Siapa kata orang gemuk tidak boleh berfesyen? Dan siapa pula bilang orang pendek sukar untuk berfesyen? Ini adalah barisan trend yang dapat kamu cuba untuk jadikan gaya fesyen kamu lebih gempak! Dengan trend ini, kamu yang gemuk bisa tampak kurus, dan yang pendek, bisa menjadi tinggi!
ANDROGYNY
Gaya kombinasi di antara maskulin dan feminin ini menjadi trend hangat untuk masa kini. Bukan dilihat sebagai sesuatu yang ganjil, malah ia merupakan salah satu pilihan golongan lelaki di luar dengan permainan warna yang lebih lembut, potongan sederhana besar dan pilihan fabrik yang lebih halus dan licin. Apa yang menariknya, corak bunga serta penggunaan fabrik lace juga menjadi pilihan utama setiap pereka fesyen bagi menaikkan lagu unsur androgynous
pada setiap rekaan.SKARF PANJANG
Menjadi satu fashion statement yang baru apabila skarf panjang diangkat sebagai aksesori pilihan untuk gaya trend kali ini. Pada mereka yang inginkan kelainan, anda harus dapatkan scarf panjang ini. Gaya melilit atau tergantung di leher merupakan trend terhangat buat masa kini. Tidak kira sama ada pemakaian anda santai mahupun formal, skarf panjang ini menjadikan penampilan anda lebih bergaya.
SUT BERCORAK JALUR
Pabila sepasang sut bersama corak berjalur melewati pentas peragaan antarabangsa untuk koleksi musim panas 2017, ia cukup untuk dijadikan sebagai trend masa kini. Lebih segar dan baru. Kemas dan moden. Setiap pereka fesyen menjadikan paten ini sebagai must-have elemen pada setiap rekaan mereka. Mana tidaknya, hasil gabungan hitam putih dipadankan dengan corak berjalur menjadikan pakaian formal anda lebih rock&roll! Selain itu juga, corak berjalur ini memberikan penampilan anda lebih maskulin. Bottega Venetta dan Givenchy antara jenama terkenal yang mengetengahkan rekaan sut bercorak jalur.
JUMPSUIT
Pentas peragaan kali ini menyaksikan jumpsuit sebagai salah satu pilihan pereka fesyen antarabangsa untuk koleksi musim ini. Apa yang pasti, setiap rekaan jumpsuit yang melewati pentas peragaan kali ini tampil berbeza. Sebagai contoh, jenama mewah Balmain menterjemahkan kesinambungan di antara elemen formal,ketenteraan serta ekuestrian. Rekaan seakan-akan trench coat pada bahagian atas serta seluar pendek menjadikannya sesuatu yang lebih moden dan berbeza. Bagi mereka yang inginkan kelainan untuk ke pejabat, sarungkan saja helaian jumpsuit yang hadir dalam rekaan berbentuk formal. Dipadankan dengan tali leher serta kasut kulit, cukup menjadikan anda sebagai seorang yang bold!
PERTEMUAN ANTARA JEPUN DAN CHINA
Kesinambungan diantara elemen Jepun dan China menyaksikan paparan mewah yang hadir dalam setiap helaian daripada pereka fesyen antarabangsa untuk koleksi musim ini. Fabrik sutera yang diperhalusi dengan perincian paten empayar Jepun mahupun China, menjadikan keseluruhan tampak lebih mewah dan eksklusif. Jenama Dolce & Gabbana menyajikan pilihan corak naga serta burung merak pada setiap rekaannya yang pasti menaikkan lagi unsur Jepun dan China. Percikkan warna merah serta sulaman pokok tebu pada jaket satin dapat dilihat dari koleksi rekaan jenama Louis Vuitton. Apa yang pasti, setiap rekaan yang menggabungkan unsur Jepun dan China ini punya aura tersendiri.
POTONGAN CELANA LEBIH LEBAR
Bukan hanya untuk kaum wanita, malah potongan celana yang lebih luas serta lebar menjadi gaya pilihan lelaki untuk musim ini. Bukan hanya dipadankan dengan sepasang kemeja malah kaum lelaki masa kini bijak menggayakannya dengan padanan sut yang semestinya kelihatan lebih formal. Rekaan dari pereka Yohji Yamamoto untuk koleksi musim ini beliau disajikan dengan setiap perincian serta potongan yang direka dengan lebih luas. Rekaan ini menjadikan anda lebih selesa serta penampilan anda tampak lebih moden. Tidak bernoktah di situ saja, malah potongan celana ini punya aura yang lebih feminin dan bersifat androgyny. Sudah pasti bagi anda yang inginkan sesuatu yang unik, celana ini harus ada dalam almari pakaian anda!