Hari Sabtu lalu merupakan antara detik paling hitam dalak sejarah bola sepak Indonesia dan dunia amnya. Tidak ada penonton yang harus maut ketika pergi ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.
Namun itulah yang terjadi selepas perlawanan di antara Arema FC dan Persebaya. Sehingga kini, jumlah kematian yang dilaporkan telah mencecah 182 orang dan dipercayai angka itu akan meningkat berikutan masih ramai yang berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Sejurus tamat perlawanan segelintir penyokokg Arema FC telah measuki padang mungkin untuk melahirkan rasa tidak puas hati selepas pasukan mereka tewas di tangan seteru utama, Persebaya.
Tidak ada siapa yang menyangka kejadian susulan meragut cukup ramai nyawa penyokong Arema FC. Menteru Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Mahfuz MD menjelaskan kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas.
“Perlu saya tegaskan bahawa tragedi Kanjuruhan itu bukan akibat rusuhan antara penyokong Persebaya dan Arema kerana pada perlawanan itu, penyokong Persebaya tidak boleh ikut menonton. Penyokong di lapangan hanya dari pihak Arema.
““Oleh sebab itu, mangsa korban pada umumnya meninggal dunia akibat desak-desakan, saling himpit dan terinjak-injak serta sesak nafas. Tidak ada korban akibat dipukul atau dianiaya antara penyokong,” jelasnya yang memuat naik kenyataan di laman media sosial Instagram.
Tambahnya lagi, sebanyak 42,000 ribu ttiket dicetak sedangkan stadium tersebut hanya mampu memuatkan 38,000 orang penonton.
“Sebenarnya, sejak sebelum perlawanan, pihak penganjur sudah boleh menjangka melalui koordinasi dan cadangan teknikal di lapangan.
“Misalnya, supaya perlawanan dilaksanakan pada waktu petang, bukan malam dan jumlah penonton disesuaikan dengan kapasiti stadium iaitu 38,000 orang,” katanya.
Namun, katanya cadangan tersebut tidak diambil tindakan oleh penganjur apabila perlawanan tetap diadakan pada waktu malam dan tiket yang dicetak sebanyak 42,000.
Selain kapasiti stadium, tindakan pihak berkuasa Indonesia turut dipersoalkan terutama kerana menggunakan gas pemedih mata terhadap penonton yang lari ke pintu-pintu keluar stadium akibat panik, sekali gus mengakibatkan ramai mangsa dipijak dan mengalami sesak nafas.
Semoga siasatan yang telus dapat dilaksanakan agar keadilan dapat ditegakkan buat mangsa yang tidak bersalah. Dan diharapkan perkara ini juga dijadikan pengajaran buat penganjur, peminat dan pihak berkuasa agar perkara sama tidak berlaku di negara kita.
Kredit: Astro Awani