JENIS FOOT ARCH

Menyimpan jambang, janggut atau misai merupakan satu kebanggaan bagi sesetengah lelaki. Suka atau tidak, trend menyimpan facial hair ini telah diakui sejak berzaman lamanya sebagai simbol maskuliniti seorang lelaki.

Semenjak penularan wabak COVID-19 ‘mengganas’ sejak tahun lepas banyak negara berdepan dengan lockdown. Di negara kita pula ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau anda ingat, sepanjang PKP yang lalu telah muncul pelbagai video mencuit hati di mana lelaki terpaksa menaruh kepercayaan kepada pasangan atau rakan-rakan untuk memotong rambut atau jambang.

Ia berikutan kedia gunting yang tidak boleh beroperasi sepanjang perintah tersebut. Trend facial hari pula boleh berubah-ubah mengikut peredaran dan perkembangan semasa.

Terbaru muncul pula gaya potongan facial hair yang cukup unik dikenali sebagai ‘the monkey tail beard’. Macam mana gaya tersebut? Mungkin itulah pertanyaan anda.

ASAL KEMUNCULAN

Ia sebenarnya gaya di mana seorang lelaku meakukan potongan berbentuk seperti ekor monyet dengan memotong atau memutuskan sambungan di sebelah misai dan jambang sama ada kanan atau kiri. Bentuk ekor tersebut akan kelihatan dari bahagian tepi sideburn turun ke jawline, seterusnya ke bahagian dagu dan mulut.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Robbie Voss (@mister_voss)

BACA: Penampilan Jadi Lebih Kacak Jika Pandai Jaga Kondisi Janggut & Jambang

Menurut laporan LADBible, potongan unik ini pertama kali dikesan pada September 2019 apabila pemain besbol MLB, Mike Fiers menggayakannya. Dia melakukan potongan itu untuk menarik perhatian rakan-rakannya secara spontan dan mengundang ketawa.

IKLAN

Namun tidak lama selepas itu semakin ramai yang menirunya dan berkongsi di laman media sosial. Lebih menarik, ada yang melakukan potongan lebih radikal denagn sentuhan tersendiri. Malah ada yang membuat corak berpusar di bawah dagu!

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gee (@geebuck_works)

Potongan ini mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna laman media sosial terutamanya dari golongan wanita.

Bagaimana dengan anda? Berani tak untuk mencuba trend potongan jambang seperti ini?

Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk update gaya lelaki terkini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI