Tak sampai seminggu lagi kita akan beralih ke tahun baru. Jadi, bersempena penutup tahun 2023, MASKULIN kongsikan salah satu kaedah mudah, tetapi berkesan jika anda ingin melihat rumah sentiasa bersih dan sedap mata memandang.
Siapa tak kenal Marie Kondo ni. Tip mengemas rumahnya memang banyak diguna pakai di seluruh dunia malah tidak terkecuali rakyat Malaysia.
Jujurlah, memang ramai dalam kalangan kita hanya tutup sebelah mata dari membuang barangan rumah begitu saja dengan alasan sayang, bukan?
Hasilnya, rumah makin bersepah dengan barangan yang tidak lagi diperlukan.
Cara yang disyorkan pasti buatkan anda tidak menyesal meskipun anda terpaksa buang barangan yang mungkin sudah terlampau lama ‘diperam’.
Teknik tersebut dikongsikan oleh Nurul Adni Adnan menerusi Laman Facebooknya. Menurut beliau, Marie Kondo adalah satu rancangan popular di Jepun yang berkonsepkan mengemas kediaman orang lain.
“Mulakan Tahun 2023 dengan Marie Kondo. Hanya simpan benda yang memberikan kegembiraan. Satu ketika, saya sempat tengok satu episod rancangan Marie Kondo tentang mengemas rumah.
Malah, bintang Netflix dengan siri Tidying Up With Marie yang terkenal dengan teknik mengemas dan mengatur KonMari ini mencipta fenomena dengan mengajak orang ramai merapikan dan mengorganisasikan ruang di dalam rumah melalui cara tersendiri.
Berikut dikongsikan lima tip untuk anda jadikan rujukan:
2. Buang kertas atau bil yang tak diperlukan.
3. Susun barang secara menegak
4. Hanya simpan pakaian yang membawa kegembiraan
5. Simpan wang kecil dalam dompet
Selamat mencuba tip yang dikongsikan oleh Marie Kondo ini.
Sumber: Facebook Nurul Adni Adnan, mariekondo & https://www.chatelaine.com/home-decor/the-marie-kondo-decluttering-tips-we-swear-by/