Tragedi pesawat Beechcraft Premier 1 yang berlaku di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos tahun lalu masih menjadi perbincangan.
Ini terutama dengan laporan akhir daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menerusi laporan tersebut telah mendedahkan beberapa faktor penting yang menyebabkan nahas ini.
Berikut adalah beberapa poin utama yang merangkumi kesimpulan daripada laporan tersebut:
Tindakan Tidak Sengaja
Nahas berlaku akibat tindakan peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’ yang dilakukan semasa pemeriksaan sebelum pendaratan.
Lift dump spoiler adalah komponen penting yang mengurangkan daya angkat sayap pesawat ketika mendarat, tetapi kesilapan pengendalian ini menyebabkan pesawat kehilangan daya angkat secara mendadak.
Ads
Kehilangan Kawalan
Akibat pengaktifan tidak sengaja tersebut, pesawat mengalami kehilangan kawalan yang dahsyat, lantas membawa kepada tragedi yang meragut nyawa kesemua penumpang dan kru, serta dua individu di darat.
Kurangnya Latihan dan Kesedaran
Laporan BSKU turut menekankan kekurangan latihan kru penerbangan serta kurangnya kesedaran mengenai operasi sistem ‘lift dump’ sebagai faktor penyumbang utama.
Pembantu juruterbang tidak mempunyai pengetahuan mencukupi tentang risiko yang berkaitan dengan sistem ini, yang menyebabkan kesilapan operasi berlaku.
Penyusunan Tempat Duduk Tidak Ikut Protokol
Laporan juga mendapati susunan tempat duduk kru yang bertentangan dengan protokol, di mana juruterbang utama berada di kerusi kanan manakala pembantu juruterbang di kerusi kiri.
Ads
Penyimpangan ini dipercayai menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan serta pengurusan sumber kru yang lemah.
Fokus Kepada Pencegahan
Laporan siasatan ini menekankan bahawa tujuan utamanya adalah untuk mencegah kemalangan serupa daripada berulang, bukan untuk menuding kesalahan.
Pihak berkepentingan digesa untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang disyorkan bagi meningkatkan keselamatan penerbangan dan mengurangkan risiko berkaitan kesilapan operasi.
Ads
Pengajaran dari Tragedi
Tragedi ini adalah peringatan pahit tentang pentingnya latihan yang mencukupi dan pematuhan kepada prosedur operasi dalam memastikan keselamatan penerbangan.
Setiap individu dalam industri penerbangan perlu memikul tanggungjawab ini dengan serius untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.
Nahas ini, selain menjadi detik sedih untuk mengenang mereka yang terkorban, juga harus menjadi dorongan kepada industri penerbangan untuk memperbaiki aspek keselamatan dan latihan, demi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak beberapa hari lalu sudah mula tular di laman media sosial dan juga portal berita tempatan tentang kebanjiran kenderaan yang cuba untuk melakukan pergerakan rentas.
Walaupun kerajaan telah berulang kali memberikan amaran nampaknya masih ada yang keras kepala ingin melakukan rentas negeri kerana ingin pulang beraya di kampung. Ini secara tidak langsung menyebabkan kesesakan lalu libtas terutamanya di lebuhraya yang menuju keluar dari Lembah Klang dan sempadan negeri.
Melihatkan perkara tersebut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi berkata kerajaan tidak lagi membenarkan perjalanan rentas negeri. Orang ramai juga tidakperlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan kerana kerajaan sudah bersetuju untuk tidak membukan peluang sebarang perjalanan rentas negeri.
Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan kompaun kepada semua kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika mereka cuba melakukan pergerakan rentas negeri.
Beginilah trafik beberapa hari lepas di sebuah plaza tol.
Tambahnya lagi semalam sudah tular kes seorang wanita yang positif Covid-19 yang melakukan rentas negeri. Maka kerajaan tidak lagi akan berkompromi dan tolak ansur dalam hal rentas negeri.
Untuk rekod semalam sahaja menyaksikan sebanyak 2,412 kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana cuba melakukan rentas negeri.
“Kita sudah nasihat, sudah beri peringatan supaya tidak melakukan rentas negeri pada perayaan Aidilfitri ini tetapi masih ada yang cuba berbuat demikian. Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri,” jelasnya lagi.
Orang ramai dinasihatkan untuk lupakan sahaja hasrat untuk balik kampung dan terus tinggal di mana mereka berada. Terimalah hakikat bahawa Aidilfitri tahun ini sungguh berbeza. Di mana semangat ‘kita jaga kita’ yang telah kita laungkan selama ini?
Stay home & sambut raya!
Sumber: Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun 50 peratus bagi saman-saman tertentu bermula 25 hingga 29 Mac ini bersempena dengan Hari Polis ke-213.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan melancarkan kempen pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari tersebut.
“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara dalam talian berikutan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac.
“Ini merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Azisman berkata pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my DAN www.rilek.com.my.
“Inisiatif ini diberikan sebagai langkah untuk meringankan beban ditanggung oleh masyarakat,” jelasnya.
Mahu atau tidak laman media sosial kini telah menjadi sebahagian hidup kita yang sangat signifikan. Ia kini bukan lagi menjadi medium untuk perkongsian foto atau video semata malah telah menjadi platform bersifat 360 darjah.
Pelbagai bentuk kandungan telah dihasilkan sama ada oleh individu, kumpulan mahu pun organisasi. Boleh dikatakan kita sekarang hidup di zaman keemasan content yang pelbagai bentuk.
Salah satu platform yang cukup popular sekarang ialah TikTok. Jika dahulu TikTok ini dikaitkan dengan pengguna yang berusia belasan tahun yang ingin berkongsi lenggok tarian semata kini ia telah berkembang menjadi lebih dari itu.
Lihat sahajalah pelbagai profesion turut berkongsi karenah mereka seharian di pejabat. Malah peguam pun sekarang menggunakan TikTok untuk serlahkan bakat tarian tradisional mereka. Jangan main-main.
Bagi pengguna individu pula menggunakan platform seperti ini harus datang dengan tanggung jawab tersendiri. Mungkin apa yang kita lakukan mengguris hati mana-mana pihak?
Foto hiasan: later.com
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita di Damascus, Syria yang telah diceraikan oleh suaminya gara-gara memuat naik sebuah video. Laporan GulfNews berkata, lelaki tersebut menceraikan isteriya selepas mendapati video rakaman wanita tersebut membuat kerja rumah di muat naik di TikTok.
Menerusi rakaman video itu, wanita tersebut menggunakan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki tersebut berada di bawah kawalan isteri atau ‘takut bini’.
Lagu yang dianggap sebagai provokasi itu menyebabkan suaminya berang dan hilang sabar lalu menceraikannya serta-merta. Lagu berjudul ‘Mesaytara’ yang bermaksud ‘saya dominan’ atau ‘saya akan mengawal awak’ merupakan nyanyian dari penyanyi Syria, Lamis Kan.
Menariknya tentang lagu tersebut ia bukan kali pertama itu membawa kepada perceraian. Terdapat dua lagi kes perceraian dilaporkan di Iraq dan Jordan yang berpunca lagu tersebut.
Kerana lagu badan binasi. Aduhai!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.