Akibat jangkitan yang dialami sejak Januari lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), demikian lapor Berita Harian.
Bagaimanapun kesihatan diri Dr Mahathir semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih doktor, jururawat dan kakitangan IJN.
“Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini adakala saya dibenarkan pulang sekejap atau ‘home leave’ oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN.
“Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya serta Hasmah (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) dan kesejahteraan kami berdua,” katanya dalam Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir dan isterinya turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini.
“Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam.
“Selamat berpuasa. Saya berdoa semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya’Allah,” katanya.
Kredit Sumber: Berita Harian
BACA: Tidak Cukup Jadi Menteri & Penyampai Radio, KJ Kini Peragawan Baju Melayu Elrah