Bagi peminat setia Daniel Craig, filem terbaru ‘No Time To Die’ pasti memberikan satu perasaan bercampur-aduk.

Keberkesanan Daniel Craig membawakan watak perisik paling popular di dunia, James Bond telah meletakkan dirinya sebagai antara aktor disegani.

Trailer filem terbaru James Bond lakonannya telah dikeluarkan semalam dan ia memaparkan aksi-aksi yang sememangnya sentiasa dinantikan oleh peminat francais ini.

IKLAN

Ia merupakan filem kelimanya membawakan wataK James Bong agi aktor berusia 51 tahun ini. Lebih menarik, watak antagonis bernama Safin dibawakan oleh pelakon hebat Rami Malek yang sebelum ini memenangi pelbagai anugerah menerusi filem ‘Bohemian Rhapsody’.

Trailer Filem James Bond Terakhir Daniel Craig, ‘No Time To Die’ Jadi Bualan Ramai Trailer Filem James Bond Terakhir Daniel Craig, ‘No Time To Die’ Jadi Bualan Ramai

IKLAN

Menerusi ‘No Time To Die’, James Bond telah meninggalkan kariernya sebagai perisik dan kini menikmati saki-baki kehidupannya di Jamaica. Namun ketengan yang dinikmatinya tidak berpanjangan apabila kawan lamanya Felix Leiter dari CIA tiba-tiba muncul ingin mendapatkan pertolongan.

IKLAN

Misinya adalah menyelamatkan seorang saintis yang sebenarnyua mempunyai sejarah cukup hitam daripada apa yang mereka jangkakan.

Filem ini akan ditayangkan di negara kita pada 9 April 2020. Jadi kepada peminat Daniel Craig ini pastinya filem yang tak boleh anda lepaskan!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI