Trend Penjagaan Diri & Fesyen Boleh Jejaskan Penampilan Lelaki, Jauhinya Segera!

Share

Trend fesyen dan penjagaan sebenarnya bergantung kepada setiap individu. MASKULIN percaya setiap lelaki ada kemahuan untuk tampil kacak sepanjang masa.

Sama ada di tempat kerja atau ketika beriadah. Jauh di sudut hati lelaki mereka mahu tampil bak bintang Hollywood yang sentiasa kacak walaupun berpeluh sakan.

Dalam dunia ini, terdapat bermacam jenis dan ragam gaya. Namun ia tidak semestinya sesuai untuk seorang lelaki ikut terutamanya jika ingin tampil kacak dan bergaya.

Untuk nampak segak dan menarik pastinya seorang lelaki itu harus tahu selok-belok bagaimana ingin bergaya.

Dan dalam bergaya pula tidak boleh main ikut suka sahaja. Terdapat tiga faktor yang patut anda elak.

  • Trend lapuk
  • Seleksi pakaian yang terkini
  • Fesyen yang menarik bukan menjauhi orang lain

Selain menjadi pakaian semata apa yang anda pakai setiap hari boleh menjadi item fesyen yang sangat berharga terutama buat penampilan serta personaliti anda.

Namun tidak semua yang anda pakai itu boleh membuatkan anda nampak bergaya. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 perkara yang anda harus elak dalam berfesyen dan bergaya.

1) TERLALU BANYAK PERFUME

Ya, kita semua faham bahawa seorang lelaki itu harus sentiasa berbau wangi. Namun janganlah disebabkan alasan itu semburan minyak wangi yang dilakukan terlalu banyak. Apatah lagi jika memakai lebih dari satu campuran perfume. Ia hanya membuatkan orang lain sakit kepala dan menjauhi anda.

2) T-SHIRT BERLOGO BESAR

T-shirt merupakan baju yang sangat versatail yang boleh digayakan dengan pelbagai jenis pakaian lain. Namun ada satu perkara yang tidak harus anda lakukan. Jangan sesekali memakai t-shirt dengan cetakan jenama yang terlalu besar. Ingat anda bukannya papan iklan gergasi bergerak.

Artikel berkaitan: Maksud Warna Di Sebalik Gaya Pakaian, Bukan Ikut Trend Fesyen Semata

3) SELUAR BERCETAK

Kekalkan dengan seluar yang standard. Usah jadi terlalu eksperimental dengan memakai jean bercetak jenama dengan banyak atau lebih teruk lagi ia dijahit sulam. Ia hanya menjadikan anda seolah terdesak untuk memakai pakaian berjenama.

4) KASUT VELCRO

Ini adalah a very big no! Siapa sahaja yang ingin ambil serius terhadap anda jika memakai kasut velcro seperti yang digunakan pelajar sekolah rendah. Iya, memang ia memudahkan namun jangan kerana velcro anda dipanggil budak sekolah.

5) DEEP V-NECK

T-shirt v-neck cukup sukar untuk digayakan. Apatah lagi jika anda seorang yang agak kurus. Ia hanya menonjolkan anda nampak lagi kurus berbanding diri anda sebenar. Apatah lagi kalau guna depp V-neck yang cutting lehernya lebih ke dalam.

6) TALI PINGGANG STUDDED

Anda sudah berusia 30-an? Jadi sudah tiba masanya anda tinggalkan imej rugged ala punk rock yang anda gemari suatu ketika dahulu. Antara aksesori yang perlu ‘dilepaskan’ adalah tali pinggang penuh dengan studded.

7) SANDAL BERSAMA STOKIN

Kesalahan besar dalam berfesyen yang diamalkan ramai warga yang sudah pencen. Jangan sesekali memakai stoking bersama dengan sandal. Tujuan sandal dicipta ialah untuk mengelakkan kaki berasa panas untuk tidak memakai kasut.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim