Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ‘ikut campur’ dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah apabila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.
KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK
Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.
Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau ‘pusat makan’); ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan (pemberhentian atau ‘pusat kenyang’).
Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan. POLA MAKAN BERLEBIHAN
Ads
Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.
KURANG BERSUKAN
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:
1) Tingkat aktiviti dan sukan secara umum;
2) Angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh.
Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.
Ads
Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti ‘gerak’ akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut.
Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.
PENGARUH EMOSIONAL
Seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.
Ads
Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan, orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.
Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang, selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.
LINGKUNGAN PERSEKITARAN
Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.
Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih belum berjaya mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.
Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak menghidap apa-apa penyakit maka, tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar (gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Demi minat dan cinta terhadap ilmu, pelajar tahun akhir pengajian Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Mesir, Muhammad Nur Hadi Sallehuddin sanggup membelanjakan hampir RM20,000 wang simpanannya.
Memetik laporan Sinar Harian, Nur Hadi itu menggunakan wang itu untuk mengumpul 200 kitab turath, iaitu kitab tradisi ilmu Islam karangan ulama alam Melayu dari sekitar 1920-an hingga 1960-an.
Foto: Muhammad Nur Hadi Sallehuddin (24).
Dia yang kini berusia 24 tahun itu mula mengumpul khazanah berharga ini sejak awal 2020. Kebanyakan kitab tersebut dicetak oleh Mustafa al-Halabi, salah satu syarikat percetakan dan penjualan buku tertua di Timur Tengah. Kitab-kitab ini, yang sukar diperolehi, sebahagian besarnya ditulis dalam tulisan Jawi dan Aceh, meliputi pelbagai disiplin ilmu Islam seperti sejarah, tafsir, tajwid, fiqah, tasawuf, hadis, akidah, dan kamus Arab-Jawi.
Antara koleksi berharga yang dimiliki Nur Hadi ialah Kamus Idris Al-Marbawi karya Dr Syeikh Idris al-Marbawi, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pertama, dan Doa Hari Arafah nukilan Syeikh Jaafar Husein dari Kelantan, selain kitab-kitab tulisan ulama dari Indonesia dan Pattani.
Foto: Antara koleksi kitab lama asli Nusantara dari sekitar 1920an hingga 1960an yang dijumpai dan dikumpul Muhammad Nur Hadi.
“Semasa awal datang ke Mesir, saya tidak tahu kewujudan kitab-kitab ini sehingga diberitahu oleh rakan di Malaysia. Pada mulanya, saya hanya membeli 25 buku sahaja, tetapi lama-kelamaan timbul rasa tanggungjawab untuk mencari dan mengumpulkannya,” ujar Nur Hadi.
Selain kitab-kitab tersebut, Nur Hadi juga mengumpul bahan lain seperti dokumen persuratan dan cop besi yang diukir tulisan Jawi-Arab. Salah satu penemuan menariknya ialah bukti bertulis sumbangan besar Syeikh Idris sebagai editor kepada kitab-kitab tulisan ulama lain sebelum dicetak untuk diterbitkan.
Foto: Antara koleksi kitab lama asli Nusantara dari sekitar 1920an hingga 1960an yang dijumpai dan dikumpul Muhammad Nur Hadi.
Berasal dari Taiping, Perak, Nur Hadi terdorong mengumpul kitab-kitab lama ini kerana nilainya yang bersejarah dan cetakan aslinya di Mesir yang lebih dipercayai sebagai rujukan. Pertemuannya dengan seorang peniaga buku Arab, Ammu Abdul Maula, yang berusia 70-an dan bekerja di Mustafa al-Halabi lebih dari 50 tahun, memudahkannya mengumpul kitab turath dalam kuantiti yang banyak.
Foto: Muhammad Nur Hadi ketika sedang mencari ‘tinggalan’ kitab lama asli Nusantara di gudang buku, Mustafa al-Halabi, iaitu antara syarikat percetakan dan penjualan buku tertua di negara Timur Tengah itu.
Jelasnya, Ammu yang berpengalaman luas mengenai simpanan kitab turath yang dicetak syarikat itu membawanya masuk ke gudang buku dan menunjukkan kitab turath alam Melayu yang masih ada. Dari situlah Nur Hadi mendapatkan kebanyakan tajuk yang sudah tiada lebihan naskhah.
Nur Hadi merancang untuk membawa pulang koleksi kitab ini ke tanah air dan sedia berkongsi dengan pihak berkaitan yang berminat seperti pengkaji sejarah, ahli akademik, dan universiti. Koleksi ini diharap dapat menjadi sumber rujukan yang bernilai tinggi untuk generasi akan datang.
Tahukan anda jika ada makanan yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok? Jika anda berhajat untuk berhenti merokok, tetapi tidak berjaya, anda boleh cuba mengambil makanan yang membantu anda untuk berhenti merokok.
Namun, makanan ini bukanlah perkara utama dalam proses anda untuk berhenti merokok kerana perkara yang paling penting adalah niat sebenar anda itu.
Antara Tips Berhenti Merokok adalah seperti berikut:
1. Madu
Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh.
2. Makanan Masin
Makanan masin dapat memadamkan para pengidam rokok. Jadi, cubalah makan dalam kuantiti yang sedikit makanan masin atau mengambil secubit garam.
3. Halia & Bawang Putih
Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok. Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.
4. Kayu Manis
Jika rokok adalah sahabat yang tidak sihat, tetapi kayu manis adalah sahabat yang sihat. Ini bermakna, menghirup aroma kayu manis dapat dirasakan anda sedang ‘bermimpi’. Bahkan, memakan kayu manis juga akan menenangkan saraf dan otak, sama juga seperti anda senang enak menikmati rokok!
5. Epal
Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur epal juga boleh mengurangi keinginan untuk merokok.
6. Susu
Ketika anda merokok, bibir anda akan kehilangan kekenyalan dan akan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan kembali zat di bibir anda. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit. Jadi, ketika anda rasa ingin merokok, minumlah segelas susu untuk menghadapinya.
Jika anda sudah faham akan Tips Berhenti Merokok ini jangan lupa pula amalkan kerana tanpa usaha, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan lelaki sado dan kacak Nazrief Nazri, bermula daripada program pencarian bakat, ‘Hero Remaja’, Nazrief yang pada awalnya melangkah ke dalam industri sebagai seorang model, kini mula dikenali sebagai seorang pelakon,pengacara dan penyanyi dan terus berjaya dalam karier seninya.
Berkesempatan menemu bual Nazrief yang lebih mesra disapa sebagai Naz, kami bertanyakan kepadanya mengenai lagu singlenya yang bertajuk ‘cinta semalam’.
Bagi yang tidak tahu, Nazrief sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam dunia nyanyian sejak usia belasan tahun. Pelakon berusia 26 tahun itu menyertai banyak pertandingan nyanyian pada zaman persekolahan, cuma rezeki dalam bidang lakonan hadir terlebih dulu.
Minat Nazrief terhadap dunia nyanyian melebihi lakonan. Keinginan menjadi penyanyi tidak pernah pudar. Nazrief juga pernah cuba menyertai uji bakat Akademi Fantasia musim kelima selepas tamat sekolah. Malangnya, usianya belum cukup 18 tahun menyebabkan dia pulang hampa. Harapnya Nazrief dapat membina kerjaya sebagai penyanyi pula. Cuma satu, jangan lupa berpijak di bumi nyata apabila semakin popular!
“Saya percaya diri sedang berada di landasan yang betul. Insya-Allah dengan usaha dan doa, saya harap akan dapat mengecapi kemuncak kerjaya suatu hari nanti,” katanya
Muzik lagu Cinta Semalam nyanyian Naz yang dimuat naik dilaman YouTube pada akhir Jun lalu sudah ditonton 415,050 pelayar internet setakat ini. Meskipun masih kabur dengan keupayaannya menambat hati peminat sebagai penyanyi, Nazrief tekad dengan pendiriannya untuk mengimbangi semua cabang seni yang diceburinya.
Kini Naz sibuk menyempurnakan rancangan rancangan Buletin musim kedua di saluran HyppTV. Untung pengetahuan korang, program ini mengisarkan tentang paparan sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan dan persatuan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Menurut Naz lagi, program ini sangat menyentuh jiwa dia dan ia mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesusahan orang disekeliling kita dan memerlukan bantuan daripada kita.
Selain hebat berlakon, Naz juga berkebolehan dalam bidang pengacaraan. Menurut Naz, dia mengagumi bakat yang ada pada Aliff Satar dan mahu mencontohi dan ikut jejak langkah figura tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.