Kelab Buriram United
Kelab Buriram United

Di kalangan peminat bola sepak, jersi bukan lagi satu perkara asing dalam kehidupan mereka. Ia menjadi sebahagian daripada bentuk sokongan mereka kepada pasukan kegemaran masing-masing.

Tuah Jersi Merah Jambu, Kelab Buriram United Raih RM2.78 Juta!

Jersi bola sepak kini menjadi sebahagian daripada trend fesyen terkini apatah lagi hadir dengan rekaan, warna serta identiti unik tersendiri.

Jadi tak hairanlah bila kelab gergasi liga bola sepak Thailand, Buriram United berjaya meraih jutaan Ringgit daripada jualan jersi merah jambu mereka sebelum perlawanan Liga Thailand menentang PT Prachuap baru-baru ini.

 

Buriram melancarkan jualan bagi jersi warna merah jambu mereka sebelum aksi menentang Prachuap dan kelab itu berjaya menjual sebanyak 29,444 helai jersi pada hari pertama.

Pada jualan hari pertama, kelab yang diperkuatkan oleh pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools itu berjaya meraih sebanyak RM2.78 Juta.

Ini bukan kali pertama Buriram United meraih jutaan Ringgit dari hasil jualan jersi dimana beberapa musim kebelakangan mereka juga berjaya melakukan perkara sama.

Pada awal musim 2023/2024, kelab itu meraih sebanyak 33 Juta Baht atau sekitar RM4.3 Juta hasil daripada penjualan jersi Home baharu.

Harga RM98 Sehelai 

Buriram menjual jersi pada harga RM98 dan berjaya menjual 45,000 helai pada hari pertama. Mereka menguruskan pengeluaran jersi sendiri tanpa bekerjasama dengan pengeluar luar, yang membolehkan mereka menawarkan harga yang berpatutan.

Mungkin kejayaan kelab Thailand ini patut dijadikan contoh oleh kelab Liga Malaysia untuk memperkukuhkan kewangan pasukan melalui pelan perniagaan yang mantap dalam penjualan tiket dan barangan rasmi.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI