Trik Pilih Sut Elegan Sesuai Mengikut Saiz Badan

Share

Sebagai seorang lelaki terutamanya yang ingin tampil elegan dan mempunyai pekerjaan sebagai eksekutif antara pakaian yang wajib anda miliki ialah sepasang sut.

Sesuai dengan penampilan pemakaian yang segak, sut memberikan imej elegan dan maskulin buat seorang lelaki.

Oleh itu memang amat penting anda memilih sut yang sesuai mengikut saiz badan. Semua orang mempunyai saiz badan berbeza-beza dan tidak semua potongan sut sesuai untuk sembarangan.

Mungkin anda sendiri pernah lihat ada orang mengenakan sut yang menggelebeh terlalu besar atau sut yang senteng singkat disebabkan fizikal seseorang itu lebih besar atau tinggi.

Ingat penampilan anda mamberikan first impression yang sangat penting apatah lagi jika pertama kali bertemu dengan orang penting seperti klien dalam kerjaya anda. Untuk mencari sut yang sempurna untuk jenis badan anda sebenarnya tidaklah memakan belanja yang terlalu.

Apa yang penting anda harus tahu sut manakah yang betuk-betul sesuai dengan anda!

FIZIKAL PENDEK

Ramai orang kata insan yang bersaiz kecil sukar untuk bergaya. Sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali. Apa yang anda perlukan adalah sut yang ada dua butang sahaja pada jaket. Ia akan membuatkan badan anda kelihatan lebih tinggi.

Dan pastikan juga jaket anda berakhir pada empat ke lima inci di bawah pinggul. Minta tukang jahit anda untuk buang sebarang kelompangan pada seluar supaya anda akan kelihatan lebih tinggi.

Pemilihan warna juga sangat penting. Untuk anda berfizikal pendek sut yang berwarna gelap yang medium ataupun gelap secara keseluruhannya paling sesuai. Ini kerana jika anda pakai warna tunggal dari kepala hingga ke kaki itu hanya buat badan kelihatan lebih panjang.

BACA: Senarai Kombinasi Padanan Warna Terbaik Untuk Pakaian Lelaki Elegan

BADAN BERISI

Bagi anda yang sedikit gempal seleok-eloknya elakkan pilih baju yang bercorak. Sebaliknya pilihlah sut yang bercorak pinstripes yang menegak. Ia akan memberikan ilusi orang memandang dan alih perhatian mereka daripada melihat saiz badan anda.

Sut dua butang juga akan mampu mengetengahkan bahu anda dan memanjangkan tubuh anda dan dengan ini akan membantu anda kelihatan lebih ramping dengan serta-merta.

BADAN KURUS

Sebolehnya anda kekalkan lapel iaitu bahagian dada baju yang berlipat ke tepi. Pastikan ia ia tidak lebih dari ukuran 2.5 inci. Inilah saiz dan ukur yag sesuai dengan anda.

Selain itu, jika sut anda ditambah lapisannya dibahagian dada, itu adalah satu perkara yang baik kerana ia akan menambah lagi kepenuhan kepada baju itu dan membuat badan anda kelihatan lebih tegap.

TINGGI LAMPAI

Jejaka yang mempunyai fizikal tinggi perlu memilih jaket tiga butang. Ia merupakan pilihan yang paling sesuai dengan bentuk badan anda. Berbeza dengan sut dua butang yang berfungsi untuk manampakkan badan lebih tinggi. Bagi anda itu tak perlu.

Namun anda harus elak jaket dan seluar yang senteng. Gaya ini hanya kelihatan cantik buat lelaki yang mempunyai ketiggian yang sederhana sahja. Jika anda memakaikan ia akan membuatkan anda kelihatan seperti memakai seluar kurang saiz.

Published by
Farizul Izwany