Mesti anda perasan seorang lelaki yang sering berkongsi video-video di TikTok yang memaparkan aksinya sedang memasak sambil ‘trademark’ tersenyum manis sehingga menarik perhatian ramai.
Mohd Shafiq Bin Zulkarnain atau Shafiquecute tidak asing lagi dalam kalangan warganet. Video resepi yang dikongsikan cef Instagram ini juga mudah dan boleh dicuba pada bila-bila masa.
Tidak terhad kepada pastri, pemuda berusia 30 tahun ini juga cekap menyediakan sajian tradisional dan kuih muih. Selain memasak sambil tersenyum, penampilan kemas Shafiq turut menjadi perhatian warga maya. Bilangan pengikutnya juga semakin hari semakin bertambah.
Di sebalik kelincahannya memasak di dapur, siapa sangka anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini sebenarnya seorang Pegawai Forensik di Jabatan Kimia Malaysia.
Wow, hebatnya!
Memetik perkongsian Shafiq kepada Harian Metro baru-baru ini dia sememangnya minat memasak dan belajar daripada ibu, Noraini Buang, sejak usianya 11 tahun. Selain itu, Shafiq menjadikan aktiviti memasak sebagai hobi.
“Saya memang minat memasak dan sudah menganggapnya sebagai satu hobi serta terapi untuk menghilangkan tekanan kerja.
“Hobi itu berterusan sehinggalah kini. Setiap kali pulang dari kerja atau cuti rehat, saya akan memasak.”
Menurut Shafiq, dia hanya berkongsi minat dengan para pengikutnya selain memberi kepuasan dan kegembiraan buat dirinya. Segala kerja-kerja suntingan video dilakukan sendiri oleh Shafiq. Selain di TikTok, Shafiq turut mempunyai pengikut yang ramai di Facebook, Instagram serta Youtube.
Shafiq memberitahu, untuk menghasilkan sesebuah video memerlukan perancangan rapi dari segi penyediaan dan bahan-bahan. Apatah lagi bagi dirinya yang bekerja, perancangan dan persediaan awal adalah sangat penting.
Pun begitu, untuk menghasilkan hidangan yang sedap dan menarik tidak semestinya perlu dimasak dengan cara yang terlalu rumit dan menggunakan bahan-bahan yang sukar diperolehi. Dia sendiri berkongsi masakan ringkas namun tetap nampak menyelerakan. Peralatan yang digunakan juga ringkas.
“Memasak tidak semestinya perlu rumit dan perlu menggunakan bahan-bahan yang sukar didapati. Cukup seperti ibu-ibu kita dulu, guna sahaja apa yang ada di dapur.
“Kita harus kreatif sahaja, memasak bukan satu proses rumit.”
Bagi Shafiq tiada istilah ‘sukar’ dalam kamus masakannya kerana semua mampu lakukan jika ada semangat untuk mencuba. Selain rajin mencipta resipi sendiri dan bertanya rakan-rakan, Shafiq juga sering mencari idea resipi-resipi baru di Internet. Meihat kepada minatnya, Shafiq lebih cenderung kepada menghasilkan pelbagai jenis kek, kuih dan biskut.
Semoga segala impian Shafiq terlaksana dan sukses dalam bidang yang diminati.
Sumber: shafiquecute_official
Tonton video penuh di bawah untuk kefahaman menyeluruh mengenai senaman-senaman ini menerusi gambaran yang lebih terperinci.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI