Dari gaya budak innocent, hingga ke stail lebih matang, revolusi fesyen Justin Bieber jelas kelihatan menyusuri usianya dalam bidang muzik.Setelah berada dalam industri muzik selama 15 tahun, Justin Bieber yang pada asalnya menjadi idola remaja-remaja dan telah menjadi bintang selebriti kesukaan ramai. Pelbagai pencalonan dan anugerah telah diperoleh oleh Bieber.
Ini gaya Bieber yang meletupkan namanya pada usia 15 tahun. Pada tahun 2009, penyanyi ini mencairkan hati banyak remaja-remaja di seluruh dunia.
Wajah Bieber yang nerd sedikit sebanyak membuatkan kejayaan untuk kerjaya beliau. Album My World Justin mendapat jualan yang tidak terjangka di pasaran, termasuk One Less Lonely Girl. Pembuatan album ini dibantu oleh mentor Usher. Pengkritik muzik menganggap Bieber sebagai klon mini Chris Brown atau Ne-Yo.
Bieber mempunyai gaya rambut baru pada tahun 2010 dan gaya barunya membuatkan ramai peminat Bieber cair dan terus menggila. Bieber memilih gaya ini supaya nampak lebih matang. Pada tahun ini Bieber mengungguli carta Billboard Top 100 untuk lagu Love Me dan Favorite Girl.
Bieber lebih berani untuk meneroka serta mencuba pelbagai pilihan penampilan baru. Dalam gambar di atas Bieber mencuba gaya Old Hollywood dengan sut tali pinggang.
Justin kelihatan lebih dewasa dan menjadi lebih matang, tidak lagi kelihatan comel. Walau bagaimanapun, Justin masih dapat menawan hati ramai peminat-peminat beliau. Kali ini, Justin bereksperimen dengan gaya rambut pompadour. Tidak semua orang sesuai dengan gaya rambut ini, tetapi kelihatan wajah tampan Bieber akan tetap menawan dengan gaya rambut apa pun. Nampaknya Bieber sangat selesa dengan gaya ini dan Bieber mengekalkan gaya rambut ini untuk beberapa tahun.
Pengembaraan Justin dalam mencari gaya paling hebat bermula tahun ini. Pelbagai gaya dan kelihatan dia mencuba, berambut perang platinum, gaya cornrows, man bun, dan mula menambah koleksi tatunya. Tahun ini ialah apabila Bieber menerima empat pencalonan grammy dan memenangi Grammy pertamanya untuk lagu Where Are You Now bekerjasama dengan Skrillex dan Diplo.
Satu lagi pencapaian adalah apabila dia mengeluarkan lagu Cold Water dan membuat lawatan konsert yang meletup dan mendapat sambutan yang tidak dijangka. Cold Water juga menembusi Billboard 100 dan carta iTunes. Gaya rambut dreadlocks-nya yang menjadi kontroversi kerana ia dianggap mengganggu kaum tertentu. Bieber menerima banyak kritikan untuk pemilihan gayanya kali ini, dia menjelaskan, “Orang kata saya mahu menjadi hitam dan sebagainya, dan terus terang, ini hanya rambut saya.”
Pada tahun 2017 Justin mengeluarkan album Purpose yang mudah menjadi lagu teratas di mana-mana carta dunia. Kematangan vokal dan penampilan Justin menjadikan album itu sebagai bestseller di seluruh dunia dan Bieber membuat Tour Purpose Justin ke 150 bandar di seluruh dunia. Bukan sahaja kerjaya yang berjaya, Bieber juga dikhabarkan menjalin hubungan dengan Selena Gomez.
Gaya Justin pada tahun 2017 tidak terlalu banyak perubahan tetapi kadang-kadang kelihatan Bieber mengubah gaya rambut dan stail pemakaian.
New Year, New Me! Mungkin frasa ini dipegang oleh Justin. Pada pertengahan tahun lalu, Bieber mengubah penampilan beliau. Gaya skater beliau pada tahun 2017 telah dilupakan dan rambut diwarnakan dengan lebih terang untuk seperti seorang surfer (peluncur air).
Pada tahun ini hubungan beliau bersama Selena Gomez lebih terbuka. Jelena tidak lagi teragak-agak untuk berkongsi kasih sayang di khalayak ramai. Dari kesemua revolusi Bieber, yang mana satu pilihan anda?
Sumber : hangat.com