Lelaki memang terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Itu tidak dinafikan memang ada pada setiap manusia bernama lelaki. Namun ketahuilah bahawa ego yang tinggi melangit juga boleh membunuh perwatakan hebat seorang lelaki.
Pernah dengar kes lelaki yang ada segala-galanya serta cukup serba-serbi namun masih lagi belum berumah tangga? Jawapannya mudah, kerana dia tidak pasti bagaimana untuk menyelami jiwa kompleks seorang wanita.
Kali ini MASKULIN berikan sedikit tip & trik bagaimana nak buat wanita mudah jatuh hati pada anda.
BACA: Ahli Psikologi Ini Tunjuk Cara Jadi Pendengar Setia Kepada Rakan Yang Tidak Sihat Emosi
Di zaman moden kini, nak tahu sesuatu tidak sesukar dahulu, anda hanya dapatkan nama social media miliknya dan anda bebas untuk ketahui minat serta kesukaannya. Namun, harus ada titik sempadan terhadap cari dan stalker. Di instagram contohnya, bila tengah usha gambar, kawal jari agar tidak sengaja ter ‘like’ gambar lama milik wanita idaman anda.
Bila sudah ada peluang untuk berjumpa dengannya. Pastikan anda buat dia rasa selesa dengan kehadiran anda. Waktu macam ini kawal segala tingkah laku pelik anda. Apa yang penting adalah untuk pastikan dia selesa serta mempunyai peluang untuk janji temu kali kedua.
Pastikan ketika bersama dengannya, anda letakkan phone dalam keadaan silent mode. Hanya periksa telefon bila dia tidak bersama anda contohnya bila dia ke tandas atau sebagainya. Wanita memang dahagakan perhatian, sebab itu bila dia bercakap, pastikan anda tenung matanya dan fokus setiap butir bicaranya. Sekurang-kurangnya, dari 10 point, dapat 7 sudah memadai. Dia pun tidak rasa seperti anda tidak mempedulikannya.
Bila anda sudah mula serius dengannya, pastikan segala apa yang tidak disukainya anda sudah peka. Ini untuk mengelakkan anda daripada tidak sengaja terbuat kerana wanita sangat particular dengan perkara sebegini. Contoh paling mudah, berkata benar walaupun pahit.
Jika step ini anda sudah mahir, tidak lama lagi rakan anda bakal menikmati nasi minyak di kenduri perkahwinana anda. Wanita bila sudah suka dan bersedia, dia pasti akan cuba mengajak anda untuk bertemu keluarganya. Tahniah bro.
Lelaki dinasihatkan jangan gelojoh. Semuanya mengambil masa. Sesuatu yang baik tidak datang dengan segera. Percayalah.