Kehilangan seorang kawan baik yang masing-masing membina karier dari bawah hinggalah mencipta nama sebagai bintang besar pastinya cukup memberi kesan. Zayn Malik kembali ke pentas dengan persembahan tribute istimewa memperingati sahabatnya yang telah pergi, Liam Payne.
Konsert istimewa itu berlangsung di O2 Academy Leeds, England, pada 23 November, lebih sebulan selepas Zayn menangguhkan jelajah solonya kerana pemergian mendadak bekas rakan grupnya, One Direction.
Walaupun Zayn tidak menyebut nama Liam secara lisan sepanjang persembahan, mesej penuh emosi terpancar di layar pentas ketika dia melangkah pergi. Kata-kata “Liam Payne, 1993-2024, Love you Bro” diiringi simbol hati merah mengundang hiba di kalangan peminat yang hadir, seperti dilaporkan oleh The Telegraph.
Foto: Andrew Benge/Getty Images for ABA
Tragedi kehilangan Liam pada 16 Oktober akibat terjatuh dari balkoni hotel di Buenos Aires telah mengejutkan ramai pihak.
KEHILANGAN BESAR
Pemeriksaan toksikologi mendedahkan kehadiran alkohol, kokain, dan ubat antidepresan dalam tubuhnya. Kehilangan ini menjadi satu tamparan buat Zayn, yang kemudiannya memaklumkan di Instagram bahawa beliau akan menangguhkan bahagian jelajah AS albumnya, Stairway to the Sky.
“Keputusan ini saya buat kerana kehilangan besar yang dialami minggu ini. Saya perlu memberi ruang untuk bernafas,” ujar Zayn kepada peminatnya.
Ads
Konsert yang berlangsung di Leeds itu adalah sebahagian daripada perjalanan muzik Zayn sebagai artis solo selepas meninggalkan One Direction pada 2015.
Walaupun karier solonya dipenuhi cabaran, persembahan ini menjadi bukti kasih dan penghormatannya terhadap Liam, seorang sahabat yang berkongsi sejarah besar dalam hidupnya.
Liam disemadikan pada 20 November di England, dengan kehadiran penuh emosi ahli keluarga, rakan, dan sahabat terdekat.
Zayn bersama tiga ahli One Direction yang lain iaitu Harry Styles, Niall Horan, dan Louis Tomlinson telah melakukan reunion buat kali pertama sejak mereka berpecah. Sekali gus memperlihatkan hubungan persaudaraan mereka yang tidak pernah pudar walau berdepan masa dan jurang karier masing-masing.
Momen penuh keikhlasan itu turut dihadiri tokoh penting dalam kehidupan Liam, termasuk Cheryl Cole, bekas pasangan dan ibu kepada anak lelaki Liam, Bear yang berusia 7 tahun, serta Simon Cowell, individu yang membawa One Direction ke puncak populariti menerusi rancangan The X Factor.
Tribute Zayn pada malam itu bukan sekadar sebuah persembahan muzik, tetapi lambang persahabatan dan penghormatan kepada memori yang tidak ternilai.
Zayn Malik membuktikan bahawa lelaki juga boleh meluahkan emosi mereka dengan tulus dan berani, terutama ketika mengenang insan yang pernah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidup mereka.
Ads
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Kredit: E Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Bruce Lee tidak akan pernah padam dalam sejarah seni mempertahakan diri dan juga filem aksi. Jika masih hidup legenda hebat ini memasuki usia 80 tahun. Bersempena dengan itu, Casio menerusi jenama jam popularnya, G-SHOCK memperkenalkan edisi khas dan terhad.
Jan G-SHOCK MRF-G2000BL dihasilkan menampilkan rekaan khas dengan ciri-ciri karakter dan semangat Bruce Lee. Dari segi luaran ia dibina dengan ketahanan fizikal, struktur dan bahan berkualiti tinggi.
Warna hitam dan kuning merupakan warna yang cukup ikonik dengan Bruce Lee. Sehingga kini tracksuit berwarna kuning dan hitam pasti akan dikaitkan dengan namanya. Keseluruhan rekaan jam pula mengambil inspirasi filosofi Jeet Kune Do dan juga idea falsafah Bruce Lee.
KELUARAN SUPER LIMITED
Lebih menarik lagi ia hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit sahaja di seluruh dunia. Dan terbaru di Malaysia ia turut menjadi item yang menjadi lelongan. Majlis lelongan yang dilakukan secara di atas talian tersebut dianjurkan oleh Cortina Watch.
Ia merupakan acara lelongan amal diadakan untuk peminat serta penderma yang berminat mendapatkan jam tangan eksklusif ini. G-Shock MRG x Bruce Lee telah berjaya dilelong pada harga RM48,888!
Selepas menolak harga jualan, lebihannya akan disalurkan kepada Pertubuhan Penganut Bodkhiksetra Vihara Kuala Lumpur, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan warga emas, anak yatimd an juga mereka yang kelainan upaya.
Kejayaan lelongan ini sedikit-sebanyak telah mampu membantu badan NGO tersebut untuk meneruskan kerja-kerja amal mereka.
Namun tiada maklumat tentang siapakah yang membida jam tangan tersebut pada harga tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada yang memanggilnya pecah mulut atau mata ikan. Hakikatnya rasa pedih apabila mengunyah makanan atau ketika menelan minuman antara ciri yang dirasai apabila individu itu mempunyai ulser dalam mulut.
Mungkin ia perkara biasa bagi sesetengah individu kerana sesiapa saja tidak mengira jantina dan usia boleh mendapat ulser sama ada di lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.
Ada pula berpendapat beberapa makanan berasaskan buah-buahan sitrus atau berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.
Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh juga menjadi penyebab ulser.
ANDA BOLEH MENGGUNAKAN MADU DAN MINYAK KELAPA KERANA MADU IALAH PELEMBAP SEMULA JADI. IA MEMBANTU MENGEKALKAN KELEMBAPAN DAN MENCEGAH DEHIDRASI. IA JUGA MEMBANTU MENGURANGKAN PARUT DAN MEMPERCEPATKAN PROSES PERTUMBUHAN TISU BARU.
Madu juga bersifat antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut. Caranya dengan menyapukan sedikit madu pada ulser mulut atau campurkan sedikit dengan kunyit yang ditumbuk untuk digunakan pada kawasan yang terjejas.
Lakukannya secara konsisten sehingga ulser itu mulai sembuh. Penggunaan minyak kelapa dan air kelapa juga sangat berguna dalam merawat ulser mulut.
CARANYA BERKUMUR DENGAN AIR KELAPA KEMUDIAN SAPUKAN SEDIKIT MINYAK KELAPA TERUS PADA ULSER MULUT. WALAUPUN TIDAK DIRAWAT, ULSER MULUT BIASANYA HILANG DALAM MASA SATU ATAU DUA MINGGU, NAMUN JIKA ULSER TIDAK SEMBUH DALAM MASA BERKENAAN, IA MUNGKIN PETANDA MASALAH YANG LEBIH BAHAYA.
Secara umumnya ulser memerlukan masa untuk sembuh dan tiada cara untuk menghilangkannya dengan segera. Dalam tempoh ini, elakkan makanan atau minuman yang boleh menambah kerengsaan. Cara ini akan membantu mempercepatkan penyembuhan, mengurangkan kesakitan dan merendahkan risiko ia berulang.
Peringatan
ADA BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO MENDAPAT ULSER MULUT:
Gunakan berus gigi yang lembut
Minum minuman sejuk menggunakan penyedut minuman
Makan makanan yang lembut
Dapatkan pemeriksaan gigi/mulut secara berkala
Amalkan pemakanan seimbang dan banyakkan minum air
ELAKKAN
Makan makanan yang terlalu pedas, masin atau masam
Makan secara tergesa-gesa
Makan makanan yang keras
Minum minuman yang terlalu panas atau berasid
Terlalu kerap mengunyah gula-gula getah
Menggunakan ubat gigi yang ‘kuat’ dan mengandungi sodium lauryl sulphat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mempunyai buah dada lelaki adalah mimpi ngeri yang dahsyat kepada manusia apa-apa. Ini telah berlaku beberapa lelaki dan bra untuk lelaki telah dibangunkan untuk menyelamatkan keadaan. Buah dada lelaki disebabkan oleh tiga unsur utama, menggunakan steriod anabolik berat badan yang berlebihan atau mengalami keadaan perubatan yang dikenali sebagai gynecomastia. Memahami akar dua faktor ini akan membuat ia mudah untuk memahami cara-cara menyelesaikannya. Menjadi berlebihan berat badan adalah tanda-tanda lebihan lemak di dalam badan
1- SEIMBANGKAN LATIHAN
Ada 3 jenis darjah iaitu flat, incline, dan decline. Ketiga-tiga jenis darjah ini melatih bahagian yang berbeza-beza, dengan flat yang menjadi latihan paling utama dilakukan semua orang. Ramai yang buat dua bahagian sahaja iaitu flat dan decline. Incline susah sedikit, sebab itu tak ramai yang buat banyak incline (sebanyak flat dan decline). Kalau anda tak seimbangkan darjah latihan, pengembangan otot anda juga jadi tak seimbang. Mungkin sekali, anda besar bawah tapi atas kurang sedikit. Selepas ini, lebihkan juga latihan incline.
2- JARANG BUAT LATIHAN EXPLOSIVE
Maksud explosive di sini bukanlah maksudnya anda gunakan bom untuk berlatih. Explosive bermaksud anda kena lakukan pergerakan yang laju. Ini adalah untuk mengaktifkan secara maksimum gentian-gentian otot di dada anda. Pergerakan explosive sesuai dilakukan selepas warm-up dan sebelum latihan utama anda. Antara pergerakan explosive yang bagus adalah seperti clap push-up, medicine ball throw, dan bench press yang dilakukan secara laju (berat dan ringan).
3- TIDAK GUNAKAN DUMBBELL
Dumbbell adalah rakan paling rapat anda dalam latihan dada yang membidang dan penuh. Betul, latihan bench press menggunakan barbell adalah latihan utama untuk membesarkan otot, tetapi penggunaan dumbbell melengkapkan lagi latihan anda. Malah, kalau anda hanya fokus pada latihan barbell sahaja, mungkin sekali anda sedang mengalami sakit-sakit bahu yang sungguh tidak selesa dan mengganggu latihan anda. Ubat yang mujarab adalah latihan yang menggunakan dumbbell dengan pemegangan yang berbeza (neutral grip). Gunakan barbell untuk latihan berisipadu rendah, dan fokus latihan bina badan dengan dumbbell.
4- KURANG LATIHAN BARBELL
Mungkin juga anda banyak sangat guna dumbbell, sampai tinggalkan latihan barbell. Untuk latihan kekuatan, penggunaan barbell mengalahkan penggunaan peralatan lain. Kalau anda masih tidak mampu bench press berat badan anda sendiri, anda masih belum kuat. Kalau anda hanya mampu bench press berat badan bawah 10 rep, anda masih lemah. Kekuatan berkait rapat dengan pembinaan otot. Program latihan anda hendaklah teliti. Semakin anda kuat dalam bench press, nescaya semakin besar otot dada anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.