Walaupun usia 15 tahun masih dikategorikan sebagai bawah umur, namun remaja seusia itu sepatutnya sudah tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, demikian pendapat Dr Shazril Shaharudin mengulas isu remaja yang menggunakan steroid untuk membina badan seawal usia tersebut.
“Saya form three (15 tahun), saya rasa saya dah boleh buat decision lah. Kita tahu yang mana yang baik dan buruk,” kata Dr Shazril atau lebih dikenali sebagai Dr Say ketika ditemui MASKULIN selepas berlangsungnya Nivea Luminous630 Celebration Night di ibu negara minggu lalu.
“Jadi disitu sebenarnya kita boleh tanya sekeliling, tanya yang lebih arif. Tanya yang lebih dewasa, baik atau buruk ambil perkara ini, benda itu,” katanya lagi.
Maka, Dr Say berpendapat usia tidak sepatutnya dijadikan alasan atas sesuatu kesilapan yang berlaku akibat tidak bersiap sedia dengan ilmu yang cukup.
“Tidak dinafikan sekarang ni it’s all about looks and appearance. Saya rasa kalau tanya budak-budak sekarang, mestilah ramai nak jadi influencer, content creator, nak jadi di hadapan kamera, nak look good.
Ads
“Tapi belajarlah sebelum kita ambil apa jua barang. Tak kisahlah protein ke, supplement ke. Tanyalah yang lebih dewasa, yang lebih arif, tanya doktor,” tambahnya.
No Demand, No Supply
Dr Say yang juga pernah bergiat aktif dalam pertandingan bina badan beberapa tahun lalu turut berpendapat yang penjualan bahan-bahan terlarang juga wujud disebabkan masih ada permintaan dikalangan individu di bidang berkenaan
“Bagi saya, when there is no demand, there is no supply… Kalau kita tak meminta untuk benda itu, takkan ada penjualannya,” ujar Dr Say.
Ads
“Jadi tak boleh nak salahkan semata-mata penjual itu. Kita sebagai pengguna sendiri perlu cerdik menilai apakah side effect semua ni, apakah yang akan berlaku pada tubuh badan kita sekiranya kita ambil.”
“Do it the natural way, ia akan memakan masa. Buat badan ni akan memakan masa, but enjoy the process sebab kita nak guna badan kita lama. Jadi sayangilah kesihatan kita, sayangilah badan kita.”
Ads
Terdahulu, tular di laman Tiktok seorang remaja berusia 15 tahun berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan yang dia telah mula mengambil steroid untuk membina otot badan.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai termasuklah Hazim Sazali yang juga merupakan anak kepada jaguh bina badan negara Sazali Samad.
Bagaimanapun, hantaran itu telah pun dipadam oleh remaja berkenaan susulan kecaman netizen yang diterimanya.
“Pornografi menjanjikan keseronokan dan kepuasan, tetapi apa yang penggemar porno dapat adalah ketagihan. ”- Norman Doidge, MD, The Brain That Changes Itself.
Kajian terhadap otak mendapati punca ketagihan bukan sekadar unsur luar yang dimasukkan secara fizikal, tetapi terdapat tindak balas lain yang menyebabkan ketagihan.
Sudah tentu arak untuk diminum dan rokok untuk dihisap tetapi apabila alkohol dan asap masuk ke dalam badan , ia akan meransang(stimulate) otak untuk menghasilkan hormon dopamine dalam jumlah yang banyak .
Apa itu hormon dopamine?
Dopamine mempunyai banyak fungsi, salah satu fungsinya adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok, ghairah dan motivasi. Perasaan ini membuatkan kita lebih fokus pada objek yang meransang dopamine tersebut tanpa memperdulikan masalah dan hal-hal lain.
Situasi ini membuatkan kita lebih tenang dan bebas daripada masalah-masalah yang serabut di minda.
Tetapi penghasilan dopamine dalan jumlah yang banyak tanpa mekanisma yang normal(natural) akan menyebabkan ketagihan. Dan inilah apa yang dadah, alcohol dan pornografi lakukan terhadap otak kita.
Bagaimana Otak Kita Berkerja?
Otak kita dilengkapi dengan satu laluan yang dipanggil “reward pathway”. Reward pathway berfungsi merangsang otak untuk melakukan sesuatu untuk terus hidup( seperti makan) atau melahirkan kehidupan(seks) .
Pathway ini bertindak untuk memberikan ganjaran(reward) dengan cara merembeskan dopamine ke dalam otak. Dan seterusnya dopamine akan menyebabkan si pelaku merasa tenang, gembira, ghairah dan termotivasi.
Sekali pandang, keadaan ini baik untuk meransang kita melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bermakna ‘sesuatu’yang kita lakukan itu baik untuk kita.
Contohnya, otak kita akan menghasilkan kadar dopamine yang tinggi apabila kita makan kek coklat yang sedap berbanding makan roti gandum. Kenapa? Kerana 3,000 tahun yang lalu, untuk mendapatkan makanan berkalori tinggi sangat susah untuk ditemui, jadi apabila nenek moyang kita dapat peluang untuk makan kek yang berkalori tinggi, sudah pasti mereka akan makan kesemuanya tambahan pulak kek itu sedap.
Tetapi hari ini kek yang berkalori tinggi mudah dijumpa di mana-mana dan rasanya pula pelbagai. Andai kata setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk beli dan makan sehingga kenyang dalam keadaan berulang-ulang kali, pasti kita berpotensi menghidap serangan jantung, pertambahan berat badan dan masalah- masalah kesihatan yang lain.
Porno secara asasnya adalah junkfood kepada seks. Apabila seseorang itu menonton porno, otaknya akan meransang untuk mencari peluang melakukan seks dan dalam masa yang sama dopamine akan dirembeskan secara tidak normal dalam kadar yang tinggi untuk memenuhi otak.
Dan tidak seperti hubungan seks yang sihat dengan orang yang sebenar, pornografi hanya menawarkan imej hyper-sexual yang tiada penghujung. Keadaan ini menyebabkan otak dibanjiri dengan dopamine yang sangat tinggi setiap kali bertukar dari satu imej ke imej yang lain.
Sekali dengar, memenuhkan otak dengan hormon yang membuatkan kita gembira seolah-olah tidak ada salahnya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti contoh junk-food tadi, adakah cukup sekadar sedap dan enak? Bagaimana kesannya daripada sudut kesihatan?
Badan Memerlukan Pornografi?
Masalah berpunca bila otak bertindak balas terhadap kehadiran dopamine yang tinggi. Disebabkan jumlah dopamine yang meningkat secara mendadak, Otak akan memberi isyarat(signal) untuk menutup tapak(receptor) dopamine
Untuk mudah faham, Dopamine Receptor ini seumpama tapak pendaratan bagi dopamine. Dopamine seperti helicopter yang didalamnya ada bekalan, ia perlu mendarat terlebih dahulu baru fungsinya dapat digunakan.
Jadi dalam hal ini untuk memastikan penggunaan dopamine hanya pada tahap normal sahaja, otak akan bertindak memberi isyarat untuk menutup dopamine receptor bilamana menerima kehadiran dopamine yang terlalu tinggi.
Kesannya, porno yang asalnya memberi kesan yang mengujakan menyebabkan penonton porno merasa biasa. Mereka tidak cukup teransang dengan pornografi yang biasa. Penggemar porno perlu mendapatkan pornogarfi yang lebih eksotik dan ekstrem.
Ini bertujuan meransang penghasilan dopamine yang lebih tinggi bagi mengekalkan perasaan keterujaan ketika menonton pornografi. Akhirnya pengguna tidak akan berasa normal tanpa dopamine yang tinggi kerana otak mereka sudah terbiasa dengan kadar dopamine yang tinggi.
Perkara kecil yang boleh membuat mereka gembira seperti berjumpa rakan ataupun bermain sukan yang diminati, tidak lengkap tanpa lebihan dopamin yang datangnya daripada porno, jadi mereka akan rasa tidak selesa, cemas, murung, dan stres sehinggalah mereka kembali menonton porno.
Dalam bahasa yang mudah, sistem tubuh badan mereka tidak lagi normal seperti manusia biasa yang tidak terlibat dengan porno.
Ketagihan Bermula
Situasi ini bertambah buruk, apabila Dopamine bergerak di dalam otak dengan jalannya yang tersendiri. Jalan ini dikenali sebagai iFosB.
Setiap kali dopamine dihasilkan, jalan baru iFosB akan terbentuk. iFosB berfungsi mengingatkan kita apa tindakan yang kita buat menyebakan dopamine terhasil dan seterusnya kita akan menjadi gembira dan seronok.
Contohnya satu hari kita jumpa yang dijual ditepi jalan. Asalnya kita mahu mencubanya sahaja, tetapi disebabkan sedap dan secara tidak langsung dopamine terhasil dan terbentuklah iFosB.
Maka iFosB ini akan mengingatkan kita diwaktu yang lain, sekiranya nak makan nasi lemak sedap sila pergi beli kat nasi lemak ayah hensem tadi. Inilah aturan yang akan berlaku dalam otak kita sekiranya berlaku pengambilan dadah, alcohol atau apa-apa sahaja yang menyebabkan ketagihan.
Tidak terkecuali bagi pornografi. Malah lebih berbahaya kerana bahan porno murah malah terlalu banyak yang percuma dan mudah untuk didapati. Semakin banyak menonton pornografi, semakin banyak jalan/laluan iFosB terhasil. Penghasilan iFosB yang banyak hasil daripada menonton pornografi menyebabkan mereka lebih mudah untuk menonton pornografi walaupun mereka tidak mahu dan tahu kesan buruk pornografi. Kerana mereka sudah berada dalam ketagihan.
Dan risiko bagi golongan remaja lebih tinggi kerana reward pathway mereka bertindak balas 2-4 kali ganda lebih hebat berbanding orang dewasa.
Ini bermakna dopamine yang dihasilkan lebih banyak. iFosB juga turut terhasil dalam jumlah yang banyak dan akhirnya mereka akan berada dalam ketagihan yang kronik.
Bukan Sesuatu Yang Taboo, Tapi Perlu Tahu
Pornografi bukan lagi menjadi satu perkara yang malu untuk kita cakap dan bincangkan tetapi perkara yang kita sepatutnya takut dan bimbang. Kerana kesan pornografi tidak nampak pada luaran, tetapi dalaman.
Dalam artikel yang akan datang, saya akan kongsikan statistik penonton pornografi dan kes-kes yang berlaku disebabkan pornografi.
Sumber : rootofscience
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah dengar tentang amalan diet dengan putih telur? Putih telur mungkin kurang digemari kerana rasanya yang agak berbeza dengan kuningnya yang lebih berlemak. Berdiet dengan putih telur dianggap benda kecik yang remeh tetapi sebenarnya berdiet dengan cara ini memberikan impak yang besar terhadap penurunan berat badan dan bentuk fizikal. Mahu cuba? Jom, kami kongsikan sedikit tips bagaimana kaedah pengamalannya agar matlamat untuk kurus menjadi kenyataan.
Pertama sekali, untuk turunkan kadar gula dalam badan yang menjadi salah satu punca kegemukan adalah dengan memakan putih telur. Makanlah putih telur seberapa banyak yang anda mahu kerana ia tak memberi kesan kepada peningkatan berat.
Cara memasaknya terpulang kepada anda, cuma jangan gunakan minyak untuk menggoreng dan jangan makan bersama sos. Namun, jika anda ingin menggunakan minyak untuk mempelbagaikan selera, pilihlah minyak yang berasaskan minyak zaitun.
Perlu ditekankan di sini, hanya telur putih semata-mata. Telur kuning? Boleh makan, tetapi pengambilannya tidak boleh lebih dari 2 biji sehari.
Amalkan selama 7 hari.
Dan minumlah air masak (kosong) dengan banyak kerana ia menggalakkan buah pinggang untuk mencuci sistem tubuh dan menyingkirkan toksin dalam badan.
Selepas 4 hari, anda boleh rasai perubahan yang agak ketara pada perubahan berat badan. Teruskan dengan petua selanjutnya iaitu memakan telur setiap pagi, sayur, daging, ayam atau makanan laut setiap tengahari, dan telur untuk makan malam (sebelum 8 malam). Cara masaknya juga mengikut kreativiti sendiri, asalkan tanpa minyak dan sos.
Untuk keluarga, masaklah seperti biasa dan dalam masa yang sama makan bersama mereka dengan menu ‘istimewa’ anda itu. Untuk menampung keseimbangan nutrisi, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.
Nasi, mi dan apa sahaja produk makanan berasaskan tepung putih adalah tergolong sebagai makanan berat, jadi anda belum boleh mengambilnya untuk hidangan harian.
Perkara penting untuk program kurus anda, diari atau buku catatan mestilah dipantau selalu. Pastikan anda dapat meruskanlah usaha ini selama 2 minggu. Selepas langkah yang ketiga, bolehlah beransur-ansur mengambil makanan ruji kita, tapi berhentilah makan sebelum kenyang dan untuk waktu tengahari sahaja.
Salah satu perkara penting yang semua orang tahu patut diamalkan iaitu amalan pengambilan makanan seimbang. Walaupun diet pengambilan putih telur tidak menggambarkan keseimbangan, namun itu cuma untuk menurunkan paras kandungan gula, seterusnya memudahkan proses pengurangan lelemak badan yang mungkin dah lama jadi ‘kilang haram’ dalam badan.
Walau bagaimanapun, putih telur sebenarnya mempunyai kesan sampingannya. Kesan sampingan itu adalah seperti;
Alergi
Oleh kerana putih telur mengandungi protein yang cukup tinggi, maka ia juga boleh menimbulkan alergi pada sistem tubuh seseorang. Oleh sebab itulah bayi di bawah usia setahun tidak digalakkan pemberian telur atau putih telur ke dalam makanannya. Namun biasanya seiring dengan bertambahnya usia, alergi seseorang itu akan hilang dengan sendirinya.
Kandungan Natrium yang tinggi
Natrium yang tinggi dapat meningkatkan tekanan darah seseorang. Jadi, dinasihatkan jika anda ingin berdiet dengan kaedah ini, sebaik-baiknya berjumpa doktor dan periksa tekanan darah sama ada anda boleh meneruskan pengambilan putih telur dalam diet makanan anda atau tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.