Tukar ‘Sport Rim’, Ini Empat Perkara Penting Perlu Anda Tahu

Share

Tukar sport rim kereta merupakan modifikasi paling ringkas seseorang pemilik kereta boleh lakukan untuk nampak lebih sporty.

Keputusan tukar sport rim ini boleh kita anggap sama seperti kita menukar kasut untuk tampil lebih bergaya.

Akan tetapi harus kita ingat dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen sekali pun ia perlu selari dengan beberapa faktor atau pertimbangan melibatkan kesesuaian dan paling penting keselamatan.

Car rim photo created by natanaelginting – www.freepik.com

Ini kerana jika anda tukar sport rim atau pasang dengan tak betul ia boleh menyebabkan bencana kemudian hari.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip tukar sport rim untuk kereta nampak lebih gempak dan mantap.

SAIZ LUBANG RIM DAN PCD

PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim.

Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.

BACA: Lima Cara Mudah Dapat Bantu Anda Pilih Polisi Insurans Kereta Terbaik Seperti Perlindungan Banjir

KENAL PASTI ET ATAU OFF SET RIM

ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.

Tire service photo created by senivpetro – www.freepik.com

UKURAN LEBAR RIM

Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar.

Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.

SAIZ & WARNA SESUAI

Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim.

Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim