Tun Mahathir Mohamad, seorang figura yang tidak asing lagi dalam arena politik Malaysia, telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini.
Masih aktif dan bertenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti orang lain, termasuklah memandu sendiri walaupun usia sudah meniti 99 tahun.
Keupayaan beliau itu dibuktikan menerusi satu satu video klip yang dikongsikan TikTok @amofficialmy
menunjukkan Tun Mahathir memandu uji sebuah Proton S70.Dalam satu video itu, jelas kelihatan beliau kelihatan masih mampu memandu dengan baik, malah Tun Mahathir juga berupaya mengendalikan kereta dengan hanya menggunakan satu tangan.
@amofficialmy Test drive Proton S70 #proton #protons70 @protoncarsofficial @chedetofficial @comel1studio ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto
Orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ‘Bapa Proton’, individu yang memainkan peranan penting dalam menjadikan Proton sebuah jenama tempatan yang dihormati di dalam dan luar negara
Dalam masa sama, orang ramai juga perasan kereta yang dipandu Tun Mahathir berbeza daripada spec Premium yang biasa. Proton S70 Premium tidak mempunyai sunroof, bagaimanapun kereta itu dilengkapi sunroof.
Orang ramai berpendapat mungkin Proton membuat model S70 itu khas buat Tun Mahathir sahaja dan tidak boleh didapatkan di mana-mana.
Proton diasaskan oleh Tun Mahathir pada 7 Mei 1983 untuk membawa industri automotif tempatan bersaing ke arena antarabangsa.
BACA LAGI : Masih Aktif Pada Usia 98 Tahun, Jalan Kaki Rahsia Sihat Tun Mahathir
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.