Sukan nombor satu di dunia, bola sepak sebenarnya amat jarang sekali melibatkan tragedi melibatkan kematian. Namun, risikonya masih ada kerana ia merupakan sejenis sukan fizikal atau contact sport.
Terbaru dunia bola sepak di seluruh dunia digemparkan dengan satu tragedi menimpa seorang pemain muda berusia 17 tahun yang meninggal dunia selepas terkena sepakan di perut ketika satu perlawanan berlangsung.
Mangsa, Wassim Jazzar merupakan pemain kelab bola sepak amatur di Algeria dilaporkan mengalami kecederaan membawa maut dalam satu insiden tidak sengaja ketika bertembung dengan pemain pertahanan dari pasukan lawan.
🚨 Tragedia en Argelia por el fallecimiento de un joven jugador de 17 años tras una grave patada durante el partido
Menerusi satu video yang telah tular, insiden tersebut berlaku pada saat Wassim berusaha menguasai bola dan tanpa diduga, dia ditendang di bahagian perut oleh seorang pemain lawan yang menyebabkannya jatuh terbaring di atas padang.
Ads
Segera setelah itu, pertandingan dihentikan dan pemain dari kedua pasukan bergegas mendekatinya untuk memberikan pertolongan.
Pasukan perubatan juga dilihat bekejaran ingin memberikan rawatan awal kepada mangsa. Selepas beberapa ketika Wassim kemudiannya dibawa ke hospital dengan menggunakan kendaraan umum.
Menurut laporan dari media setempat tiada ambulans atau doktor yang tersedia di kawasan padang tersebut.
Namun umurnya tidak panjang selepas dia diberitakan meninggal dunia dengan laporan menyebut ‘sepakan maut’ sebagai penyebab kematiannya.
Ads
Media di Algeria melaporkan bahwa Wassim meninggal tidak lama setelah insiden tersebut.
Kejadian malang ini merupakan satu pukulan berat bagi dunia bola sepak tidak lama setelah komuniti bola sepak Colombia berduka atas kehilangan Guillermo Beltran, seorang penyerang untuk Real Santa Cruz, yang rebah dan meninggal dunia ketika sesi latihan selepas mengeluhkan berasa peming dan mual.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semakin lama kita berada di rumah sepanjang PKP atau lockdown mungkin semakin bosan dengan rutin senaman harian. Itulah sebenarnya di antara cabaran yang harus kita harungi kerana bersenam seorang diri.
Namun ada beberapa cara untuk kita elak rasa bosan. Salah satunya melakukan senaman yang memberikan fokus kepada bahagian tertentu pada badan. Bagi lelaki di antara baagian badan yang sering diberikan perhatian ialah otot pada bahagan dada atau upper body.
Lihat sajalah badan pelakon aksi terutamanya filem superhero. Hampir kesemuanya mempunyai dada yang cukup bidang dan bentuk yang cantik. Anda juga mampu dapatkan otot badan atau upper body seperti itu!
MASKULIN ingin kongsi sebanyak lima jenis senaman bahagian dada yang boleh anda lakukan sendiri sepanjang tempoh berada di rumah tatkala berdepan ‘lockdown’.
Jom sama-sama kita cuba!
BAND CHEST FLY
Bentuk senaman pemanas badan yang terbaik boleh anda lakukan khusus untuk bahagian dada. Pergerakan senaman ini juga mampu meregangkan tangan dan bahagian dada dengan kadar tenaga yang optimum.
Dapatkan dua tali senaman dan ikatkan di bahagian stabil. Pegang di kedua belah hujung dan lakukan gerakan ke depan. Bengkokkan badan sedikit ke depan dan cuba rapatkan kedua belah tangan yang memegang hujung tali.
BATWING FLY
Senaman ini pula merupakan jenis senaman yang memerlukan anda berbaring. Mulakan dengan beban yang ringan dan tingkatkannya sedikit demi sedikit.
Caranya mudah saja. Duduk atau baring di atas bangku senaman dengan kedua belah tangan memegang dumbbells. Luruskan kedua belah tangan dan angkat beban tersebut. Ini boleh merangsang otot bagaian dada untuk menjadi lebih fleksibel dan lebih pejal.
INCLINE DUMBBELL BENCH PRESS
Untuk melakukan senaman ini anda juga perlu menggunakan dua dumbbells dan juga kerusi senaman backrest. Pegang kedua-dua dumbbells di atas bahagian dada. Luruskan tangan ke atas dan perlahan-lahan bawa ia ke bawah paras dada. Ulang sebanyak 8 kali dan rehat.
CABLE FLY
Pasangkan tali senaman yang boleh regang di bahagian kiri dan kanan. Pastikan ia dipasang pada paras kepala. Pegang kedua hujung tali dan rapatkan tangan anda ke bawah.
Tangan dan lengan anda akan ‘dikerjakan’ dengan meregangkan bersama talit tersebut. Selepas ditarik ke bawah perlahan-lahan lepaskan regangan itu kembali ke tempat asal. Ulang sebanyak beberapa kali.
DECLINE DUMBBELL BENCH PRESS
Satu lagi bentuk senaman dada terbaik dengan menggunakan dumbbells. Baring di atas kerusi senaman. Letakkan kaki anda di bahagian penahan yang terdapat di kerusi tersebut. Pegang kedua-dua dumbells pada paras dada dengan tangan tang lurus.
Tangan anda harus menghadap ke bahagian kaki dan berat dumbbells berada di luar bahagian bahu. Rendahkan dubmbbelss secara perlahan ke bahagan dada, berhenti seketika dan angkat ke bahagian atas semula.
Semoga 5 jenis senaman ini dapat membantu anda mendapatkan dada yang mantap dan hebat.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video senaman menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Skill bola adalah antara satu sebab mengapa kita menonton perlawanan bola sepak selain kita meminati kelab atau pemainnya. Kebolehan pemain ‘menari’ dengan bola di kaki adalah satu kemahiran yang sangat berguna untuk menewaskan pemain lawan dalam situasi 1v1. Terdapat beberapa pemain yang sangat berbakat sehingga mampu mencipta skill mereka sendiri (signature skill). Oleh itu, kami kumpulkan 10 pemain yang mempunyai signature skill mereka sendiri.
The Maradona Turn/Roullette
The Maradona Turn adalah sesuatu yang ramai kanak-kanak praktikkan kerana ia sangat berguna ketika sedang bermain di waktu lapang. Tidak banyak peluang atau kesempatan yang ada untuk melakukan aksi ini dalam sesebuah perlawanan, tetapi ia mewakili satu daripada banyak tipu helah yang terkenal dalam bola sepak.
Zinadine Zidane juga antara lagenda yang kerap menggunakan teknik ini untuk melepasi kawalan pihak lawan.
Saksikan aksi-aksi Maradona di bawah.
The Cruyff Turn
Ini yang dikatakan kebijaksanaan yang asli. Mungkin bagi sesiapa yang mencubanya buat kali pertama akan gagal dan terjatuh. Itu adalah perkara biasa. Agak sukar untuk melakukan teknik ini tanpa kemahiran yang tinggi namun dengan latihan yang berterusan ia mampu menjadi sesuatu yang praktikal dalam sesebuah perlawanan.
The Ronaldinho Gaucho Snake
The Snake atau Elastico adalah satu teknik yang rumit untuk dihasilkan. Mungkin ia juga adalah teknik yang paling sukar dalam bola sepak.
Beberapa pemain pernah melakukan teknik ini selain Ronaldinho, seperti Rivelino dari Brazil yang dianggap pencipta sebenar gerakan yang unik ini namun The Magician, Ronaldinho adalah pemain yang telah mempopularkan gerakan pemusnah ini.
Buktinya jelas dapat disaksikan dalam video yang disediakan di bawah. Lihat sahaja bagaimana bintang Brazil ini menewaskan pihak lawan dengan sangat berkesan. Anda boleh mencuba melakukannya jika mampu.
The Ferenc Puskas Pullback
Teknik Ferenc Puskas sentiasa diangkat sebagai pemain Hungary terbaik dalam sukan bola sepak dan beliau telah mencipta satu teknik yang digelar “Pullback V” ketika zaman kegemilangannya.
Pada masa kini, teknik ini telah digunakan secara meluas dan adalah ‘aset’ yang perlu ada pada diri setiap pemain.
Video dibawah adalah bagi mengenang lagenda Real Madrid tersebut. Saksikan bagaimana beliau melakukan teknik ini.
The Juan Roman Riquelme Move
Teknik atau kemahiran ini jarang dapat anda saksikan. Kenapa ya? Kerana ia adalah sangat sukar untuk dilakukan dan hanya pemain yang sangat berbakat yang berani melakukannya dalam suatu perlawanan rasmi. Juan Roman Riquelme adalah salah seorang pemain yang sangat berbakat yang telah mewarnai permainan bola sepak dan beliau dianugerakan sepasang kaki yang hebat untuk menjayakan teknik ini.
Sangat menakjubkan bukan?
The Robinho Pullback
Satu lagi teknik yang sukar, tetapi Robinho menjadikannya kelihatan mudah.
Gerakan ini sangat berkesan dalam ruang yang sempit, jika anda memiliki keseimbangan dan ketangkasan yang baik.
The Scissor/Bicycle Kick
Siapakah pemain yang menciptanya? Pemain Peru, Chile, Brazil, Itali dan banyak lagi negara semuanya mengatakan mereka yang telah mencipta teknik ini. Namun Pele adalah pemain terkenal yang pernah menggunakannya dan membuatkan dunia mengenali teknik yang hebat ini. Ia adalah antara teknik yang sukar untuk dilakukan memandangkan anda mungkin akan hilang keseimbangan dan berada dalam keadaan terbalik.
Video dibawah menunjukkan antara gol-gol cantik yang dihasilkan melalui teknik Sciccors atau Bicycle Kick.
Jay-Jay Okocha – The Rainbow
Terdapat kesangsian tentang siapakah pencipta teknik The Rainbow ini, namun Jay-Jay Okocha telah menjadi pemain yang mempopularkan gerakan ini dalam perlawanan bola sepak yang kompetitif. Video yang disediakan menunjukkan bagaimana Okocha melakukan teknik The Rainbow. Beberapa teknik lain di dalam senarai ini juga telah dihasilkan lagenda Nigeria tersebut di dalam video ini. Anda tidak akan jemu menonton aksi beliau.
The Step-over
Siapa pula pencipta The Step-Over? Ramai pemain dari era terdahulu telah menampilkan teknik yang sangat efektif ini terutamanya pemain-pemain Brazil, seperti Ronaldo, Denilson, dan Amantino Mancini. Kemudian datang pula pemain seperti Robinho dan Ronaldinho yang dilihat berjaya mempraktikkan teknik ini dengan sempurna berbanding pemain-pemain lain. Pada hari ini, pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Riyad Mahrez, dan beberapa lagi pemain lain telah meneruskan teknik yang menghiburkan ini.
Saksikan video dibawah yang menyaksikan bagaimana pemain lawan yang tertipu dengan helah dan gerakan kaki yang pantas ini.
Kerlon – The Seal Dribble
Satu teknik yang jarang dipraktikkan, tetapi tetap sesuatu yang agak menarik untuk disaksikan, iaitu Seal Dribble. Pemain yang tidak begitu terkenal namun terkenal dengan teknik ini adalah Kerlon, juga dari Brazil. Beliau mempu untuk lari dalam jarak yang agak jauh sambil mengimbang bola di kepalanya, dengan menanduk bola perlahan-lahan secara berulang kali.
Namun agak malang teknik ini sering kali menyebabkan beliau disiku dibahagian kepala oleh pihak lawan.
Saksikan aksi Kerlon dalam video dibawah.
Pada masa kini, terdapat banyak video yang mengajar kita semua bagaimana untuk melakukan teknik-teknik yang menarik ini. Anda juga mungkin boleh mempelajarinya dan mempraktikkannya. Semoga berjaya!
Rujukan: bleacherreport.co
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyakit diabetes di Malaysia bukan hanya dihidapi oleh golongan tua. Malah, golongan muda juga turut terjebak. Maka tidak hairanlah Malaysia berada pada kedudukan ke-10 paling ramai pengidap diabetes.
Risau dengan risiko diabetes dan mahu kurangkan makan makanan manis tetapi tidak berjaya? Ikut cara di bawah ini.
1. Kalau anda seorang penggemar minuman berkarbonat, kami faham bagaimana rasa payahnya untuk berhenti minum apatah lagi dengan serta merta. Badan anda sudah terbiasa dengan kandungan gula tinggi dan ia sentiasa menimbulkan rasa ingin menikmati ‘kemanisan’ berkarbonat secara berterusan.
Cuba gantikan minuman tersebut dengan minuman soda diet rendah yang boleh mengurangkan kalori dan kemudian letakkan beberapa hirisan buah seperti lemon. Nampak seperti tiada apa. Sebenarnya dengan cara ini, anda berjaya mengurangkan 10 sudu gula seperti kebiasaan yang terdapat dalam satu tin minuman bergas.
2. Minuman yogurt perisan buah biasanya mempunyai kira-kira 30 gram gula untuk setiap hidangan. Kalau teringin sangat makan yogurt, makanlah yogurt kosong. Untuk ‘balas’ rasa kosong itu masukkan sedikit buah-buahan segar yang anda potong sendiri dengan sedikit kulit kayu manis. Sedar tak sedar, anda sudah berjaya kurangkan dua hingga empat sudu gula ketika menikmati yogurt.
3. Cuba lupakan snek ringan seperti gula-gula, biskut atau cokelat. Sebaliknya, gantikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan yang tinggi serat seperti epal dan beri ataupun bertih jagung. Dengan cara ini, anda berjaya kurangkan kira-kira dua hingga 10 sudu gula.
4. Pencuci mulut tidak semestinya perlu manis dan elakkan yang mempunyai banyak kandungan gula. Ambil pencuci mulut semula jadi seperti buah limau gedang, tembikai atau buah pic. Dengan cara ini, anda berjaya kurangkan dua hingga 10 sudu gula.
Kesimpulannya, tiada orang yang tidak suka makanan manis. Tetapi anda perlu mengawal jumlah kemanisan dalam makanan sebaik mungkin. Satu lagi fakta menggerunkan ialah bukan orang yang mengalami masalah berat badan sahaja yang boleh terkena diabetes.
Malah, mereka yang berbadan kurus juga tidak terkecuali. Penyakit diabetes juga boleh menjejaskan keupayaan anda sebagai lelaki daripada segi kesuburan dan masalah ereksi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.