Gaya Hidup

Tukar Almari Lama Kepada ‘Open Wardrobe’. Memang Praktikal Perkongsian Lelaki Ini

Share

Almari yang murah atau diperbuat dari bahan yang kurang berkualiti mungkin tidak mampu menampung berat baju yang banyak. Tambahan pula, baju anda jenis yang berat yang memerlukan  almari yang lebih kukuh dan diperbuat dari bahan yang tahan lasak.

Tapi nak beli agak mahal la juga, apa kata korang ikut projek membuat open wardrobe

oleh saudara Izat Akmal ini. Walaupun nampak simple tapi sesuai untuk meletakkan pakaian terutamanya bagi anda yang suka konsep almari terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN : Tip DIY Baiki Cermin Kereta Retak Dengan Alat Ini, Kosnya Tak Sampai RM20 Pun!

Walaupun nampak simple tapi sesuai untuk meletakkan pakaian terutamanya bagi anda yang mempunyai anak lelaki.

Ini perkongsiannya :

Assalam semua..
projek pkp open wardrobe baju sekolah anak..
disebabkn budak laki ni dia lasak sikit sampai almari baju lama trcabut pintu, so diy sendiri yg lebih kukuh.

Material
besi hollow 1.5inci x 0.5inci
kayu hevea board
besi jaring diamond mesh

heveaboard
siap cat rangka
cat alas

nampak tegap, harap dpt la bertahan

Amik masa 2 hari untuk siap rangka, dan 1 hari untuk cat kering..


alhamdulillah, siap dan puas hati.
dah siap susun baju,walau sekolah lambat lg nk buka

Jangan lupa untuk follow MASKULIN di Instagram!

Published by
Nana