Siapa tak kenal dengan Power Rangers, bukan? Disebabkan itulah baru-baru ini telah tular sebuah video memaparkan rakaman sepasang pengantin baru diraikan di sebuah acara dengan menggayakan kostum Power Rangers.
Menerusi video tersebut pengantin disambut dengan penuh keceriaan dengan pengantin lelaki mengenakan kostum Blue Ranger manakala pengantin perempuan pula dengan kostum Pink Ranger. Menariknya pengantin lelaki walaupun berkostum tetap lengkap dengan samping manakala pengantin perempuan pula dengan veil.
Rakaman video tersebut difahamkan berlangsung pada 13 April yang lalu bertempat di UTC Datuk Keramat. Susulan tularnya video tersebut, terdapat segelintir warganet yang turut rasa panas punggung dengan telatah mereka.
Malah ada yang menuduh pasangan tersebut membelakangi budaya orang Melayu. Walhal itu bukanlah perkara yang sebenarnya berlaku! Sebenarnya itu bukanlah majlis kenduri mereka tetapi diraikan di sebuah acara Collectors Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL). Bahkan difahamkan juga pasangan tersebut baru sahaja selesai diraikan dalam dua majlis bersama keluarga iaitu majlis pernikahan dan majlis bertandang.
Rentetan dengan pelbagai komen berbaur negatif dan tuduhan melulu itu, salah seorang penganjur tampil memberikan penjelasan. Menerusi sebuah posting di Facebook, penganjur yang dikenali dengan nama Wan Kedah tampil untuk menjernihkan keadaan.
Ikuti penjelasan daripadanya di bawah:
Salam semua dgn views video dah beratus ribu kot..dan komen2 agak kasaq. saya rasa bertanggungjawab kena clearkan isu ni
Ads
1. Ya saya organiser event geng mainan dan cosplay nama CTFKL atau Collectors Toy fair Kuala Lumpur… atau kelab pengumpul mainan kuala lumpur yg sah dah sudah diregistered.
2. Depa 2 ni memang geng cosplay lama dah(pakai costume la)
3. Sudah diijab kabul pada 12 mac 2019
4. Ni merupakan bersanding kali ke 3..
5. Kami geng mainan hanya meraikan depa. Di event mainan.. dalam dewan tu kami dah macam family.
6. Depa pun mula berjumpa dan bercinta di CTFKL3 (2016) dan CTFKL4 (2018)
Ads
7.Kami cuma meraikan depa cara kami. Sat saja 30 minit
Nama event pun kampong geng mainan.. ala macam ada org kawin di kampong la. Tapi kampong kami Bukan kampong hangpa
8. Bacaan doa dan negaraku pun ada
Aku sini minta maaf kpd kedua pengantin baru kita serta keluarga dia.
*Ada kata pakai helmet sebab nak kawin 2. Hahaha lawak..
Tq semua geng menan yg defend dan cuba clearkan..
Ads
Harap clear la. Maafkan daku depa tak paham
Event tadi pun event amal utk anak yatim dan asnaf raudah gombak.
Tq Saya yg sentiasa mencari menan Wan Muhammad Aznan Dato Wan Azmi Founder CTFKL Kampong Bendang Man 08200 Sik.Kedah
#ctfkl2019
Semoga dengan penjelasan ini tiada lagi komen bukan-bukan dihamburkan kepada pasangan tersebut. Apa salahnya mereka diraikan bersama-sama dengan minat mereka.
Kepada pasangan ‘Power Rangers’, Selamat Pengantin Baru diucapkan daripada kami di team MASKULIN! Semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.
Go, go Power Rangers!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perjuangan kita untuk membendung penularan wabak COVID-19 kini bergantung kepada pemberian vaksinasi kepada majoriti rakyat Malaysia. Ini bagi mendapatkan imuniti kelompok untuk melindungi bukan sahaja kita tetapi kepada golongan berisiko yang lain seperti kanak-kanak.
Jumlah pemberian vaksin di negara kita kini mencatatkan angkayang cukup memberangsangkan dan kini turut diiktiraf sebagai antara terpantas di dunia. Ketika artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya 11.8 juta penduduk di Malaysia telah menerima dos pertama.
Dan kini kesan awal vaksinasi mungkin telah dapat kita saksikan berdasarkan statistik jumlah kes positif COVID-19 semalam. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa daripada 14,516 kes, sebanyak 92% tiada sejarah vaksinasi.
Angka-angka tersebut berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Antara yang paling signifikan ialah 97.9 peratus daripada 95 pesakit dalam kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) tiada sejarah vaksinasi.
Sejumlah 85.7% daripada 77 kes kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) juga tidak mempunyai sejarah vaksinasi.
Manakala bagi kes tiada sejarah vaksinasi yang lain pula menyaksikan kategori 3 (67% – radang paru-paru), kategori 2 (87.6% – bergejala ringan) dan kategori 1 (95.6% – tidak bergejala).
Seperti mana kita tahu, kebanyakan kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah serta mempunyai kediaman yang sesuai dibenarkan melakukan isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital terutama di Lembah Klang.
Dengan angka-angka ini, kita dapat lihat bahawa keberkesanan vaksinasi di dalam usaha membendung pesakit yang le bih kritikal jika dijangkiti wabak ini. Jadi marilah kita dapatkan vaksinasi dan sama-sama lindung diri dan lindung semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terlalu banyak beban di kepala boleh menyebabkan kita jadi stress. Bila stress, mulalah semua benda jadi tak bentu;. Dah guna banyak cara tapi stress tetap ada? Tidur dan bersenam pun masih tidak membantu? Ini cara terbaru untuk hilangkan stress.
MENGHIDU EPAL
Lawak bukan? Tapi percayalah kajian menyatakan bahawa dengan membau buah epal hijau ataupun buahan citrus lain boleh menyebabkan sakit kepala anda hilang dan melegakan tekanan. Kajian juga telah dijalankan kepada penghidap penyakit migrain kronik dan ia mampu memnyembuhkannya. Jadi simpan banyak-banyak buah epal hijau di rumah ya!
LETOPKAN BELON
Siapa kata letopkan belon hanya untuk buat orang terkejut? Bila kita stress, kita lebih cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek, Jadi bila anda letupkan belon, ia membantu anda untuk bernafas seperti biasa dan membuatkan tubuh lebih tenang dan kepala lebih lega.Anda akan menghela nafas yang lebih panjang dan ia membantu untuk merehatkan otot tubuh juga.
MELUKIS MENGGUNAKAN JARI
Tak salah untuk anda mengekspresi perasaan marah itu. Tapi buat apa marah dan mengamuk? Apa kata anda cuba cara ini dengan mengunakan cat dari pelbagai warna dan lukiskan apa yang kamu fikirkan ketika itu. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan jari kamu untuk melukis. Lebih dekat dengan fikiran di kepala kerana pergerakan lebih cepat apabila menggunakan jari. Tapi kamu boleh saja menggunakan krayon ataupun pensel warna. Lukiskan perasaan anda pada kertas ataupun kanvas. Kamu lihat saja resultnya. Pasti menarik!
URUT TELINGA ANDA
Mungkin bagi anda cara ini tidak masuk akal. Tapi sebenarnya, bila anda mengurut telinga, ia secara tidak langsung akan melepaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang,Selain itu, telinga juga antara bahagian paling sensitif pada tubuh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sangat menggalakkan! Itulah yang boleh kita perkatakan apabila kerajaan menerusi Jawatan Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) membuka permohonan bagi rakyat Malaysia yang menetap di Kuala Lumpur dan Selangor untuk mengambil vaksin AstraZeneca.
Permohonan yang dibuka pada Ahad lali menyaksikan kira-kira 268,000 slot untuk mendapatkan vaksin tersebut telah habis ditempah dalam masa tidak sampai empat jam.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan 268,000 pemohon vaksin AstraZeneca sudah selesai didaftarkan.
Sebanyak empat lokasi telah disenaraikan untuk pengagihan suntikan vaksin ini iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KL, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Dewan 1 Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya dan juga Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bermula esok 5 Mei sehingga 6 Jun, mereka yang memohon akan diberikan suntikan mengikut temujanji yang telah disahkan menerusi aplikasi MySejahtera atau menerusi SMS.
Buat anda yang memohon untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca tersebut, mungkin ada di antara anda tidak tahu dan kurang arif akan perjalanan prosesnya. Usah risau, MASKULIN akan kongsikan beberapa info penting yang perlu anda tahu sepanjang perjalanan dan prosedur mengambil vaksin tersebut.
Sebelum itu pastikan anda sudah memastikan tarikh temu janji dan juga bersetuju untuk menerima vaksin di aplikasi MySejahtera.
Berikut apa yang akan lalui pada hari vaksinasi.
PERTAMA
Sebaik sahaja tiba dipusat pengagihan vaksin, anda perlu mengimbas menggunakan MySejahtera dan mengambil suhu badan.
KEDUA
Selepas itu anda terus ke kaunter pertama untuk melakukan pendaftaran. Jangan lupa untuk bawa kad penganalan dan tunjukkan aplikasi MySejahtera untuk pengesahan temu janji.
KETIGA
Anda kemudian akan diberikan borang untuk ditandatangani sebagai persetujuan untuk menerima vaksinasi. Ini akan dilakukan dan ditandatangani di hadapan doktor yang bertugas. Di sini juga anda boleh menanyakan sebarang kemusykilan dan soalan yang mungkin anda tidak berapa faham tentang proses vaksinasi. Selepas anda bersetuju, tadangatani borang persetujuan tersebut.
KEEMPAT
Tiba giliran anda akan dibawa ke stesen untuk vaksin. Ia akan dilakukan oleh petugas yang berkemahiran jadi anda tidak perlu risau. Pastikan juag anda memakai baju yang mempunyai lengan yang mudah untuk melalui proses suntikan vaksin. Bagi anda yang lelaki pakailah baju atau kemeja lengan pendek bagi memudahkan proses itu.
KELIMA
Selepas selepas mendapat suntikan vaksin, anda akan terus ke stesen verikasi. Di stesen ini anda akan diberikan tarikh untuk temu janji untuk suntikan dos kedua.
KEENAM
Akhir sekali, anda akan ditempatkn di zon pemantauan selama 30 minit untuk pastikan anda tidak berdepan komplikasi atau kesan sampingan yang teruk.
Semoha perkongsian ini boleh membantu anda menjalani proses vaksinasi dengan lebih lancar. Ingat lindung diri, lindung semua!
Bagi anda yang ada mempunyai masalah kesihatan sila rujuk gambar di bawah:
Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...