Revolusi kecerdasan buatan (AI) kini meresap ke dalam setiap aspek kehidupan kita. Ini termasuklah telefon pintar yang kini dianggap di antara industri yang menjadi pemain garis hadapan inovasi teknologi.
Satu perkara perlu kita sedari ialah AI kini bukan lagi konsep futuristik. Ia kini ada di hadapan kita dengan tawaran meningkatkan cara bagaimana untuk berkomunikasi, bekerja dan berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Di antara pemain industri yang cukup giat mengetengahkan teknologi AI di dalam peranti pintar ialah Samsung.
Dan sempena pengenalan Samsung Galaxy 24 Series baru-baru ini mereka turut menyertakan Galaxy AI sebagai ciri baharu yang dilaporkan akan turut wujud di dalam peranti siri ini di masa akan datang.
Tapi apakah itu Galaxy AI?
Secara asasnya, Galaxy AI merupakan sistem AI terbaru dari Samsung yang merujuk kepada rangkaian teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dikembangkan oleh Samsung untuk digunakan dalam ekosistem produk Galaxy mereka, termasuk telefon pintar, tablet, dan peranti pintar lainnya.
Teknologi ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna melalui pembelajaran mesin dan algoritma AI yang canggih, memungkinkan peranti untuk belajar dari kebiasaan pengguna dan menyesuaikan fungsi serta layanan secara dinamik untuk memenuhi kebutuhan individu.
Berikut beberapa ciri Galaxy AI yang diperkenalkan bersama-sama Galaxy S24 Series:
Ads
Live Translate – menyediakan terjemahan audio dan teks dua hala secara real-time semasa panggilan. Lebih baik lagi, AI dalam peranti bermakna perbualan adalah sepenuhnya peribadi tanpa perlu sambungan internet.
Interpreter – menterjemah perbualan secara real-time dalam skrin terpisah, membolehkan anda berbicara dengan seseorang secara bersemuka dan masih memahami mereka.
Chat Assist – menghasilkan perbualan teks untuk sepadan dengan nada dan kandungan.
Note Assist – mencipta ringkasan, menghasilkan templat dan menghasilkan kulit buku dalam aplikasi Samsung Notes.
Transcript Assist – menyalin, merumus dan menterjemah rakaman suara.
Circle to Search – membolehkan pengguna mencari apa saja di skrin dengan hanya melingkari, menyerlahkan, mengetuk atau mencoret pada imej atau perkataan.
Ads
Jadi bagaimakah AI mampu melakukan transformasi di dalam penggunaan telefon pintar? Berikut beberapa aspek yang mampu dipertingkatkan pengalaman penggunaan menjadi lebih menarik.
Peningkatan Asisten Maya
Asisten maya seperti Siri, Google Assistant, dan Bixby sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita.
Dengan kemajuan AI, asisten maya ini dijangka menjadi lebih pintar, lebih responsif, dan lebih intuitif. Mereka akan mampu memahami arahan suara dengan lebih baik, menawarkan cadangan yang lebih relevan berdasarkan konteks, dan bahkan mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas tanpa perlu diminta.
Kamera Canggih Dengan AI
Teknologi AI telah merevolusikan fotografi telefon pintar, memungkinkan kamera untuk mengenali wajah, lanskap, dan objek secara automatik untuk mengoptimakan pengaturan dan meningkatkan kualiti gambar.
Dengan AI, kamera telefon pintar di masa depan akan dapat menawarkan kemampuan yang lebih maju, seperti penyesuaian pencahayaan secara real-time, pengenalpastian adegan dengan lebih tepat, dan pengolahan gambar pascaproduksi yang automatik. Ini berarti bahwa pengguna dapat mengambil foto berkualiti profesional dengan usaha yang minimal.
Ads
Penggunaan Bateri Lebih Cekap
Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh pengguna telefon pintar adalah daya tahan bateri. AI berpotensi untuk mengatasi masalah ini dengan mengoptimalkan penggunaan bateri berdasarkan pola penggunaan individu.
AI dapat mempelajari aplikasi mana yang sering digunakan, kapan biasanya digunakan, dan menyesuaikan pengaturan daya untuk memaksimalkan umur bateri. Ini tidak hanya meningkatkan pengalaman pengguna tetapi juga memperpanjang umur peranti.
Kecerdasan buatan atau AI telah membuka jalan untuk inovasi yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam industri telefon pintar, menawarkan peningkatan yang signifikan dalam aspek-aspek seperti kemudahan penggunaan, fotografi, daya tahan bateri dan keamanan.
Seiring berjalannya waktu, AI akan terus mengubah cara kita berinteraksi dengan peranti pintar kita, menjadikan mereka lebih pintar, lebih responsif, dan lebih disesuaikan dengan kebutuhan individu kita.
Transformasi ini tidak hanya akan meningkatkan pengalaman pengguna tetapi juga mendorong batasan teknologi yang kita anggap mungkin hari ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Zepp Health Corporation, sebuah syarikat yang terkenal dengan teknologi boleh pakai pintar dan kesihatan, telah melancarkan Amazfit Active Edge pada 22 Disember 2023. Jam tangan pintar ini direka untuk pengguna yang lasak, penuh petualangan, dan kuat semangat.
Amazfit Active Edge menggabungkan kekuatan dan gaya jalanan dengan teknologi kesihatan terkini daripada Amazfit.
Sama ada meluncur di setengah gelongsor pada papan selaju atau melakukan lompatan BMX di atas pili bomba, Amazfit Active Edge mampu mengambil bahagian dalam aktiviti paling ekstrem dan banyak lagi.
Pemain papan selaju profesional, Haziq Ilham, berkata, “Yang menarik perhatian saya ialah mod sukan papan selaju pada Amazfit Active Edge! Ia merekod semua data yang berkaitan semasa latihan supaya saya dapat meningkatkan prestasi.
“Jam tangan ini tahan lasak dan sesuai untuk permukaan yang tidak rata dalam sukan ini. Gabungan warna dwi-tonanya menarik dan bergaya, sesuai untuk remaja yang mementingkan imej.
“Dengan kemampuan memuat naik imej tersuai, Amazfit Active Edge menjadi sebahagian daripada personaliti pengguna. Dengan harga ini, ia mudah diakses oleh semua yang mencari jam tangan pintar yang hebat,” tambahnya lagi.
CIRI PEMANTAUAN BAIK
Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan skrin sentuh HD AMOLED 1.32 inci yang bersalut anti-cap jari, hayat bateri 16 hari khas Amazfit, Sistem Satelit Navigasi Berbilang Global (Multi-GNSS), dan navigasi untuk pemetaan landskap bandar yang tepat.
Dikuasakan oleh AI, Zepp Coach menawarkan Bimbingan Latihan dengan data agregat seperti pemantauan denyut jantung 24 jam, SpO2, dan tekanan untuk merancang latihan yang disesuaikan.
Dengan lebih daripada 130 Mod Sukan dan 7 daripadanya dikesan secara automatik, ia menyegerakkan aktiviti ke adidas Running, Strava, komoot, Relive, Google Fit, dan Apple Health, semua melalui Zepp OS 2.0. Aplikasi yang mesra pengguna membolehkan anda menyesuaikan pilihan aplikasi anda daripada senarai yang luas.
Amazfit Active Edge tersedia dalam tiga warna dwi-ton: Lava Black, Midnight Pulse, dan Mint Green, setiap satu dengan tali unik yang bersinar, seunik mereka yang berani memakainya.
Rintangan airnya yang 10 ATM membolehkan atlet air ekstrem menggunakannya, baik untuk berselancar, bermain papan dayung, atau melompat tebing. Penduduk bandar tidak perlu bimbang tentang hujan, kerana rintangan airnya lebih dari cukup ketika melalui lopak.
Jam pintar ini mampu menjejak dan mengesan parkour, lompatan pelana, lompatan kucing, dan guling dengan yakin, sementara Amazfit Active Edge dapat mengesan kadar jantung dan oksigen darah walaupun setelah terhempas ke dinding. Ia terus menyampaikan notifikasi, permainan, dan ringkasan prestasi Peak Beats.
Bermula pada 22 Disember 2023, Amazfit Active Edge boleh didapati di Shopee di Pautan Shopee Amazfit dan Lazada di Pautan Lazada Amazfit, berharga RM599.00 dengan fon telinga percuma selagi stok masih ada.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan telefon pintar untuk segmen pertengahan masih lagi popular di kalangan pengguna konvensional bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Salah satu model yang cukup dinantikan ramai ialah Samsung Galaxy A55 yang baru diumumkan dan dikeluarkan baru-baru ini. Jadi apakah pembaharuan dan peningkatan model ini berbanding siri sebelumnya iaitu Galaxy A53?
Samsung Galaxy A55 hadir dengan saiz kotak yang lebih kurang sama dengan peranti siri A terdahulu dan juga S24 yang dikeluarkan dalam tempoh beberapa bulan lalu. Ia hadir dengan kotak tidaklah terlalu tebal dan semestinya kerana tidak disertakan bersama dengan palam pengecas.
Sama ada suka atau tidak, itulah satu normalisasi baharu dalam industri telefon pintar harus kita terima.
Di dalam kotak, selain telefon Galaxy A55, ia turut disertakan dengan wayar USB-C ke USB-C, SIM ejector dan juga beberapa keping dokumen ringkas berkenaan peranti ini.
LUARAN
Bagaimana dengan reaksi pandang pertama MASKULIN bila memegang peranti ini di tangan?
Sejujurnya dari segi rekaan, Samsung Galaxy A55 tidaklah kelihatan terlalu berbeza dengan siri terdahulunya, Galaxy A54. Namun apabila dilihat dengan lebih teliti anda akan perasan dua perkara penting iaitu dari segi saiz dan badannya.
Galaxy A55 hadir sedikit lebih besar kerana skrinnya pada kali ini lebih besar. Kali ini ia hadir sedikit lebih besar daripada pendahulunya kerana paparan juga telah menjadi lebih besar iaitu dengan paparan 6.6 inci Full HD + Super AMOLED dengan 120Hz refresh rate.
Kualiti binaannya juga agak berbeza apabila hadir dengan aluminium menjadikannya terasa lebih kukuh dan terasa lebih premium.
Ia juga lebih selesa untuk dipegang, hasil reka bentuk Key Island pada sisinya. Manakala di bahagian belakang pula ia hadir dengan kemasan kaca Gorilla Glass yang sedikit sebanyak memberikan estetika gaya namun masih mementingkan faktor ketahanannya.
SPESIFIKASI ASAS
Galaxy A55 dikuasakan oleh Exynos 1480 yang baru, sebuah SoC 4nm yang merupakan peningkatan kecil dari Exynos 1380 dari segi kuasa CPU tetapi peningkatan yang ketara dalam GPU kerana kini menggunakan GPU Xclipse 530 berasaskan AMD RDNA 2.
Peranti pintar ini dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang agak baik dan dikatakan mampu bertahan sekurang-kurangnya sepanjang hari.
Ia juga menyokong kelajuan pengecasan sehingga 25W, di mana jika dibandingkan dengan standard hari ini, bolehlah dikatakan agak memuaskan. Untuk mengetahui bagaimana prestasi baterinya, tunggu review lengkap dari MASKULIN tidak ama lagi.
Salah satu perkara yang cukup diangkat oleh Samsung menerusi peranti terbaru mereka kali ini ialah penambahan Samsung Knox Vault yang menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap serangan perangkat keras dan lunak dengan membangun lingkungan eksekusi yang aman yang secara fisik terisolasi dari prosesor utama sistem dan memori.
Secara tak langsung menjaga keselamatan anda apabila melayari web, email dan menggunakan aplikasi.
Samsung Knox Vault juga memastikan data peribadi kritikal seperti kata laluan tetap aman dan tidak dapat diakses oleh pengguna yang tidak ada akses di telefon anda dalam folder yang aman untuk ketenangan anda di masa akan datang.
Berikut merupakan spesifikasi asas Samsung Galaxy A55
6.6-inch FHD + Super AMOLED
120Hz refresh rate
2340×1080 pixels in resolution
Exynos 1480 chipset
Triple rear-facing cameras
Main: 50MP f/1.8; PDAF, OIS
Ultrawide: 12MP f/2.2; 123°
Macro: 5MP f/2.4; fixed focus
Selfie camera: 32MP f/2.2, HDR
12GB RAM
256GB storage
One UI 6.1, Android 14
5,000mAh battery
25W charging
IP67 rating
Untuk maklumat lanjut tentang peranti ini anda boleh layari laman sesawang Samsung Malaysia di sini. Nantikan review lengkap Samsung Galaxy A55 dari MASKULIN tidak lama lagi!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda pernah mendengar irama lagu yang menarik tetapi tidak tahu tajuk atau liriknya? Kini, anda tidak perlu risau lagi. YouTube Music telah memperkenalkan ciri terbaru yang membolehkan pengguna mencari lagu hanya dengan mendengungkan iramanya sahaja.
Ciri Youtube Music yang kini tersedia untuk pengguna Android itu menggunakan teknologi pengenalan suara yang canggih untuk membantu anda menemui lagu yang anda cari.
Apa Itu Ciri Humming?
Ciri humming di YouTube Music membolehkan anda mencari lagu dengan hanya mendengungkan irama lagu.
Teknologi ini menggunakan algoritma pembelajaran mesin untuk menganalisis irama yang didengungkan dan membandingkannya dengan pangkalan data lagu yang luas di YouTube Music.
Ini bermakna anda boleh menemui lagu yang sepadan dengan irama yang ada dengungkan dengan cepat dan tepat, tanpa perlu mengetahui tajuk atau liriknya.
Cara Menggunakan Ciri Humming
Untuk menggunakan ciri ini, ikuti langkah-langkah berikut:
Pastikan Aplikasi Dikemaskini:
– Pastikan aplikasi YouTube Music anda adalah versi terkini. Anda boleh mengemaskini aplikasi ini melalui Google Play Store bagi pengguna Android.
Buka Aplikasi YouTube Music:
– Setelah aplikasi dikemaskini, buka aplikasi tersebut pada telefon pintar anda dan log masuk ke akaun Google anda.
Tekan Ikon Carian:
– Di halaman utama aplikasi, tekan ikon kanta pembesar di bahagian atas untuk membuka halaman carian.
Kredit foto: CNET.
Aktifkan Ciri Humming:
– Tekan ikon mikrofon yang terletak di sebelah kotak carian untuk mengaktifkan ciri carian suara. Anda akan diminta untuk mula mendengungkan irama lagu yang ingin dicari.
Mulakan Humming:
– Dengungkan irama lagu tersebut dengan nada yang jelas dan stabil selama kira-kira 10-15 saat. Pastikan tiada gangguan bunyi latar belakang untuk hasil yang lebih tepat.
Tunggu Hasil Carian:
– YouTube Music akan memproses melodi yang anda dengungkan dan mencari padanan yang paling sesuai. Hasil carian akan dipaparkan dalam beberapa saat, menampilkan senarai lagu yang berkemungkinan padan dengan melodi tersebut.
Kredit foto: CNET.
Kelebihan Ciri Humming
Mudah & Pantas
– Ciri ini memudahkan anda mencari lagu tanpa perlu menaip lirik atau nama lagu. Anda hanya perlu mendengungkan melodi dan YouTube Music akan melakukan selebihnya.
Mesra Pengguna
– Antara muka yang intuitif dan mudah digunakan menjadikan ciri ini sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk mereka yang kurang celik teknologi.
Kepelbagaian Lagu
– Algoritma pengenalan suara YouTube Music mampu mengenal pasti pelbagai lagu dari pelbagai genre dan bahasa, memberikan anda hasil carian yang luas dan tepat.
Tips Mencari Lagu dengan Lebih Berkesan
Hum dengan Jelas
– Pastikan dengungan anda jelas dan tidak terganggu oleh bunyi latar belakang.
Fokus pada Melodi Utama
– Dengungkan irama yang paling dikenali atau berulang dalam lagu untuk hasil yang lebih tepat.
Periksa Sambungan Internet
– Pastikan sambungan internet anda stabil untuk mengelakkan gangguan semasa proses carian.
Dengan adanya ciri humming di YouTube Music, mencari lagu yang terngiang di minda anda kini lebih mudah dan cepat. Anda tidak lagi perlu berasa jengkel apabila tidak dapat mengenal pasti tajuk lagu kegemaran anda. Mulakan pengalaman mencari lagu dengan humming hari ini dan temui betapa mudahnya ciri ini dalam kehidupan seharian anda.