Trik Pilih Jaket Sesuai Agar Badan Tak Nampak Besar, Barulah Pakai Pun Nampak ‘Ngam’!

Share

Bagi anda yang berbadan besar memilih pakaian sesuai merupakan satu cabaran tersendiri. Namun usahlah anda risau kerana terdapat banyak trik serta tip fesyen yang boleh anda ikuti agar nampak sesuai dengan penampilan diri. Dengan trik yang betul, anda bukan sahaja bergaya malah mampu menjadi perhatian ramai!

Di antara pakaian yang sesuai buat mereka berbadan besar ialah jaket. Jaket merupakan outerwear yang dan berfungsi sebagi pelindung kepada tubuh dari hujan atau panas, Tamun kini fungsinya telah jauh berkembang dan menjadi item pelengkap gaya yang penting.

Foto: wayhomestudio – www.freepik.com

Terdapat sedikit perbezaan bagi lelaki berbadan besar menggayakan jaket berbanding lelaki bertubuh ideal. Selain tujuan untuk bergaya, ia juga boleh menyembunyikan sedikit figura berbadan besar yang anda miliki.

Ikuti 5 trik gaya dalam memilik jaket sesuai buat anda berbadan besar

UKURAN LEBIH KURANG SAMA BADAN

Jika anda memilih jaket yang terlalu besar, ia akan membuatkan anda nampak lagi besar dari bentuk tubuh asal. Sebaliknya jika anda membeli jaket yang terlalu fit, ia akan membuatkan tubuh anda nampak sendat kerana ia bakal menampakkan segala lipatan yang ada pada tubuh badan. Jadi penyelesainya, pakailah jaket yang ukurannya lebih kurang dengan tubuh badan anda.

WARNA DAN CORAK

Lebih baik memilih jaket berwarna gelap daripada anda membeli jaket berwarna terang kerana ia bakal menampakkan tubuh anda lebih besar. Jaket berwarna gelap mampu menyembunyikan sedikit susuk tubuh anda daripada pandangan orang lain.

PADANAN GELAP DAN TERANG

Padanan yang selamat adalah jaket berona gelap bersama t-shirt berwarna sederhana terang seperti putih. Di sini, anda bakal mempamerkan keseimbangan dalam pemilihan gaya anda.

Foto: cookie_studio – www.freepik.com

NO CROPPED TOP!

Jangan terkejut, rekaan seperti ini memang ada. Lebih baik anda jauhi segala stail seperti ini. Anda langsung tidak boleh menyorok bentuk badan yang besar jika awal-awal lagi anda sudah mempamerkan separuh daripada tubuh badan.

MATERIAL TAK TEBAL

Negara kita bukannya beriklim sejuk. Jadi elakkan jaket yang mempunyai material yang tebal, melainkan anda bakal melancong ke negara bermusim sejuk, itu lain cerita. Selain itu, jika anda memilih jaket sebegini, ia akan membuatkan anda nampak lagi besar daripada bentuk tubuh asal anda. Ingat! Tujuan anda untuk menyembunyikan tubuh besar, bukan lagi menunjukkan badan anda yang besar itu.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat buat anda untuk gaya yang lebih stailo dan tampan!

Ikuti Instagram MASKULIN untuk update fesyen lelaki terkini.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim