Salah satu jenis gaya potongan yang cukup popular di kalangan lelaki masa kini ialah ‘crew cut’. Gaya rambut ini kini menjadi salah satu gaya rambut klasik cukup trendy di kalangan lelaki.
Penjagaan rambut di kalangan lelaki pada zaman sekarang ini sudah menjadi satu perkara yang sangat penting. Bukan sahaja untuk penampilan lebih menarik tetapi ia juga penting bagi membina keyakinan diri.
Selain itu melakukan potongan rambut secara rutin boleh memastikan kesihatan kulit kepala dan rambut dapat dijaga dengan sebaik mungkin.
Gaya ini mudah untuk dirawat dan memberikan penampilan yang bersih dan rapi. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa langkah untuk mendapatkan gaya rambut crew cut:
Peralatan yang Diperlukan:
Gunting rambut
Alat cukur rambut (clippers) dengan pelbagai saiz penjaga
Sikat
Cermin
Pengepit rambut
Produk penataan rambut
Langkah-langkah:
Bersiap Sedia: Pastikan rambut anda bersih dan kering. Rambut yang lembap boleh membuatkan proses cukuran menjadi lebih sukar.
Pilih Panjang Rambut: Pilih saiz penjaga pada alat cukur rambut anda. Untuk gaya crew cut klasik, biasanya panjang rambut di bahagian atas kepala adalah sedikit lebih panjang berbanding dengan sisi dan belakang kepala.
Ads
Mulakan Potongan: Mulakan potongan dari bawah kepala, naikkan mesin rambut atau alat cukur rambut anda dengan perlahan-lahan mengikut bentuk kepala. Lakukan gerakan yang konsisten dan rata.
Sisi Kepala: Cukur sisi kepala dengan arah yang sama. Pastikan untuk mengangkat alat cukur rambut apabila anda mendekati bahagian atas kepala untuk mencipta gradien yang halus.
Cukur Bahagian Atas: Gunakan gunting dan sisir untuk mencukur bahagian atas kepala. Sisir rambut ke atas dan gunakan gunting untuk memotong rambut ke panjang yang diinginkan. Pastikan panjang rambut di bahagian atas kepala sedikit lebih panjang daripada sisi dan belakang.
Ratakan dan Sempurnakan: Gunakan alat cukur rambut sekali lagi untuk meratakan dan menyempurnakan bahagian sisi dan belakang kepala. Pastikan semua bahagian telah dicukur dengan rata dan simetri.
Ads
Cuci dan Keringkan: Cuci rambut anda untuk menghilangkan rambut yang telah dipotong dan keringkan rambut dengan tuala atau pengering rambut.
Penggayaan: Gunakan produk penataan rambut jika diinginkan untuk memberikan bentuk dan penampilan yang lebih tegas.
Periksa Semula: Gunakan cermin untuk memeriksa dari semua sudut dan pastikan cukuran rambut anda rata dan simetri.
Penyesuaian Akhir: Buat penyesuaian akhir jika perlu, dan pastikan anda berpuas hati dengan hasilnya.
Ads
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda seharusnya dapat mencapai gaya rambut crew cut yang rapi dan bergaya.
Ketika di usia remaja, musuh utama penampilan wajah kacak anda ialah tak lain tak bukan jerawat!
Malah ramai jejaka kacak pada masa kini yang sudah dewasa berdepan masalah jerawat yangs angat teruk ketika usia belasan tahun.
Biasalah, itulah tempoh di mana hormon sedang galak berperang antara satu sama lain. Yang jadi mangsanya ialah wajah dan juga bau badan anda!
Bila meningkat dewasa jerawat bukan lagi masalah utama yang anda hadapi. Akan tetapi dengan kepelbagaian aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian, wajag terdedah kepada bermacam kotoran.
Jika ia tak dikawal masalah blackhead ini boleh menjejaskan penampilan kacak anda. Apabila liang wajah anda tersumbat dengan kotoran, sel mati serta minyak maka sakanlah blackhead dan whitehead muncul.
Jangan biarkan ia berlarutan walaupun ia tak menyakitkan namun blackhead boleh menyebabkan kulit wajah menjadi semakin kusam.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 4 cara terbaik bagaimana anda boleh hapuskan blackhead pada wajah.
GUNA PENCUCI MENGANDUNGI ASID SALISILIK
Antara contoh produk yang mengandungi asid salisilik.
Rejimen penjagaan kulit wajah biasanya mempunyai tiga langkah; mencucui, exfoliating dan pelembapan. Namun anda boleh jadikan ia sebagai satu langkah sahaja dengan menggunakan pencuci wajah mengandungi asid salisilik. Ia berfungsi menghakis blackhead yang tersumbat pada liang.
MELEMBAP WAJAH DUA KALI SEHARI
Ini andata amalan yang boleh anda lakukan tapi susah untuk dilakukan setiap hari. Dengan menggunakan pelembap mengandungi SPF yang kaya dengan pelbagai nutrien anda boleh mengekalkan kesihatan kulit wajah. Malah ia boleh menghalang segala jenis kotoran untuk melekat.
SAPU TREINOIN SEBELUM TIDUR
Menurut pakar, retinoid dianggap sebagai salah satu langkah terbaik untuk mengecilkan liang roma, menghalang jerawat dan melambatkan proses penuaan wajah. Walau bagaimanapun silalah rujuk doktor atau pakar dematologi sebelum anda menggunakan mana-mana produk yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah anda.
PAKAI MASK SEMINGGU SEKALI
Cuba tengok orang Korea, tak kira lelaki atau perempuan mereka sentiasa mengamalkan penggunaan mask dalam kehidupan harian. Sebab itulah ramai di antara mereka mempunyai kulit wajah yang licin dan polos. Menggunakan mask seminggu sekali boleh menghalang berlakunya kotoran tersumbat dalam liang wajah. Pakai selama 10 hingga 15 minit pun sudah mencukupi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Malunya bila orang tengok mata anda berlingkar dengan dark circle. Nampak sangat anda selalu tidur lambat ataupun terlebih tidur. Takkan nak pakai mask untuk tutup mata dark circle tu kan?
Selalunya bila jadinya dark circle ini, orang akan gunakan hirisan timun dan macam-macam lagi petua. Kalau antara petua-petua ini tidak berjaya menghilangkan dark circle anda, apa kata cuba pula petua yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai ini.
Mana tahu petua buat serum menggunakan aloe vera ini berkesan dan berjaya menghilangkan dark circle anda. Cara nak membuatnya juga mudah. Jom buat!
Kalau orang lain ada masalah kulit jerawat, Aisyah pulak masalah dark circle. Lagi sekarang selalu tidur lambat, lagi menjadi jadi la dark circle ni.
Memacam petua Aisyah dah try tuk hilangkan dark circle ni. Orang cakap pakai timun, Aisyah pakai timun. Orang cakap pakai kentang, Aisyah pakai kentang. Tapi dark circle Aisyah ni liat naa, still tak kurang sampai la Aisyah jumpe satu petua ni.
Jeng jeng jeng. Ingat tak semalam Aisyah cakap aloe vera ni boleh buat macam-macam. Yess, sila lah percaya. Aloe vera ni sebenarnya bahan utama untuk banyak petua kulit.
Aisyah dah try memacam petua tuk hilangkan dark circle, and serum ni masuk dalam carta top 2 paling best. Yang buat dia double best, dia guna 2 bahan jek. Memang simple sangat.?
– 2 sudu besar gel aloe vera
– 2 kapsul minyak vitamin E
Gunting softgel vitamin E, pastu masukkan minyak tu dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera korang akan jadi kaler putih macam dalam gambar tu tau.
CARA NAK PAKAI:
Cara pakai serum ni senang jek. Korang amik calit sikit kat jari pastu sapu lembut-lembut kat bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan jek. Tak yah basuh okey. Pakai 2 kali sehari.
Tapi kalau dark circle korang kategori nazak sampai orang tak dapat beza mata korang dengan mata panda. Korang wajib konsisten pakai at least 2 minggu. Baru nampak kesan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tali leher merupakan antara aksesori penting ketika anda berpakaian formal. Pemakaian tali leher ini boleh membuatkan penampilan lelaki tampak lebih segak dan berkarisma.
Bagi yang tidak tahu cara-cara untuk memakai tali leher tentu anda rasa leceh untuk mengikatnya. Sudahnya tali leher anda jadi tidak kemas, senget, terpendek atau terpanjang.
Hakikatnya, tidak susah mana pun untuk memakai tali leher asalkan anda tahu cara betul untuk mengikatnya.
Untuk yang baru sahaja nak berjinak-jinak untuk memakai tali leher, ini ada tip yang boleh membantu anda mengikat tali leher menjadi lebih kemas.
Selamat mencuba!
Cara-cara mengikat tali leher
Berikut merupakan cara-cara mengikat tali leher. Ikatan tali leher terbahagi kepada empat jenis ikatan iaitu:
1. Ikatan Tali Leher: Four In Hand
Ikatan Four in Hand ini merupakan ikatan tali leher yang popular dan paling mudah untuk dipakai. Ia membuatkan tali leher tampak tirus dan sedikit asymetrical. Ikatan ini sesuai dipadankan dengan baju kemeja berkolar tajam, mempunyai bukaan rapat dan kolar jenis berbutang (button down). Ia juga sesuai diikat menggunakan tali leher yang mempunyai fabrik tebal. Walaupun sesuai digayakan oleh semua golongan, namun ikatan ini nampak lebih cantik apabila dipakai oleh lelaki berleher pendek. Ia juga sesuai digayakan untuk pemakaian smart casual.
2. Ikatan Tali Leher: Half Windsor
Ikatan Windsor berasal daripada Duke of Windsor (secara rasmi Edward VIII) pada tahun 1930-an. Ia mula menjadi ikutan kerana ikatannya lebih kemas dan cantik dengan bentuk segi tiga. Half Windsor merupakan ikatan yang sesuai buat bukaan kolar yang sederhana lebar berbanding ikatan Single Knot. Ia merupakan ikatan tali leher yang lebih besar daripada Ikatan Four in Hand tetapi lebih kecil daripada ikatan Windsor/ Full Windsor. Sesuai disepadankan dengan tali leher berfabrik ringan dan medium.
3. Ikatan Tali Leher: Windsor/ Full Windsor
Windsor merupakan ikatan tali leher yang tebal dan sesuai untuk bukaan kolar yang lebar (spread collar dress shirt) dan luas dengan bentuk segi tiga. Windsor ini menjadi ikatan kegemaran ramai orang korporat dan golongan profesional serta sesuai dipakai untuk temu bual kerja, pembentangan dan mesyuarat bersama orang penting. Untuk pemakaian yang betul, tali leher yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya 4 cm (1.6 inci) lebih panjang daripada tali leher konvensional biasa. Bagi yang ingin mencuba ikatan ini, pastikan ia digayakan dengan tali leher berwarna gelap dan corak yang tidak begitu menyerlah.
4. Ikatan Tali Leher: Shell Knot
Ikatan ini juga dikenali sebagai Shelby Knot atau Pratt knot . Ia merupakan cara ikatan lama yang sesuai untuk pemakaian formal, business casual dan casual, bahkan sesuai dipakai untuk tali leher yang berfabrik ringan dan medium. Ikatan jenis ini sesuai dipadankan dengan baju kemeja kolar bersaiz kecil dan tajam.
Selain empat jenis ikatan ini, terdapat juga teknik lain mengikat tali leher yang boleh anda cuba.
Kelvin Knot
Oriental Knot
Nicky Knot
Victoria Knot
Cafe Knot
Kepanjangan Tali Leher
Dah tahu macam-macam jenis ikatan tali leher, pastikan kepanjangan tali leher juga diambil kira. Jangan sekejap panjang, sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher yang anda pakai itu ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).
Semoga perkongsian ini memberi anda manfaat dan selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.