Hari Sabtu lalu merupakan antara detik paling hitam dalak sejarah bola sepak Indonesia dan dunia amnya. Tidak ada penonton yang harus maut ketika pergi ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.
Namun itulah yang terjadi selepas perlawanan di antara Arema FC dan Persebaya. Sehingga kini, jumlah kematian yang dilaporkan telah mencecah 182 orang dan dipercayai angka itu akan meningkat berikutan masih ramai yang berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Sejurus tamat perlawanan segelintir penyokokg Arema FC telah measuki padang mungkin untuk melahirkan rasa tidak puas hati selepas pasukan mereka tewas di tangan seteru utama, Persebaya.
Tidak ada siapa yang menyangka kejadian susulan meragut cukup ramai nyawa penyokong Arema FC. Menteru Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Mahfuz MD menjelaskan kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas.
TIDAK DIPUKUL ATAU ANIAYA
“Perlu saya tegaskan bahawa tragedi Kanjuruhan itu bukan akibat rusuhan antara penyokong Persebaya dan Arema kerana pada perlawanan itu, penyokong Persebaya tidak boleh ikut menonton. Penyokong di lapangan hanya dari pihak Arema.
Ads
““Oleh sebab itu, mangsa korban pada umumnya meninggal dunia akibat desak-desakan, saling himpit dan terinjak-injak serta sesak nafas. Tidak ada korban akibat dipukul atau dianiaya antara penyokong,” jelasnya yang memuat naik kenyataan di laman media sosial Instagram.
Tambahnya lagi, sebanyak 42,000 ribu ttiket dicetak sedangkan stadium tersebut hanya mampu memuatkan 38,000 orang penonton.
“Sebenarnya, sejak sebelum perlawanan, pihak penganjur sudah boleh menjangka melalui koordinasi dan cadangan teknikal di lapangan.
Ads
“Misalnya, supaya perlawanan dilaksanakan pada waktu petang, bukan malam dan jumlah penonton disesuaikan dengan kapasiti stadium iaitu 38,000 orang,” katanya.
Namun, katanya cadangan tersebut tidak diambil tindakan oleh penganjur apabila perlawanan tetap diadakan pada waktu malam dan tiket yang dicetak sebanyak 42,000.
Ads
Selain kapasiti stadium, tindakan pihak berkuasa Indonesia turut dipersoalkan terutama kerana menggunakan gas pemedih mata terhadap penonton yang lari ke pintu-pintu keluar stadium akibat panik, sekali gus mengakibatkan ramai mangsa dipijak dan mengalami sesak nafas.
Semoga siasatan yang telus dapat dilaksanakan agar keadilan dapat ditegakkan buat mangsa yang tidak bersalah. Dan diharapkan perkara ini juga dijadikan pengajaran buat penganjur, peminat dan pihak berkuasa agar perkara sama tidak berlaku di negara kita.
Tiada pengalaman bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Selagi ada kemahuan dan kesabaran, hasil yang akan diperoleh pasti terbaik sejajar dengan usaha berterusan. Siapa kita untuk menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Nya. Berbekalkan semangat untuk mengubah kehidupan, kini Khairun Basiran, 30, boleh mengukir senyuman atas pencapaian yang dicapainya sejak empat tahun kebelakangan ini.
Berkesempatan menemu bual anak jati Kuala Kangsar baru-baru ini, cukup mengujakan kerana dari hanya orang yang biasa-biasa sahaja kini Khairun dianggap luar biasa dalam kalangan rakan bisnes.
Memulakan karier sebagai seorang kakitangan kerajaan, Khairun tidak menyangka rezekinya beralih ke bidang perniagaan. Walaupun sudah banyak kali gagal dalam perniagaan tidak sesekali membuatkannya menyesal.
“Mungkin masa saya menjalankan beberapa jenis perniagaan sebelum ini tiada sesiapa yang menasihati saya. Jadi apabila saya terlibat dalam perniagaan Hai-O ini saya rasa lebih yakin kerana adanya mentor yang cukup mengambil berat dan membimbing sehingga berjaya.
“Semasa mula-mula terlibat dalam Hai-O saya tidak tahu adakah saya mampu menjual barangan kesihatan dan kecantikan yang sinonim dengan wanita sedangkan saya seorang lelaki. Macam mana saya nak promosikan? Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran.
“Tambahan pula, semasa saya menyuarakan hasrat kepada kedua ibu bapa dan isteri yang saya mahu berhenti kerja dan menumpukan kepada bisnes networking, saya mendapat tentangan.
“Bukan apa mereka takut saya tidak mampu melakukannya kerana sebelum ini setiap hujung bulan saya akan menerima gaji. Jadi mereka beranggapan ini satu cabaran yang cukup besar buat saya,” katanya.
Khairun berkata, walaupun masih belum ada keyakinan tinggi untuk menjalankan bisnes ini, namun demi untuk mengubah masa depan, saya tawakal dan memberi kepercayaan kepada kedua orang tua dan isteri agar memberi ruang untuk saya membuktikannya. Prinsip saya kalau kita tak cuba kita tak akan tahu hasilnya.
“Dalam masa yang sama, tiada apa yang saya fikirkan pada waktu itu kecuali untuk menjelaskan segala hutang yang ada dan memberi kesenangan kepada ahli keluarga.
“Alhamdulillah pada 2013 saya telah menyertai kumpulan Charismatic Leaders Academy (CLA) di bawah bimbingan mentor CDM Said Saiful Fazli iaitu pengasas CLA yang sehingga kini antara individu yang dikagumi.
“CLA ini dianggap platform terbaik untuk yang berminat menambah pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan produk sendiri dan akan diajar bermula dari bawah,” ujarnya.
Penghargaan diri
Mengakui semasa permulaan, agak perlahan juga jualan sehingga sampai satu tahap saya rasa menyesal. Apabila fikirkan semula tidak boleh mengalah, akhirnya saya cuba juga. Segala ilmu dari mentor saya guna pakai dan dari sebulan ke sebulan sudah mula menampakkan perkembangan positif.
“Paling membuatkan saya gembira apabila menerima insentif pakej melancong ke Vietnam sebagai tanda penghargaan pencapaian yang saya peroleh.
“Dari situ saya jadi bersemangat dan berjaya pula mengikuti trip ke Paris, London, Shanghai, Austria dan Hungary atas komitmen dan kejayaan mencapai target yang telah ditetapkan,” jelasnya.
Menariknya mengenai Khairun, daripada zero dia telah menerima pangkat Crown Diamond Manager (CDM) iaitu pangkat tertinggi dalam organisasi syarikat Hai-O pada 2015 selepas dua tahun serius dalam bisnes.
Daripada seorang yang tiada apa, Khairun juga telah melahirkan dua orang CDM dibawahnya dan sekarang menjadi mentor untuk rakan-rakan bisnes yang lain.
Matlamat jelas
Berbicara mengenai matlamat hidup, Khairun telah mempunyai perancangan khusus demi masa depannya dan insan tersayang. Sebolehnya saya mahu membuat pelaburan dalam bidang hartanah.
“Bidang ini bukan sahaja memberi pulangan yang berganda tetapi tidak rugi. Kita kena bijak merancang dalam keadaan ekonomi sekarang. Apa yang kita buat biar mendapat manfaat.
“Disebabkan saya pernah gagal dalam bisnes yang diceburi, pengalaman itulah yang mematangkan diri. Turun naik lumrah bagi orang berniaga asalkan kita tahu di mana tahap kita untuk terus mengekalkan momentum tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai jaringan bisnes yang dikendalikan sekarang, semangat kerja berpasukan antara yang perlu dititikberatkan. Kita perlu ada satu sikap profesional dan tidak mementingkan diri sendiri.
“Perlu ada tanggungjawab untuk menolong rakan yang lain. Jika konsep ini diamalkan gerak kerja berpasukan berjalan lancar dan kejayaan yang diraih berlipat kali ganda.
“Sebagai orang yang terlibat dalam bisnes, kita juga perlu membuang rasa ego dan malu. Sikap ini antara penghalang untuk seseorang berjaya. Jika kita rasa produk yang kita jual tidak sesuai dengan jiwa sampai bil-bila pun akan kekal berada di takuk yang sama,” tegasnya.
Sudut positif
Bak kata orang, cabaran yang dilalui akan memberi satu inspirasi. Begitu juga buat bapa kepada empat cahaya mata ini. Cabaran sebenarnya membuatkan saya boleh mempertingkatkan diri ke tahap yang lebih baik.
“Melalui cabaran itu saya boleh tahu di mana kelemahan dan kelebihan diri dan secara tidak langsung menjadikan saya anak, suami, ayah, anak didik dan mentor yang lebih baik.
“Saya juga cukup terharu dalam keadaan susah dan senang, isteri, Shafida Sharani sentiasa menjadi tunjang utama dan kini dia juga turut sama terlibat dalam bisnes Hai-O.
“Bagaimanapun saya cukup berterima kasih kepada sifu Multimillionaire CDM Hajah Siti Rohana dan CDM Haji Azlan Deraman yang tidak putus-putus memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada saya dan kumpulan selain mentor Said Saiful Fazli,” akhirinya menutup bicara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tips bahagia dan happy dalam rumah tangga memang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai juga pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.
Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah.
Jadi mari ambil ikhtibar dari perkongsian saudara Ehsan Halim seorang lelaki tentang mindset yang perlu ada pada setiap suami agar hubungan rumah tangga menjadi harmoni.
” Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya
Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.
Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.
Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.
Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang , biskut, telur dan lain-lain.
Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan stress.”
******
Begitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini. Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.
Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.
Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.
Pernah saya jaga 2 orang anak(seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari. Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!
Maka begitulah isteri kita hadapi. Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak suka bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia. Anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.
So para suami anda kena letak mindset ni: 1. Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita.Mereka kerja every hour.
2. Kena bagi ‘me time’ untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit. 3. Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita ‘sedang buat kerja kita’.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita. 4.Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia. Sekadar perkongsian. Saya pun sedang belajar-belajar jadi suami mithali. Banyak juga silap. Semoga bermanfaat.
Diceritakan Oleh: Ehsan Halim
Sumber : Fb Viral Media Johor
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menghias dan mencari hiasan dalam rumah tidak memerlukan belanja yang banyak sekiranya korang tahu apa yang korang mahukan. Sebenarnya, jika kreatif, korang sendiri boleh menghasilkan pelbagai jenis hiasan tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar. Contohnya, dengan menggunakan paip pvc, bermacam bentuk hiasan korang boleh lakukan.
Jika tak mampu melakukannya sendiri, upah rakan atau orang yang tahu membuatnya. Sekurang-kurangnya korang dah ada idea, paip pvc pun dah beli sendiri, cuma tinggal nak buat sahaja. Korang boleh tengok 11 idea deko menggunakan paip pvc seperti di bawah. Kreatif kan?
1. Tempat letak dedak ayam
Korang yang buat rumah atas tanah sendiri dan ada bela ternakan, memang sesuai buat benda ni.
2. Kerusi untuk anak-anak kecil bersantai di luar rumah
3. Tempat sidai tuala
Ini memang rare dan memudahkan sangat. Tak perlu campur aduk baju dengan tuala bila menyidai.
4. Tempat letak berus gigi
Comel dan jimat ruang. Siap boleh label nama untuk tahu siapa punya!
5. Tempat letak tuala kecil dalam bilik air
Bukan tuala saja. Macam-macam benda lain boleh letak.
6. Tempat letak buku
Sesuai di sekitar ruang tamu. Nampak stylish!
7. Meja kecil
Sesuai untuk diletakkan dalam bilik.
8. Hiasan Elegan
Kalau kena gaya potong dan dipadankan dengan perabot sedia ada, memang sangat sesuai untuk hiasan ruang tamu. Cek warna latar belakang (wallpaper/cat), kemudian padankan dengan warna paip. Terbaik!
9. Penyangkut baju serba guna
Nak jemur, hamparkan atau sangkut baju-mana mana pun boleh!
10. ‘Docking’ komputer riba
11. Tempat simpan kasut Atau Tudung
Ini memang biasa orang buat. Senang nak simpan kasut kesayangan yang banyak sangat itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.