan laju. Dan jangan gunakan gear ‘R’ terlalu lama dan kerap. Guna hanya bila perlu sahaja. Penggunaan gear reversed yang tak betul juga boleh menyebabkan kotak gear cepat rosak.
8
Akhir sekali, janganlah anda bertindak terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan. Sayangilah kereta anda ya. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan kalau nak laju tingkatkan kelajuan secara berperingkat.
Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada timing belt. Ini juga penyumbang atau punca mengapa timing belt boleh putus sebelum sampai sebenarnya ia perlu ditukar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.
Selalunya bateri kereta yang dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun malah ada batetri yang tahan lebih lama lagi. Menjaga bateri kereta anda tidaklah sesusah mana. namun jika anda mengabaikannya, tentulah bateri kereta anda akan cepat kong.
Terdapat dua jenis bateri yang boleh anda perolehi pada masa kini :
Sel kering
Sel basah
Ikuti tip yang boleh anda praktikkan untuk menjaga bateri kereta:
Periksa Aras Air Bateri
Langkah ini sesuai digunakan untuk pengguna bateri sel basah dan bukannya bateri maintenance free. Bateri sel basah memerlukan cecair ditambah dari semasa ke semasa. Cecair yang kurang dalam bateri dalam masa yang panjang akan mengakibatkan tempoh hayat bateri pendek daripada yang sepatutnya.
Pastikan air bateri mencapai tahap bawah sedikit dari maksimum. Cara menambahnya amat mudah. Anda cuma perlu membuka penutup dan isikan dengan air bateri yang anda boleh dapati daripada stesen minyak berdekatan.
Bersihkan Terminal Bateri
Setiap bateri akan mempunyai terminal positif (+) dan negatif (-) yang perlu anda bersihkan. Ini kerana keladak pada terminal akan menyebabkan cas bateri tidak sampai dan kenderaan tidak dapat dihidupkan.
Cara untuk membersihkan terminal bateri;
Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.
Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat.
Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid.
Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.
Sapukan Gris Tahan Panas
Sapukan gris tahan panas pada bahagian terminal bateri untuk mengelakkan daripada terhakis dan karat.
Pasang Voltmeter
Bateri anda memerlukan cas yang cukup untuk untuk beroperasi. Jika anda menghantar kereta anda untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri.
Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Pemasangan voltmeter didalam kereta anda tentulah cara yang paling mudah untuk memeriksa voltan bateri anda.Kini anda boleh membelinya di pasaraya terkenal. Walaupun bacaan dikatakan tidak tepat,namun ianya pasti memudahkan anda.
CIRI-CIRI BATERI KERETA YANG BAIK
Bateri kereta dicas secukupnya
Umur bateri bertahan lama
Aras elektrolit bateri sentiasa terkawal
Tiada perlukan kerap menambah air suling
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aston Martin secara rasminya memperkenalkan jentera hebat terbaru mereka, V12 Speedster. Menurut mereka, kereta kelas supercar ini dihasilkan dari inspirasi jet pejuang.
Melihatkan warna dan bentuk aeordinamiknya memangtidak syak lagi bahawa model Aston Martin ini merupakan antara model moden yang paling ‘elegan’ pernah dikhasilkan mereka.
Jentera hebat ini memuatkan saiz enjin yang sangat besar ke dalam ‘tubuhnya’ yang sedikit kecil. Dilengkapi enjin 5.2 liter twin-turbo V12, ia mampu menjana kuasa sebanyak 700hp atau kuasa kuda pada kadar 752Nm torque.
Dengan kuasa hebat dialirkan oleh enjin berkuasa besar, kereta yang menggabungkan rear-wheel-drive disokong oleh sistem transmisi ZF eight-speed.
Kuasa pecutannya tidak kurang hebat dengan mencatatkan dari 0 hingga 60mph dalam tempoh 3.5 saat sahaja dengan kelajuan maksima mencecah 186mph atau 300kmj!
Aston Martin V12 Speedster ini dibangunkan oleh Aston Martin dengan kolaborasi bersama Boeing yang mempunyai kepakaran dalam jet enjin pesawat.
Ia datang dalam pakej tanpa sebarang bumbung dan cermin hadapan. Manakala tempat duduk hadapan pula terdedah dan dipisahkan dengan crossbar yang besar dengan rekaan seolah-olah seperti kabin peswat pejuang.
Kereta hebat ini juga menggunakan bahan futuristik seperti satin karbon fiber dan getah 3D-printed.
Lebih menarik ia hanya dihasilkan sebanyak 88 unit sahaja di seluruh dunia dan diletak pada harga USD950 ribu (RM3.54 juta). Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri menerusi laman web rasmi Aston Martin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.