Persembahan lagu tidak semestinya dinyanyikan oleh penyanyi asal dalam peringkat akhir Juara Lagu. Sekiranya penyanyi asal tidak boleh menyanyikannya, pencipta lagu perlu mencari pengganti jika tidak mahu menarik diri. Menariknya, ada peserta gantian yang berjaya memenangi mana-mana kategori dan pada tahun 2012, Aizat Amdan yang menggantikan Yuna Zarai menerusi lagu “Terukir Di Bintang” menjadi penyanyi gantian pertama yang memenangi anugerah utama AJL. Sempena meraikan AJL 32 yang bakal berlangsung pada Januari 2018 ini, jom kita tengok sama ada penyanyi original lagi best atau pun penggantinya dalam mendendangkan lagu yang berjaya ke AJL!
Berbeza. Bagi admin, sudah pasti penyanyi originalnya lebih ‘power’! Jamal Abdillah sendiri merupakan seorang penyanyi yang hebat dari lontaran vokalnya. Setiap kali Jamal membuat persembahan, pasti bisa memukau mata yang menonton. Mungkin lagu ini sudah sebati dengan telinga kita mendengar alunan merdu vokal Jamal dan susunan muzik indah dari lagu ini,Perjalananku. Namun persembahan Azman Abu Hassan tidak menghampakan, cumanya tidak menyengit seperti penyanyi asalnya.
Menarik! Siapa yang tidak mengenali kumpulan Kool ini? Lincah dengan gaya tarian yang unik, menjadikan persembahan mereka ketika mendendangkan lagu ini tampil berbeza. Lagu Kau Dan Aku sangat popular pada era ini tambahan pula dengan lontaran suara soprano Ning Baizura, sangat cemerlang dalam menjadikan lagu pop balada ini hits! Namun, kumpulan Kool bijak dalam mempersembahkan lagu ini pada Anugerah Juara Lagu 95 dengan menukar sedikit rentak lagu ini ke melodi yang lebih rancak dan catchy! Di tambah pula dengan gaya tarian ala backstreet boys mereka yang sememangnya menjadi trademark kumpulan ini, sungguh sempurna! Jadi tidak hairanlah kenapa persembahan mereka diangkat sebagai pemenang pada AJL tahun 1995.
Bagi admin, dua-dua punya aura tersendiri saat mendendangkan lagu ini. Kita pun tahu Faizal Tahir adalah seorang artis yang memiliki gaya nyanyian tersendiri. Bold dan sharp! Namakan satu lagu Faizal yang tidak pernah mengecewakan? Tiada! Sudah tentu ramai orang ingin melihat Faizal Tahir beraksi di pentas AJL kerana Faizal sendiri memang popular dengan gimik persembahan yang berbeza dan pastinya brilliant! Namun, memilih Fiq Mentor sebagai pengganti bukanlah pilihan yang salah. Malah, mencipta dua dimensi yang berbeza dalam corak lagu Maharkarya Cinta. Jika Faizal Tahir terkenal dengan suara rocknya serta bijak dalam menghasilkan struktur suara genre pop, Fiq pula hebat dalam menjadikan lagu ini versi heavy rock di mana ianya sangat sedap didengar! Fiq memang terkenal dengan lontaran suara yang tinggi. Jadi lagu ini bukanlah masalah untuk Fiq mencantikkan lagi bahasa melodi lagu ini.
Untuk persembahan ini, admin lebih suka kepada penyanyi asalnya, Faizal Tahir kerana mungkin lagu ini sudah sebati dengan kelunakan vokal jantan Faizal Tahir itu sendiri. Vokal Faizal Tahir lebih kena dengan unsur misteri lagu ini. Namun, admin tidak pula mengatakan bahawa Bob membawanya dengan gagal. Tidak! Bob adalah artis yang versatil. Bagi saja lagu apa yang kamu mahu, pasti Bob menyanyikannya dengan cemerlang. Cumanya, suara lunak Bob mungkin tidak kena dengan susun atur lagu ini. Original penyanyinya, vokal Faizal Tahir lebih kasar dan punya elemen rock itu sendiri. Sementara itu pula Bob mempersembahkannya dengan nada pop yang lebih balada. Jadi terpulang kepada pendengar mahu memilih yang mana satu.
Nyanyian Jac untuk persembahan ini mendapat pujian netizen. Nah! Kalau bercakap mengenai penyanyi yang memiliki vokal setinggi awan ini, pastinya semuanya positif! Siapa yang bisa mengatakan vokal Jaclyn Victor ini kurang sempurna? Check dahulu pendengaran kamu. Untuk lagu ini, sudah pasti Jaclyn Victor membawanya dengan baik dan mungkin lebih hebat dari penyanyi asalnya sendiri, Anuar Zain. Sorry Anuar! Tetapi, admin lebih merasakan bahawa rentak melodi ini memang ‘makanan’ Jac!
Lagu ini sendiri sudah ‘berhantu’. Susunan muzik yang indah, persis di Paris, juga lirik ringkas yang mudah difahami namun bererti, semuanya lengkap! Suara gemersik Yuna dalam menyampaikan lagu ini bisa membawa kamu ke alam percintaan di kota Paris. Majoriti rakyat kita sukakan lagu ini, especially kepada mereka yang tengah hangat bercinta. Namun, sayangnya, pada masa ini Yuna ada tugas yang harus dilakukan di US. Tidak mengapa Yuna. Kami faham! Pemilihan penyanyi Aizat sebagai pengganti untuk menyanyikan lagu ini adalah tepat berbanding dengan pilihan mereka sebelum itu. Namun, persembahan Aizat pada malam AJL ketika itu tidaklah WOW! cumanya baik sahaja. Namun, juri melihatkan gerak gaya Aizat yang bersahaja dengan iringan muzik yang indah mencantikkan lagi lenggok persembahan lagu Terukir Di Bintang ini. Siapa sangka, persembahan Aizat ini menjulang kemenangan dengan memenangi anugerah keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke 27! Well done Aizat and The Palauans!
Seperti tahun yang sebelumnya, Yuna tidak bisa bertanding untuk AJL ke 29 atas sebab urusan kerjanya di US. Namun, lagu Lelaki yang tengah hits pada masa itu tidak mati begitu sahaja apabila penyanyi hebat Najwa Mahiaddin dipilih sebagai penggantinya. Penyanyi bergenre jazz dan soul ini bijak dalam mengemudi lagu ini untuk jadi lebih agresif dalam penyampaian single Lelaki ini. Biarpun rentak melodinya lebih ‘ganas’ dan punya elemen rock sedikit berbanding dengan melodi asalnya, Najwa kelihatan selesa dalam menyampaikan lagu ini versinya sendiri. Nah! Rata-rata penonton ketika itu terpukau dan memuji kehebatan vokal Najwa! Ada yang menyifatkan bahawa nyanyian Najwa lebih baik daripada penyanyi asalnya Yuna. Namun, bagi admin, dua-dua memiliki gaya tersendiri dalam mendendangkan lagu Lelaki ini. Bukan mudah sebenarnya dalam menyusun atur corak suara untuk lagu ini. Jadi, dua-duanya hebat!