
Rona Beza: Dunia fesyen lelaki kali ini memaparkan sudut pandangan berbeza mengenai penggayaan formal. Mengapa harus terus menjadikan warna hitam itu sebagai warna formal? Kini semuanya bertukar arus dengan menjadikan rona terang sebagai elemen tambahan dalam rekaan bentuk formal. Padankan dengan rona yang lebih gelap untuk gaya yang elegan. Lebih unik dan versatil!
Seni Dan Grafik: Mana bisa kita ketepikan seni dan grafik dalam dunia fesyen. Penambahan elemen seni menjadikan sesuatu rekaan itu lebih mahal dan tampak mewah. Lihat saja rekaan dari jenama besar, Alexander Mcqueen dalam mempertaruhkan motif bunga dalam rekaan koleksinya. Apa yang pasti, setiap seni dan grafik yang ada pada setiap helaian rekaan memberi lebih volum dan dimensi penggayaan fesyen anda. Sudah tiba masanya untuk kita menjadikan formal itu sesuatu yang lebih interesting dan exciting. Bosanlah kiranya hanya bersandarkan pada fabrik baldu hitam saja kan?
New Silhouette: Rekaan yang lebih baggy juga oversized? Why not? Biarpun masih berpaksikan kepada rekaan bentuk formal, apa kata kali ini anda mencuba sesuatu yang lebih out of formal? Sebagai contoh trench-coat yang sedikit oversized bersama seluar yang lebih baggy? Mungkin agak pelik namun anda akan tampak lebih urban dan masih mengekalkan elemen kekemasan dalam penggayaan anda!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jenis-Jenis Fabrik Kain Samping Yang Sesuai Dipakai Bersama Baju Melayu

Jenis-jenis fabrik kain samping yang sesuai dipakai bersama Baju Melayu. Samping merupakan pelengkap penting dalam pemakaian baju Melayu, terutama ketika menghadiri majlis rasmi, kenduri, atau perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Jenis-Jenis Fabrik Kain Samping Yang Sesuai Dipakai Bersama Baju Melayu
Pemilihan kain samping yang sesuai bukan sahaja menambah seri pada penampilan, malah mencerminkan keperibadian dan status pemakai. Terdapat pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk membuat samping, dan setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri.
1. Samping Songket
Samping songket adalah pilihan paling klasik dan elegan. Ia diperbuat daripada kain tenunan yang dihiasi dengan benang emas atau perak, menjadikannya kelihatan mewah dan eksklusif. Songket biasanya dipakai dalam majlis rasmi seperti perkahwinan, istiadat diraja, dan acara kebudayaan. Antara jenis songket yang popular ialah:
Songket Terengganu – Mempunyai motif halus dan benang emas yang lebih ketara.
Songket Palembang – Coraknya lebih padat dan berkilauan, sering dipakai oleh masyarakat Melayu di Sumatera dan Malaysia.
Songket Pahang – Tenunan lebih halus dan rekaan lebih moden, sesuai untuk lelaki yang mahukan gaya klasik tetapi minimalis.
2. Samping Tenun Pahang
Kain tenun Pahang terkenal dengan motif yang lebih ringkas tetapi tetap menonjol dengan keunikan coraknya. Fabriknya lebih ringan berbanding songket, menjadikannya selesa untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Samping tenun Pahang sering menjadi pilihan golongan profesional dan individu yang mengutamakan keselesaan tanpa mengabaikan elemen tradisional.
3. Samping Batik
Bagi mereka yang mahukan gaya santai tetapi tetap kemas, samping batik adalah pilihan yang tepat. Samping jenis ini biasanya diperbuat daripada kain kapas yang dicetak dengan pelbagai corak batik tradisional. Ia sesuai dipakai untuk majlis tidak terlalu formal seperti kenduri kecil atau majlis berbuka puasa.
4. Samping Polyester Atau Kain Campuran
Bagi mereka yang mencari samping dengan harga lebih berpatutan, kain polyester atau kain campuran adalah pilihan yang baik. Walaupun tidak semewah songket atau sutera, samping jenis ini tetap kelihatan kemas apabila dipadankan dengan baju Melayu. Ia juga lebih mudah dijaga kerana tidak mudah berkedut dan tahan lama.
Pemilihan kain samping yang sesuai bergantung kepada majlis dan keselesaan pemakai. Jika menghadiri acara rasmi, samping songket atau sutera adalah pilihan terbaik.
Manakala, untuk majlis santai atau kasual, samping batik atau kain campuran boleh menjadi alternatif yang lebih praktikal. Apa pun pilihan anda, pastikan samping yang dipakai sesuai dengan warna dan rekaan baju Melayu supaya keseluruhan penampilan kelihatan serasi dan menawan.
5. Samping Kain Jacquard
Kain jacquard semakin popular sebagai pilihan alternatif kepada songket. Fabriknya mempunyai corak timbul yang kelihatan mewah, tetapi lebih ringan dan mudah dipakai. Samping jenis ini sesuai bagi mereka yang mahukan gaya eksklusif tanpa perlu membayar harga yang terlalu mahal seperti songket asli.
BACA: 10 Warna Trending Baju Melayu Raya 2025, Pilihan Bergaya Untuk Lelaki
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kenapa Drama Korea Menjadi Kegilaan Ramai Terutamanya Wanita?

Fenomena K-Wave (singkatan bagi Korean Wave) ataupun gelombang Korea bukanlah suatu perkara yang baru di negara kita. Malah, gelombang yang berasal dari Korea Selatan ini telah berjaya ‘merasuk’ jutaan peminat di seluruh dunia.
Ada sesetengah peminat dikatakan akan menjadi terlalu obses dan fanatik sehingga sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit untuk memenuhi nafsu K-Pop mereka dengan menghadiri konsert, pergi ke fan meeting untuk bertemu selebriti, pembelian cenderamata dan menaja makanan atau hadiah kepada selebriti kegemaran. Bagi peminat drama Korea (K-drama) khususnya, ramai peminat yang mengaku menjadi ketagih dan sukar untuk berhenti menonton. Ada yang menonton sepanjang malam sehingga tidak cukup tidur. Persoalannya, mengapa? Mari kita kupas apakah antara alasan mereka terlalu asyik dengan K-drama.
Pelakon-pelakon Korea sangat hot dan menarik
Walaupun ramai yang mempertikaikan keaslian wajah pelakon Korea kerana dikatakan melakukan pembedahan plastik, namun tidak dinafikan masih ramai lagi aktor dan aktres yang memiliki wajah natural dan menarik sejak kecil. Rupa paras yang tampan dan jelita, tubuh badan tinggi lampai yang dijaga rapi serta kulit mulus inilah yang membuatkan ramai peminat tertarik untuk menonton drama mereka.
K-Drama mudah diakses
Terdapat lambakan website yang boleh dilawati untuk menonton atau memuatturun K-drama. Hanya Google “tonton drama Korea” atau “watch Korean drama” dan anda boleh dapati ratusan laman web yang boleh menjadi pilihan. Drama-drama terbaru yang disertakan dengan sari kata bahasa Inggeris dimuatnaik dalam masa selang beberapa jam sahaja dari waktu tayangan di Korea. Manakala peminat dari negara yang tidak fasih berbahasa Inggeris juga boleh memilih sari kata pilihan mereka seperti bahasa Russia, Thai ataupun Arab.
Kepelbagaian format episod
Kebanyakan K-drama ditayangkan dalam 16-20 episod. Namun terdapat juga sesetengah drama yang lebih panjang melebihi 50 episod. Selain itu, syarikat produksi juga gemar merakam drama mini dan web drama yang mengandungi kurang dari 10 episod.
Kepelbagaian genre
Ada yang mengatakan mereka tidak gemar menonton drama Melayu kerana genre yang selalu berulang-ulang. “Balik-balik cerita Suamiku, Boyfriendku, Abang Bomba, Abang Pilot,” kata mereka. Sekiranya anda menonton drama Korea, anda akan dapati genre yang diolah adalah agak menyeluruh dan merangkumi semua jenis plot. Ada drama cinta komedi, aksi, jenayah, remaja, kekeluargaan, melodrama, sains fiksyen, fantasi dan banyak lagi variasi.
Keserasian antara pelakon dan emosi yang ditonjolkan
Drama Korea sering memaparkan emosi yang betul-betul berjaya memukau perasaan penonton. Kisah sedih dalam drama mampu mengalirkan air mata sesiapa saja yang menonton. Begitu juga dengan drama genre komedi yang boleh diikuti dengan gelak dan hilai tawa. Para penonton kerap bergelut dengan emosi benci, sedih, menyampah, geram, gembira dan keliru ketika menonton drama Korea. Keserasian antara semua pelakon pula membuatkan jalan cerita menjadi lebih mantap dan salah satu faktor yang menjayakan sesebuah drama.
Kekuatan karakter
Pelakon Korea rata-rata mempunyai ijazah dari universiti terkemuka di Korea dalam bidang seni. Ini bermakna mereka sememangnya ideal untuk berada di kaca TV dan mampu menjiwai watak dengan baik kerana telah mendapat pendedahan secara rasmi dari awal. Mereka juga akan melakukan kajian intensif selama beberapa bulan sebelum melakonkan sesuatu watak. Jadi, boleh dikatakan jarang kita dengar istilah ‘pelakon kayu’ dalam industri perfileman Korea.
OST yang mantap
Drama Korea tanpa runut bunyi ataupun original sound track (OST) sememangnya akan terasa tidak bermakna. Lagu-lagu Korea kebanyakannya digubah dengan baik dan berpadanan dengan jalan cerita. Apatah lagi jika penyanyi yang membawa lagu tersebut merupakan artis popular dengan vokal yang padu. Semestinya akan menjadi hit! Sampai Shila Amzah pun buat cover OST drama Korea! Sedap sangat :’D
Makanan Korea
Makanan Korea semestinya semakin digemari ramai. Kimchi, bibimbap, bulgogi dan banyak lagi juadah lain kian mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Dalam drama Korea, banyak dipaparkan adegan makan hidangan tradisi Korea hingga boleh mengecurkan air liur si penonton. Tapi selalunya tengok pelakon makan mi segera pun dah nampak sangat sedap dan boleh buat kita terus lapar!
Ciri-ciri kebudayaan dan tradisi
Anda dapat perhatikan budaya masyarakat Korea menerusi drama-dramanya. Adab sopan-santun, gerak badan dan cara pertuturan dapat dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Rakyat Korea, seperti rakyat Jepun, amat menitikberatkan adab dengan orang yang lebih tua dan ungkapan “terima kasih” tidak pernah lekang dari mulut mereka.
Penggunaan bahasa dan frasa yang menarik
Skrip drama Korea selalu menyelitkan istilah atau frasa yang diulang-ulang sama seperti dalam kehidupan seharian masyarakat Korea. Ada juga rakyat Malaysia yang sudah terbiasa menggunakan istilah-istilah seperti “oppa”, “daebak” dan “aigoo” apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling. Menagihkan, kata mereka.
Tempat-tempat menarik sebagai lokasi penggambaran
Tanpa perlu mempelajari peta dunia dan membaca ensiklopedia, penonton K-drama boleh mengetahui tentang tempat-tempat bersejarah dan menarik di Korea. Tempat-tempat seperti Namsan Tower, Gyeongbokgung dan Hangang sering menjadi lokasi penggambaran pilihan produksi dan biasa disebut dalam skrip drama. Secara tidak langsung mereka berjaya mempromosikan negara ke seluruh dunia. Bagus kan?
Drama bersejarah (Sageuk)
Drama sageuk merupakan drama-drama bersejarah yang memaparkan susur-galur dan hikayat kisah silam Korea pada zaman dahulu. Walaupun bunyi unsur sejarah itu pada dasarnya seperti membosankan, tetapi sebenarnya drama sageuk yang ditayangkan adalah sangat menarik. Jalan cerita, pakaian, latar belakang, penggunaan bahasa dan elemen lain yang digunakan adalah sangat believable. Tak mengantuk pun!
Tiada aksi melampau atau keterlaluan
Drama Korea kebanyakannya adalah general-rated dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Jika dibandingkan dengan drama dari Barat, Jepun atau China, drama Korea jarang sekali mengandungi kata-kata kesat, mencarut atau memaparkan adegan lucah dan ganas yang ekstrem.
Fesyen yang trendy dan cool
Penggemar fesyen pasti menyukai drama Korea kerana para pelakon sentiasa tampil bergaya dengan fesyen terbaru. Adakalanya fesyen yang dipakai diambil terus dari pentas peragaan jenama-jenama terkemuka. Aksesori yang dipadankan pun tak kurang hebatnya.
Unsur pengajaran dan nilai-nilai murni dalam drama
Drama Korea sering memperlihatkan unsur pengajaran dalam penceritaannya, sama ada secara terang-terangan atau yang memerlukan tafsiran penonton.
Walau bagaimanapun, pepatah ada mengatakan, “Kisah yang baik dijadikan teladan dan yang buruk wajib dijadikan sempadan.” Kita sebagai penonton harus pandai menilai sendiri yang mana baik dan yang mana tidak baik. Jadi, kalau nak tonton cerita apa-apa sekalipun, tontonlah dengan langkah beringat.
sumber: iluminasi.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
7 Cara Basuh Baju Putih Elak Warna Luntur, Rosak & Cepat Kuning!

Penjagaan dan cara basuh baju putih memang sukar terutamanya ketika hendak membasuh. Jika tersilap basuh baju putih, hasilnya baju putih boleh cepat pudar, kuning, tak pun rosak.
Bagi penggemar baju putih, sebenarnya ada cara mudah nak basuh baju putih agar ia nampak seperti baru.
Oleh itu, pastikan anda ikut 7 cara ini masa nak basuh agar baju putih anda tidak rosak dan kekuningan walaupun sudah dipakai bertahun lamanya.
BACA: Tak Perlu Sental, Hapuskan Kotoran Degil & Baju Kekal Putih Guna Sabun Ketul!
1. Asingkan baju putih daripada baju berwarna
Baju putih sangat mudah terkena lunturan baju warna lain jika ia direndamkan dalam satu baldi. Sebelum proses mencuci baju, asingkan baju putih dengan baju berwarna terlebih dahulu. Jika disekalikan, bimbang baju putih akan terkena tompokan warna baju lain, selain boleh mengakibatkan baju putih nampak seperti kusam.
2. Rendam baju putih mengikut material
Bukan setakat baju berwarna, anda juga harus asingkan setiap baju putih mengikut material kainnya sebelum mencuci. Baju putih yang diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Begitu juga dengan material acetates boleh digabungkan bersama material acrylics. Manakala baju putih daripada material berbulu tidak boleh dicampurkan dengan mana-mana material.
BACA: Pakaian Bundle Dari Sisi Agama, Adakah Perlu Basuh Terlebih Dulu Atau Tak Perlu?
3. Rendam baju putih dalam air suam
Sebelum mula mencuci, periksa label baju putih korang sama ada ia boleh dicuci dengan air panas atau tidak. Jika boleh, rendamkan baju putih dalam air suam kerana ia merupakan setting terbaik untuk membasuh pakaian berwarna putih. Kemudian boleh anda mencuci baju putih tersebut dengan sabun seperti biasa.
4. Gantikan agen pemutih dengan baking soda, cuka atau lemon
Penggunaan agen pemutih memang cepat menghilangkan kekotoran namun jika kerap digunakan boleh membuatkan lama-kelamaan baju putih jadi kekuningan. Untuk menggantikannya, anda boleh guna bahan semula jadi seperti baking soda. Gunakan setengah cawan baking soda bersama campuran sabun basuh. Cuka putih dan jus lemon juga boleh membantu. Tuang ½ cawan jus lemon dan 1 cawan cuka putih ke dalam baldi atau mesin basuh. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari yang sederhana bagi mengembalikan warna putih pada pakaian.
BACA: 9 Cara Nak Jaga Jeans Agar Tak Mudah Koyak & Lusuh, Barulah Tahan Lama!
5. Elak cuci dengan air sejuk
Untuk mencuci baju putih, anda kena pastikan suhu air yang digunakan bersesuaian. Elak mencuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk boleh memudahkan kekotoran melekat pada pakaian.
6. Bersihkan kekotoran dalam mesin basuh
Kebersihan mesin cuci juga perlu diperhatikan. Kotoran-kotoran yang tertinggal dari cucian sebelumnya boleh memudarkan pakaian. Ada cara mudah untuk membersihkannya. Caranya, isi mesin basuh dengan air seperti anda nak mencuci baju biasa. Tambahkan satu cawan baking soda ke dalam air dan tekan pengatur waktu untuk beberapa minit sehingga mesin basuh siap dibersihkan.
7. Elak jemur di bawah matahari terik
Elak menggantung baju putih di bawah matahari terik. Cara ini boleh menyebabkan warna baju putih anda cepat nampak kusam dan pudar. Sebaiknya jemur di kawasan yang berbumbung.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI