Gaya Hidup

‘Transformers: Rise of The Beast’ Janjikan Kelainan Dari Versi Sebelumnya

Share

Bermula sebagai seleksi siri mainan kemudian beralih kepada animasi televisyen, Transformers kini telah berkembang menjadi sebuah francais yang cukup luar biasa besarnya.

Apatah lagi dengan deretan filem garapan pengarah Michael Bay yang mencatatkan jumlah jutipan Box-Office di seluruh dunia dari tahun 2007 hingga 2017.

Selepas sedekad lamanya jenama dari francais ini diberi nafas baharu dengan dimulakan menerusi filem ‘Bumblebee’ pada tahun 2018. Dan pada tahun ini, nafas baharu tersebut diteruskan dalam ‘Transformers: Rise of the Beast’.

Sebelum bercerita lanjut tentang filem terbaru tersebut, MASKULIN tertarik untuk membicarakan serba sedikit tentang mengapa jenama ‘Transformers’ ini cukup dekat di hati penonton terutamanya golongan lelaki.

Sejak kewujudannya pada era 1980-an, Transformers telah berjaya mengumpul penggemarnya tersendiri. Ini terutamanya di kalangan peminat aksi figura dan juga animasinya yang dianggap cukup ‘evergreen’.

Disebabkan itulah apabila muncul filem aksi ‘Transformers’ pada tahun 2007 ia menjadi satu fenomena yang cukup dahsyat.

Optimus Prime

Siri ‘Transformers’ rata-ratanya menyampaikan cerita yang menarik yang bermain dengan aksi, petualangan, dan kekuatan persahabatan. Kewujudan konflik antara Autobots dan Decepticons, serta perjalanan watak utama dalam menjaga bumi daripada ancaman juga menjadi tunjang utama menarik minat penonton.

Bagaimana pula dengan filem terbaru mereka yang kini mendapat sentuhan dari pengarah Steven Caple Jr. yang pernah mengarah filem hebat seperti ‘Creed II’ dan ‘The Land”?

Sinopsisnya berkisar pada kejadian yang mula berlaku pada tahun 1994. Seorang pakar elektronik yang juga bekas tentera, Noah dan Elena, seorang penyelidik artifak, terperangkap dalam konflik tiga hala antara tiga puak daripada Transformers iaitu Maximals, Predacons dan Terrorcons.

Ini kerana penglibatan mereka membantu Optimus Prime dan Autobots dalam peperangan untuk melindungi Bumi daripada kedatangan kegelapan yang akan datang iaitu Unicron.

Menerusi trailer terbaru ‘Transformers: Rise of the Beasts’, kita dapat saksikan bagaimana visi pengarah Steven Caple Jr untuk francais ini jauh berbeza daripada Michael Bay.

Kita juga dapat menyaksikan beberapa perubahan besar yang akan datang dalam pengembaraan Transformers baharu. Ini termasuklah pengenalan puak Transformers baharu, serta tumpuan filem itu pada penggambaran di lokasi baharu.

Selain itu, Steven Caple Jr. juga dilihat memberikan penekanan khusus kepada aspek manusia dalam menerusi filem ini dengan dua bintang utamanya Anthony Ramos dan Dominique Fishback memuji pendekatan unik pengarah itu.

Selain kemunculan karakter-karakter biasa kita lihat seperti Optimus Prime dan Bumblebee, filem terbaru ini juga menampilkan karakter Autobots seperti Wheeljack, Mirage, Arcee da Stratosphere.

Manakala dari puak Maximal pula menampilkan Optimus Primal, Airazor, Rhinox dan Cheetor. Dari puak Terrorcons pula menyerlahkan Scourge, Battletrap, Nightbird dan Transit.

‘Transformers: Rise of the Beast’ akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula pada 8 Jun 2023.

Buat anda yang ingin menonton filem ini bersama MASKULIN untuk tayangan lebih awal atau tayangan premier, jangan lupa ikuti peraduan MASKULIN x TRANSFORMERS.

Jawab soalan mudah ini di Facebook MASKULIN!

  1. Namakan tiga watak dari puak Maximal
  2. Siapakah pengarah ‘Transformers: Rise of the Beast’?
  3. Bila filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia?
  4. Follow IG Maskulin & TikTok MASKULIN

Tarikh tutup: 4 Jun 2023

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim