Visual adalah elemen yang sangat penting untuk menarik perhatian seseorang. Selain penjagaan wajah, badan dan juga grooming yang baik wanita sering menilai seorang lelaki berdasarkan pilihan gayanyanya.

Dan antara aspek paling penting dalam penggayaan ialah padanan warna pakaian yang betul dan mampu menyerlahkan sisi trendy anda.

Berbeza dengan wanita, kita sebagai golongan lelaki kadangkala mempunyai seleksi pakaian yang agak terhad dan tak banyak seperti mereka.

Disebabkan itulah padanan warna memainkan peranan sangat penting untuk menonjolkan personaliti dan gaya elegan seorang lelaki.

Trik & Tip Padanan Warna Pakaian Yang Mampu Menarik Perhatian

Dan padanan warna yang MASKULIN nyatakan di bawha ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pakaian formal tetapi untuk pakaian kasual setiap hari.

BACA: 7 Trik Gaya Untuk Lelaki Bersaiz Kecil Nampak Lebih Tinggi

Ads

Jom ikuti padanan warna terbaik untuk lelaki!

BIRU NAVY & PUTIH

Trik & Tip Padanan Warna Pakaian Yang Mampu Menarik Perhatian

Padanan warna biru gelap atau navy dengan putih meurpakan antara padanan yang terbaik untuk lelaki. Kontra warna pakaian navy dan putih membuatkan si pemakainya tampil lebih menyerlah. Ia juga mempunyai sentuhan warna klasik dan warna seperti uniform kelasi pada zaman dahulu. Sebagai contoh padanan jaket navy dan seluar warna putih atau coklat pastinya membuat si jejaka lebih elagan.

HITAM & KELABU

Trik & Tip Padanan Warna Pakaian Yang Mampu Menarik Perhatian

Ads

Hitam dan putih sudah jadi perkara yang sudah terlalu biasa. Kini, padanan warna hitam dan kelabu menhadi pilihan ramai pengemar smart kasual. Anda juga boleh tampil dengan gaya streetwear yang kemas dengan warna hitam dan kelabu. Variasi kedua-dua warna ini dilihat cukup ringkas namun memberi dimensi yang elegan dan menampakkan sisi maskulin.

BACA: 6 Panduan Menggayakan Kemeja Yang Lelaki Harus Tahu

HIJAU & KHAKI

Trik & Tip Padanan Warna Pakaian Yang Mampu Menarik Perhatian

Warna hijau atau olive sering kali dikaitkan dengan tema ketenteraan. Dan sememangnya tema warna ini menonjolkan sisi maskulin dan elegan jika dipadankan dengan warna sesuai. Untuk ‘melembutkan’ warna hijau yang tampak keras, padankan warna khaki untuk memberikan sedikit tona kasual.

Ads

COKLAT & KRIM

Trik & Tip Padanan Warna Pakaian Yang Mampu Menarik Perhatian

Dua padanan ini memang sesuai untuk anda yang mencari gaya kasual atau untuk ke majlis rasmi. Mungkin anda sudah bosan dengan warna kot atau blazer berwarna hitam dan boleh mencuba padanan dua warna ini. Coklat membawa tema gelap manakala krim pula lebih ringan. Dengan tema kontra ini ia lebih elegan digayakan lelaki eksekutif.

COKLAT & BURGUNDY

Trik & Tip Padanan Warna Pakaian Yang Mampu Menarik Perhatian

Selain krim, warna coklat juga sesuai dipadankan dengan warna burgundy. Dengan tema lebih gelap dan nampak lebih serius, padanan dua warna ini memberikan satu gaya sensual.

KELABU & PINK

Trik & Tip Padanan Warna Pakaian Yang Mampu Menarik Perhatian

Suatu ketika dahulu warna merah jambu atau pink merupakan satu warna yang dijauhi oleh lelaki. Tapi zaman sudah berubah dan semakin ramai lelaki berani menggayakan pakaian warna ini. Jika dipadankan dengan warna yang lebih sesuai seperti kelabu, ia akan mengurangkan sisi feminin warna pink. Mungkin anda boleh mencubanya dengan jaket dan t-shirt!


Gabungan Warna Yang Perlu Anda Elak!

  • Merah & hijau
  • Merah & orean
  • Hijau & oren
  • Coklat & hitam
  • Ungu & kuning
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI