Tidak dinafikan francais filem ‘Fast and Furious’ merupakan antara yang paling laris di dalam dunia perfileman global. Setiap filemnya yang pernah mengetengahkan aksi kereta, jentera perang, kapal selam, kereta kebal malah kapal selam sering mendapat kutipan box-office yang menjadi antara filem-filem terlaris sepanjang zaman.

Trailer Terbaru ‘Fast and Furious 9’ Sarat Dengan Aksi Luar Biasa, Termasuklah Jet Pejuang!

Buat peminat kereta dan juga filem aksi, inilah francais yang cukup dekat dihati anda semua. Dan semalam trailer terbaru filem terbarunya, ‘Fast and Furious 9’ telah pun diperkenalkan yang sekali gus menjadi topik tular diperkatakan di laman media sosial.

Trailer Terbaru ‘Fast and Furious 9’ Sarat Dengan Aksi Luar Biasa, Termasuklah Jet Pejuang!
Letty (Michelle Rodriguez) dan Dom (Vin Diesel)
Trailer Terbaru ‘Fast and Furious 9’ Sarat Dengan Aksi Luar Biasa, Termasuklah Jet Pejuang!
Dom (Vin Diesel) dan Jakob (John Cena)

Tahun lalu sebenarnya kita telah dihidangkan dengan first look filem yang turut diberi gelaran ‘F9’ ini dengan trailer pertamanya dikeluarkan pada Januari 2020. Namun mungkin disebabkan pandemik yang berlaku tahun lalu menyaksikan ia telah disimpan buat seketika.

IKLAN
Trailer Terbaru ‘Fast and Furious 9’ Sarat Dengan Aksi Luar Biasa, Termasuklah Jet Pejuang!
Han (Sung Kang) dan Roman (Tyrese Gibson)

Tapi penantian itu bakal berakhir apabila United International Pictures Malaysia mengumumkan filem ‘Fast and Furious 9’ akan ditayangkan di seluruh negara pada 24 Jun 2021.

Menerusi trailer ini kita dapat saksikan tema kekeluargaan masih lagi menjadi teras utama atau nadi jalan ceritanya. Kali ini, Dominic Toretto dan rakan-rakannya harus berdepan dengan adiknya, Jakob yang digelar sebagai pembunuh upahan berskil tinggi serta pemandu paling hebat yang pernah mereka hadapi.

IKLAN

Jakob tampil bekerjasama dengan karakter antagonis lakonan Charlize Theron iaitu Cipher. Turut melakukan kemunculan semula menerusi siri kali ini ialah Han Lue lakonan Sung Kang yang sebelum ini disangka telah meninggal dunia pada penghujung filem ‘Tokyo Drift’.

IKLAN

Trailer Terbaru ‘Fast and Furious 9’ Sarat Dengan Aksi Luar Biasa, Termasuklah Jet Pejuang! Trailer Terbaru ‘Fast and Furious 9’ Sarat Dengan Aksi Luar Biasa, Termasuklah Jet Pejuang!

Berdasarkan trailer terbarunya, plot ‘F9’ mungkin melibatkan teknologi magnet di mana ada ketika Tej Parker dan Roman Pearce memakai pressure suits.

Jadi anda pastinya tak sabar lagi nak menonton filem ini bukan!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI